Monday, January 31, 2011

Jaga Allah

Assalamualaikum warahmatullah wabarakaatuh

Alhamdulillah kesyukuran dipanjatkan oleh Allah SWT kerana masih lagi mengurniakan nafas kepada saya sehingga ke saat ini. Semoga setiap nafas kita yang dahulu, kini dan akan datang sentiasa diisi dengan sebaiknya dan dikira oleh Allah SWT sebagai ibadat, InsyaAllah.

Allah matlamat kami
Sebagai seorang muslim yang mukmin seharusnya meletakkan Allah dalam hatinya setiap masa lantas menjadikan segala perbuatannya bertepatan dengan perintah Allah.

Dr. Ali Al Jarisyah dalam satu tulisannya berjudul mabadiul khomsah atau lima prinsip perjuangan Islam menyenaraikan "Allah matlamat kami" sebagai prinsip yang pertama. Ini menunjukkan kepada kita bahawa hidup kita seluruhnya adalah dari Allah, untuk Allah dan akan kembali semula kepada Allah.

Ingatlah Allah waktu lapang, supaya Allah ingat kita di waktu sempit
Dipanggil bodoh sombong sekiranya seseorang lupakan tuannya. Lagilah bodoh sekiranya manusia lupa kepada penciptanya, pemilik dirinya.

Tulisan ini saya ditujukan buat diri sendiri khususnya. Dalam satu hadis nabi mengingatkan kita supaya sentiasa bertaqwa kepada Allah walau dimana dan bila sahaja kita berada.

Kita sering lupa pada Allah di waktu lapang. Kehidupan seharian, hiburan dan sebagainya sering memalingkan kita dari mengingati Allah. Dan apabila tiba waktu sukar mulalah kita mencari Allah, memohon pertolongan dari Allah.

Memang Allah itu Maha Pengampun dan Maha Mendengar segala permintaan hambaNya. Tapi cuba tanya pada diri sendiri, tidak malukah kita memohon pada Allah yang sewaktu lapang dulu kita pernah lupa padaNya? Jauh lagi untuk bersyukur padaNya. Astaghfirullah..

Adakan masa untuk bersama Allah supaya Allah adakan masa untuk kita
Tidak dinafikan dalam kehidupan seharian, sebagai seorang pelajar, seorang guru, seorang doktor, seorang jurutera, seorang pemimpin dan sebagainya kita punya banyak tugas dan tanggungjawab.

Bijaklah kita dalam mengurus masa. Jangan sampai masa untuk kita bersama Allah terkorban disebabkan kesibukan-kesibukan yang lain.

Walau sesibuk manapun kita, peruntukkan masa untuk solat fardhu secara berjemaah. Sebaiknya lakukanlah dimasjid.

Walau sebesar manapun pangkat kita, adakan masa untuk membaca dan menghayati Al-Quran.

Walau sesusah manapun pelajaran kita, sediakan masa kita untuk tolong agama Allah.

Kita seringkali berdalih tak ada masa untuk semua ini.

"Kalau pergi solat berjemaah kat masjid nanti habis masa nak studi, kat masjid habis lewat. Tambah pulak imam tu suka baca surah panjang. Kalau sembahyang jemaah kat rumah pun apa kurangnya...."

"Kalau baca Quran, nanti tak sempat buat itu, buat ini......"

Dan macam-macam lagi alasan yang sering kita beri.

Saya mengajak diri sendiri dan sahabat-sahabat sekalian berfkir sejenak. Apabila kita hitung balik masa dan waktu kita, ternyata waktu yang hilang dan dibazirkan bukan pada waktu bersama Allah ini. Sebaliknya dihabiskan dengan internet, facebook, chatting, berbual kosong, termenung dan segala macam perkara yang tidak berfaedah. MasyaAllah..

Mana mungkin masa dibazirkan untuk bersama Allah kerana setiap detik itu adalah ibadah, dan segalanya akan diganjari dengan pahala.

Jagalah Allah, nescaya Allah akan menjaga kita
Saya ada terbaca satu kitab kecil (kutaib) bahasa arab yang ditulis oleh Syeikh 'aid Al - Qarni, menerangkan sepotong sahaja hadis nabi. "Jagalah Allah nescaya Allah akan menjaga kamu".

Dalam bab menjaga Allah dengan tubuh badan, beliau membahagikan kepada 5 bahagian.

1) Jaga hati, supaya sentiasa ingat dan tunduk kepada Allah.
2) Jaga lidah, supaya setiap patah perkataan yang terbit adalah baik dan seruan kepada Allah.
3) Jaga telinga, supaya segala yang didengari dapat menigkatkan ketaqwaan dan keimanan kepada Allah
4) Jaga mata, supaya tidak melihat kemungkaran. Memandang hanya pada yang elok dan halal.
5) Jaga perut, dengan memastikan segala makan dan minum hanya yang halal dan baik.

Kita jaga Allah sepanjang hidup di dunia. Yakinlah Allah akan menjaga kita di dunia dan di akhirat.

Akhir sekali
Suka untuk saya petik sepotong ayat dari Surah Al Baqarah.


"Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan." Al Baqarah;245

Allah membayar dengan berlipat kali ganda kepada hambaNya yang sanggup memberi pinjam kepada Allah. Dengan sedarnya ganjaran ini, marilah sama-sama kita meminjamkan seluruhnya, masa, tenaga, fikiran dan segala kepada Allah. Yakinlah janji Allah itu tetap benar.

Allah takkan rugi dengan tidak beramalnya kita. Kerajaan Allah tak pernah berkurang tanpa ibadah kita. Allah sedikitpun tidak berhajat kepada kita. Sebaliknya kitalah sebenar-benarnya yang perlu dan berhajat kepada Allah.

::::::::::::::::

Nota : Pohon kepada Allah supaya menangkan Islam, tegakkan keadilan. Semoga redha Allah bersama ummat Islam di Mesir khususnya. [Link]

Friday, January 7, 2011

Bersatu kita teguh.

Satu masalah dikesan. Hemorrhage telah dikesan dimana extravasation berlaku disebabkan oleh rupture of blood vessel. Jika tidak diatasi, banyak complication yang mungkin berlaku.

Masalah senang diselesaikan jika kita bekerja beramai-ramai. Berjamaah. Ada yang menyebutnya sebagai amal jamaie.

Hendaklah kamu berjamaah - Al hadis. 

Tissue factor 7 (TF-7) yang berada diluar kawasan (extrinsic pathway) menyedari berlakunya hemorrhage telah memulakan tugas. Kerana jauh dan tak mampu nak menolong, TF-7 telah meminta bantuan TF-9 yang berada di dalam (intrinsic pathway).

TF-9 ketika itu bersama seorang kenalannya, TF-11. Dengan semangat dan motivasi dari kawannya itu TF-9 telah memberanikan dirinya untuk memasuki common pathway memaklumkan masalah kepada TF-10. 

TF-10 pandai membaca keadaan. Beliau cepat bertindak. Dengan bantuan kenalan sekerjanya TF-5, TF-10 cuba menyumbang dengan memanjangkan lagi masalah ini kepada pihak yang lebih atas atau namanya Prothrombin (TF-2). 

Pangkat bukan untuk dimegah-megahkan. Taklif, bukan tasyrif. Prothrombin arif tentang hal itu. Dengan penuh  rendah hati dia merubah penampilannya kepada thrombin untuk bergandingan dengan fibrinogen (TF-1), seseorang yang amat bagus pekertinya. 

Dengan hati yang ikhlas fibrinogen sanggup mengorbankan dirinya untuk menutup semua masalah yang berlaku walaupun sedar dirinya akan berakhir sebagai fibrin sahaja. 

TF-13 memerhati dari jauh segala apa yang berlaku. Berdiam diri bukanlah tindakan yang bijak. Tanpa diminta oleh mana-mana pihak, TF-13 dengan sukarela menawarkan diri untuk berjuang bersama fibrin dengan melakukan crosslink. 

Akhirnya coagulation berjaya dilakukan dan masalah berjaya diselesaikan. 

"Bukan saya yang selesaikan, tapi kami semua!", ulas fibrin ketika ditemuramah.

Bersatu kita teguh, bercerai kita bodoh
Subhanallah, maha suci Allah. Betapa setiap ciptaannya boleh diambil pengajaran darinya. Benarlah firmanNya "dan pada diri kamu, mengapa tidak kamu perhatikan?"

"Dan berpegang teguhlah dan bersatulah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai.." Ali Imran

"Dan hendaklah kamu tolong-menolong dalam mengerjakan kebajikan dan ketaqwaan, dan janganlah kamu tolong-menolong pada melakukan dosa (maksiat) dan permusuhan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya)." -Al Maidah;2





"Indhnya Islam mngjr kita. Stiap tmpat & masa Allah akn brsma kita. Mna mgkin seorng hmba lupa pda tuhnnya. Sibuk study?, segla ILMU ITU DARI ALLAH. Penat kerja?, tenaga n tubuh bdn ALLAH yg PINJAMKAN. Alam sekelling? ALLAH yg JADIKAN. 

Seorng hmba jka sedar hkikat hdupnya adlh brtuhn, dia akn brjumpa dgn Allah dlm stiap detiknya. setiap msa hatinya bersama ALLAH.
ALLAH.Indhnya hidup bertuhn.. Alhmdulillh.." -status fb suatu masa dulu. 

Sehingga darah dalam badan pun perlu bantu-membantu.

:::::::::::::::::::::::::::::::
ps1 : Memohon doa dari semua supaya terus kuat untuk menempuh exam yang masih berbaki 3.
ps2 : Nak jugak saya sertakan sekali 2 keping gambar lagi.

Ni piala adik bongsu saya. Dia dapat anugerah pelajar terbaik tadika Mawaddah negeri.

Beberapa minggu juga dia nak tunjuk piala ni pada saya. Tapi selalu tak dapat sebab saya selalu skype dengan famili waktu malam. Dan selalu tak sempat dengan dia sebab dah tidur. Saya janji nak masukkan gambar piala dalam blog. =)

Muhammad Arif bin Abdullah Al-Hafiz (InsyaAllah)

Wassalam.

Flag counter

free counters