Sunday, February 28, 2010

Salam Maulidur Rasul.

Allohumma Solli 'ala sayyidina Muhammmad..


Selawat dan salam ke atas Junjungan besar Sayyidil Anaam. Semoga kita tergolong dalam golongan yang disebut sebagai ikhwan yang dirindui oleh baginda. 


Masih tidak terlewat rasanya untuk saya perihalkan sedikit tentang khatimul anbiya kerana kecintaan kita kepada baginda bukan hanya terbatas apabila berkunjung tibanya 12 Rabiul awal. Sebetulnya setiap masa dan ketika kita harus mengingati dan berselawat ke atas baginda. 


Rasulullah SAW
Saya nak kongsikan sedikit kisah cintanya Rasulullah kepada ummatnya.


Pernah satu ketika, sedang Rasulullah SAW berkumpul dalam satu majlis bersama-sama para sahabat, tiba-tiba bergenang air mata baginda.


Bila ditanya oleh Abu Bakar,
"Kenapa kamu menangis dan kelihatan bersedih ya Rasulullah?",

Wednesday, February 24, 2010

my diary: Istanbul in memory

...sambungan

Bersambung kembali cerita perjalanan ke Turki. Hoho~


4 Februari 2010


Menurut pak cik penjaga rumah, hari ini akan diadakan demonstrasi rakyat Turki di Taksim. Kemungkinan perjalanan pengangkutan awam akan sedikit terganggu. Jadi, kami terpaksa mengubah sedikit plan. Selesai bersiap maka melangkahlah kami keluar... 

Kelihatan abang Naim dengan semangatnya melangkah. huhu~

pagi ni, kami hanya bersiar-siar sekitar SultanAhmet, sambil2 snap picture.

Nice. Gambar paling saya suka sepanjang di Turki.

Thursday, February 11, 2010

My diary: Winter sonata in Istanbul

Assalamualaikum..

31 Januari 2010
Pengembaraan bermula. Pada paginya, saya dan beberapa orang sahabat terpaksa berkejaran ke Amman atas urusan passport kami yang belum selesai. Agak terlewat sebenarnya kerana kami bercadang untuk bertolak dari Irbid ke Damsyiq pada pukul 1.30 pm.  Syukur segala urusan berjalan dengan lancar. Hampir pukul 12.00 pm kami tiba di rumah dan terus berkemas. Pukul 2.00 pm kami sudah bertolak menaiki 3 buah teksi. Jumlah kami kesemuanya 11 orang. Saya, Faiq, Zakiy, Amirun, Naim, Mahadi, Ismi, Hanif, Syuaib, Helmi dan tidak dilupakan Kent. 

Perjalanan dimulakan dengan merentasi padang pasir sejauh 100 km untuk keluar memasuki sempadan Jordan-Syria. Kami tiba di Syria pada pukul 3.15 pm. Perjalanan mengambil masa 1 jam 15 minit. Selesai solat asar, kami meneruskan perjalanan menuju ke Damsyiq. Tiba di stesen bas, Mujamma' Bolman Damsyiq pada pukul 4.30 pm. 

Merentasi padang pasir sejauh 100 km menuju ke Syria.


Agak kepenatan di situ. Perjalanan mengambil masa 2 jam 30 minit untuk sampai ke Damsyiq.

Flag counter

free counters