Alhamdulillah masih dipinjamkan kekuatan oleh Allah untuk menulis walaupun sudah lama terhenti.
Masjid Jamiah
Masjid yang paling dekat dengan petempatan pelajar melayu di Irbid ialah Masjid Jamiah Yarmouk. Jadi kebiasaannya pelajar melayu akan solat berjamaah di masjid ini.
Masjid ini diketuai oleh seorang tenaga pengajar di Jamiah Yarmouk sendiri, Sheikh Ma'mun. Seorang yang cukup hebat ilmunya dalam bidang Al-Quran.
Solat subuh Masjid Jamiah
Seperti solat-solat lain juga, biasanya solat subuh di masjid Jamiah akan diimami oleh Syeikh Ma'mun sendiri. Apa yang menarik berkaitan solat subuh ini ialah cara bacaan Quran Syeikh Ma'mun itu (atau senangnya riwayat bacaan a.k.a Qiraat)
Syeikh Ma'mun akan membaca dari Qiraat selain yang biasa kita amalkan di Malaysia (hafs al-'asim) dan besambungan bacaannya setiap kali subuh. Bermula dari juz 1 dan bersambungan hingga ke juz 30. Apabila khatam 30 juz, beliau akan memulakan semula dari juz 1 dengan Qiraat yang lain.
Sepanjang setahun saya berada di Jordan, Syeikh Ma'mun telah mengkhatamkan satu qiraat kaamil iaitu warsy an-naafi'.
Sekarang ini dia menyambung dengan qiraat Abu 'Amr riwayat ad-Duuri. Dan pagi tadi beliau telah menghabiskan juz 29!
Apa agaknya qiraat yang akan Syeikh Ma'mun bawa selepas ini ye?
Pecahan ilmu Qiraat
Imam Nafi'
- Qalun
- Warsy
Imam Ibn Kathir
- Al- Bazzi
- Qunbul
Imam Abu 'Amru
- Ad-Duuri
- As-Suusi
Imam Ibnu Amir
- Hisyam
- Ibn Zakwan
Imam 'Asim
- Syu'bah
- Hafs
Imam Hamzah
- Khalaf
- Khallad
Imam Al-Kisa'i
- Abu al-Harith
- Ad-Duuri
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
*Rindu pula nak belajar ilmu Qiraat ni. Dulu sempat belajar pengenalan je.
*Harapnya diberi peluang oleh Allah untuk mendalami ilmu Qiraat ni. Ameen.
![]() |
| Kenangan bergelumang dengan Qiraat di DQ |
