Assalamualaikum..
Beberapa minggu lepas saya menyertai pertandingan tulisan khat anjuran Persatuan Mahasiswa Irbid PERMAI, Jordan. Pertandingan yang diadakan sempena Festival Budaya Kita FESTBUK.
Untuk tak nak tulis panjang-panjang, direct to the point. Saya dapat tempat ke-2. Hadiah jam tanpa bateri. Maksudnya saya terpaksalah beli sendiri baterinya dekat supermarket Paradise bawah bangunan saadon. Tapi takpelah. Sekurang-kurangnya ada hadiah.
Saya letak hadiah tu lawa-lawa atas sobah. Buat hiasan.
Ini dia tulisan itu bersama penulisnya.
Niat nak tulis khat thuluth, tapi bercampur2 sebab belajar xsempat khatam. hu2
Inilah jam hadiah tuh. Jadi hiasan atas sobah.
Imbas balik kenangan menulis khat, teringat masa zaman sekolah menengah dulu. Saya mula belajar masa form 1. Banyak belajar dengan sifu saya, Zaid Sabri yang khat dia memang perghh lah. Sekarang ni sifu saya belajar kat UTP. Nak tengok khat tulisan dia? Jom, ada kat bawah ni.
Nampak tak ke'perghhh'an nya? Tak tau nak kritik kat mana.
Satu lagi kenangan menulis khat, saya pernah bergaduh dengan kawan disebabkan khat. Secara tidak sengaja dia telah menumpahkan sebotol dakwat atas jubah sekolah saya ketika asyik tengok saya menulis. Dahla jubah putih. Tensen giler masa tu.. haha.. Kenangan~
Ok lah, setakat ini saja untuk kali ni. Agak sempoi post kali ni. Doakan kejayaan untuk saya. Final exam dah nak mula. Dan satu lagi, InsyaAllah saya masuk musabaqoh hafazan (Suroh Yusuf) hari Khamis (27 Mei) ni. Lawan pelajar-pelajar arab. Dengar-dengar arab ni masyi. Tapi, belum cuba belum tahu. Doakanlah. InsyaAllah~



