Monday, December 28, 2009

Ada apa dengan Jordan

*Entry khas untuk second batch MTS.

Assalamualaikum

Alhamdulillah masih diberi oleh Allah kekuatan kepada saya untuk terus gagah menulis buat kali ini. Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat ilahi kerana kita masih diberi pelbagai nikmat untuk kita kecapi. Tidak kurang juga nikmatNya untuk mereka yang baru sahaja tamat menghabiskan peperiksaan samaada PMR mahupun SPM. Moga rehat yang bertamu ini setelah sepanjang tahun berjuang dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Dan yang pasti, untuk pelajar-pelajar SPM gunalah peluang ini untuk memilh serta meneliti ke mana impian dan tempat pengajian kita selepas ini.

Kali ini saya berasa terpanggil untuk menulis atas beberapa sebab. Sejak akhir-akhir ini saya banyak menerima SMS serta 'BUZZ' dari junior-junior MTS samaada yang dikenali ataupun tidak. Di Jordan, saya masih mengaktifkan sim Celcom saya bertujuan untuk berhubung dengan kenalan-kenalan di tanah air. Menurut call history dalam handset celcom, sudah mencecah empat atau lima misscalled nombor yang tidak saya kenali. Tidak kurang juga yang menghantar SMS bertitle anonymous ingin bertanyakan tentang Jordan katanya.

Thursday, December 17, 2009

Ahlan wasahlan 1431H




Sangat laju masa berlalu. Sudah hampir ke penghujung episod kehidupan kita bagi sesi ke 1430H. Kini, 1431H sudahpun bertandang dan saya berharap agar hari2 kita selepas ini semakin bertambah baik.

Sunday, December 13, 2009

Saling tegur menegur



Bercakap tentang teguran, saya teringat tentang 3 kisah yang ditulis dalam Al-Quran. Mari kita sama-sama merenung.


i). Dalam peristiwa Badar setelah perang berakhir yang memberi kemenangan kepada tentera Islam, terdapat sejumlah 70 tawanan perang. Apabila Nabi SAW membuka perbincangan, apa yang patut dibuat dengan tawanan-tawanan perang ini, Saidina Umar berpandangan, mereka semua perlu dibunuh manakala Sadina Abu Bakar pula berpendapat lebih baik mereka dibenarkan bebas setelah diambil wang tebusan.
Ditakdirkan Allah, keputusan yang ada dilangit adalah selaras dengan syor yang dikemukakan oleh Saidina Umar. Mafhumnya:


“Tidak patut bagi seorang Nabi mempunyai tawanan  sebelum ia dapat melumpuhkan musuhnya di muka bumi.  Kamu menghendaki harta benda duniawiah sedangkan Allah menghendaki (pahala) akhirat (untuk mu) dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Kalau sekiranya tidak ada ketetapan yang telah terdahulu dari  Allah, nescaya kamu ditimpa seksaan yang besar kerana tebusan yang kamu ambil.” Al-Anfaal; 67 – 68


ii). Peristiwa kedua ialah sewaktu Nabi S.A.W. bersumpah tidak akan meminum sejenis madu dari bunga tertentu kerana menerima teguran dari salah seorang dari isteri baginda S.A.W. sewaktu berada  di rumah salah seorang isterinya.  Dalam peristiwa ini, sekali lagi Nabi S.A.W. di tegur dengan lafaz berbunyi:
 

“ Hai Nabi, mengapa kamu mengharamkan apa yang Allah menghalalkannya bagi mu; kamu mencari kesenangan hati isteri-isteri mu? Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."  At-Tahriim; 1
 

iii). Dalam surah ‘Abasa, sekali lagi kita dapat saksikan teguran Allah S.W.T. ke atas Nabi S.A.W. yang dilihat tidak memberikan layanan kepada seorang buta ketika Baginda didatangi oleh pemimpin Quraish yang turut berada di dalam majlis yang sama pada waktu itu.  Teguran Allah S.W.T. Mafhumnya:
 

“ Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling, kerana telah datang seorang buta kepadanya.  Tahukah kamu barangkali ia ingin membersihkan dirinya (dari dosa).  Atau dia (ingin) mendapatkan pengajaran, lalu pengajaran itu memberi manafaat kepadanya.  Adapun orang yang merasa dirinya serba cukup, maka kamu melayaninya.” ‘Abasa Ayat; 1 – 6


Dalam ketiga-tiga sirah tersebut menyaksikan teguran yang diterima oleh junjungan besar kita Sayyidina Muhammad SAW.


Saturday, December 5, 2009

kembara mencari Redha

Bismillah ArRahman ArRahim..




"katakanlah (wahai Muhammad), berjalanlah di muka bumi dan perhatikan bagaimana kesudahan orang yang mendustakan itu" -سورة الأنعام-




Alhamdulillah, sekian saja sepanjang hari, saya diberi kesempatan oleh Allah untuk melawat dan menjelajahi sebahagian kecil bumi kinanah yang saya diami lebih kurang sebulan ini. Sejajar dengan tuntutan Allah dalam ayat di atas yang menggalakkan kita untuk berjalan di muka bumi. Dan di situ kita mungkin terlupa pada satu lagi perintah Allah pada penghujung ayat yang sama. 'Perhatikan bagaimana kesudahan orang yang mendustakan itu'.

Berhati-hati dalam menilai










"Assalamualaikum wbt.




Selepas novel Ayat-Ayat Cinta, Ketika Cinta Bertasbih dan entah apa lagi 'novel pembina jiwa' dari tanah seberang. Semuanya berkisar cinta yang di dasari landasan Islami.




Ramai memberikan komentar positif. Dan penggiat seni tanah seberang maju lebih daripada selangkah, filem-filem dan drama-drama yang berbentuk pembina jiwa, cinta Islami mula mendapat tempat.



Umat Islam Malaysia tidak terlepas dari tempiasnya. Maka muncul cadangan agar penggiat seni Malaysia mengorak langkah. Cambahkan karya-karya pembina jiwa, lambakkan cinta Islami di kalangan muda mudi. Biarkan muda mudi kita faham bahawa Islam meraikan perasaan cinta manusia asalkan pada jalan yang betul.




Tetapi, saya mula mengesan bahaya dan bencana. Ya bencana. Bencana ini akan menipu orang-orang yang jahil ilmu agama, apatah lagi dalam keadaan jahil itu mereka mahu kembali kepada agama.




Saya teringat satu babak dalam karya seorang novelis Islami dari tanah seberang yang digilai peminat novel Islami Malaysia. Di dalam karyanya itu, beliau memuatkan satu babak bergurau senda, saling bersentuhan di antara abang dan adik angkat. Ya, abang dan adik angkat. Bukan mahram. Dan kerana mereka bukan mahram, maka diakhir cerita mereka bernikah. Tapi sebelum pernikahan, hubungan mereka seperti adik beradik- dan ketika itu mereka memang sedar mereka adik beradik angkat-. Jadi, apa yang mahu ditonjolkan oleh penulis novel Islami berkelulusan institusi ulung di alam Islam sedunia ini?




Bukankah babak ini mengelirukan masyarakat yang sudahlah ramai keliru dalam isu mahram bukan mahram, tiba-tiba muncul karya si penulis novel Islami ini yang hanya akan menyakinkan masyarakat bahawa apa yang mereka keliru inilah yang benar, sedangkan hakikatnya salah!




Dan karya Islami ini jua muncul dalam drama-drama yang mula menyebar masuk dari tanah seberang.-sebaiknya tidak ditonton televisyen-. Bagaimana dengan satu drama popular tanah seberang, yang membawa mesej Islami, menampilkan babak cinta seorang teruna Aqso dengan si Madina, dan si Fira. Madina dan Fira ialah adik beradik. Madina gadis bertudung litup, kuat agama. Madina selalu menasihati Aqso agar mencintai Fira, kakak Madina. Madina menyuruh Aqso melafaz kata cinta kepada Fira. Madina menyuruh Aqso membawa Fira, ke tempat romantik. Ibu bapa Fira dan Madina, amat suka untuk Aqso membawa Fira ke hulu ke hilir. Ketika Aqso sakit mahu bersalin (lahirkan anak dengan seorang lelaki bernama Pasha), Aqso juga yang menjaganya.

Thursday, December 3, 2009

Peringatan bersama..






Ikhtilat merupakan suatu bentuk pergaulan secara bebas yang melibatkan lelaki dan perempuan yang ajnabi. Ia merupakan suatu bentuk pergaulan yang ditegah oleh Islam. Sesungguhnya mengambil mudah persoalan

ikhtilat boleh membuka ruang maksiat yang berleluasa dalam masyarakat tanpa kita sedari.

Tambahan kemajuan era teknologi sekarang, ikhtilat bukan sahaja melibatkan perjumpaan antara lelaki dan perempuan yang ajnabi malah dengan kemudahan yang ada seperti Yahoo Messenger, SMS, e-mail, dan Friendster. Jarak yang jauh didekatkan, masa yang berbeza tidak menjadi masalah begitu juga dengan kos perhubungan. Budaya ini terus menjadi darah daging masyarakat kita terutama remaja-remaja.

Kadang kala perhubungan dimulakan atas dasar kerja tetapi akhirnya melarat kepada perkongsian peribadi bukan perkongsian kepakaran. Maka tenggelamlah konsep 'kerja adalah kerja, peribadi adalah peribadi'. Kononnya hendak memahami dan mewujudkan keserasian dalam bekerja. Seolah-olah kita mencari keredhaan manusia dalam kemurkaan Allah.

Apabila wujud golongan yang menegah dan menunjukkan kaedah muamalat yang selari dengan syariat Islam maka timbullah konsep SYADID. Sememangnya Islam itu mudah dan tidak membebankan tapi tidak bermakna kita layak untuk mempermudah-mudahkan syariat Islam.

Adakah salah seorang nisa' dan rijal menjaga maruah dan pergaulannya. Bercakap, berurusan, berjumpa dan berbincang atas keperluan? Adakah salah bagi seorang nisa' terutamanya menegaskan suaranya dan menjaga pandangan demi menjaga maruah dirinya. Dalam Al-Quran ada menyebut: "Katakanlah kepada lelaki-lelaki dari orang-orang beriman supaya menahan pandangan mereka serta menjaga kehormatan mereka dan katakanlah kepada perempuan-perempuan dari orang-orang yang beriman supaya menahan penglihatan mereka serta menjaga kehormatan mereka." (An-Nur:31) Apabila rijal dan nisa' berjumpa tidak kira atas apa jua keperluan dan keadaan perlulah berteman bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW: "Tiada akan menyendiri seorang lelaki dan seorang perempuan itu melainkan syaitan akan menjadi orang yang ketiga."

Ada yang menimbulkan alasan malas menyusahkan rakan untuk menemankan kita. Malas nak tunggu rakan. Malas itu malas ini. Besar sangatkah malas kita berbanding arahan Allah dalam Al-Quran? Tegarkah kita melawan syariatNya.

Syariat Islam turut menyarankan kepada kita untuk menundukkan pandangan. Bukan sahaja haram melihat aurat bukan muhrim malahan bahagian-bahagian bukan aurat turut dilarang. Sabda Rasulullah SAW: "Wahai Ali janganlah pandangan (yang kedua) menuruti pandangan (yang pertama) kerana sesungguhnya pandangan pertama itu adalah bagimu sedang yang kedua tidak (berdosa)."

Kalau dah bergaul dan bercampur bebas masakan kita mampu menahan dan menjaga pandangan. Usah menegakkan benang yang sememangnya basah. Di sini, bukanlah nak menghukum tanpa memberikan jalan penyelesaian. Jom kita berkongsi tip-tip berurusan dengan bukan muhrim:

Wednesday, December 2, 2009

Kisah Anak Harimau Di kampung Kambing..






Di sebuah kampung yang dihuni kambing-kambing, terdapat seekor anak harimau yang terpisah dari ibunya sejak kecil. Di alam kambing, anak harimau itu langsung tidak mengetahui susur galur salasilah dirinya. Anak harimau yang bernama Caliph itu hidup dengan harmoni bersama-sama kambing yang lain. Sebagaimana kambing-kambing di kampung tersebut, Caliph memakan rumput, menyusu dengan ibu kambing dan mengembek. Tidak pernah sekalipun didengari auman Caliph seolah-olah ia bisu mengaum.


Adapun kambing-kambing yang lain tidak pernah menceritakan kepada Caliph bahawa ia bukanlah dari komuniti mereka. Disebabkan takut Caliph mengetahui kekuatan yang dimilikinya sebagai seekor harimau, kambing-kambing tersebut terus bermesra dengan Caliph dan tidak memberi peluang kepada Caliph untuk bertemu dengan spesies harimau yang sebenar.

Sehinggalah pada suatu hari, Caliph menyertai kumpulan kambing ke satu kolam untuk meminum air. Sewaktu sedang meminum air, tiba-tiba Caliph terperasan bahawa terdapat perbezaan yang jelas antara dirinya dengan kambing yang lain. Apabila diamati dengan lebih teliti, Caliph mendapati ia memiliki kuku yang tajam, taring, bertubuh sasa dan berwajah garang. Sungguh paradoks antara dirinya dengan kambing-kambing yang lain.

Menyedari hakikat itu, Caliph berasa sungguh sedih dan menganggap dirinya cacat. Caliph menganggap perbezaan yang dimilikinya sebagai kekurangan dan satu keadaan yang sungguh memalukan, bukannya satu kelebihan dan kekuatan yang mesti dibanggakan. Lalu Caliph berusaha untuk menjadi kambing sejati dengan terus meniru gaya hidup kambing-kambing yang lain.

Tetapi lama kelamaan, tahulah Caliph bahawa ia bukannya berasal dari komuniti kambing. Caliph bertambah sedar bahawa tubuhnya yang sasa, kukunya yang tajam, taring dan wajahnya yang garang merupakan senjata dan aset yang sungguh bernilai. Namun, alangkah malangnya apabila Caliph tidak tahu bagaimana menggunakan senjata tersebut.

*Kisah di atas saya petik dan edit daripada satu ucapan Ahmad Azam Abdul Rahman (mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ) sewaktu dalam satu muktamar tahunan ABIM pada 1999 iaitu kira-kira 10 tahun.

Tuesday, December 1, 2009

Wahai Pemuda

*kalau malas nak baca, baca saja yang saya colourkan.


Satu catatan oleh : al-Syaheed Hassan Al-Banna

Sesungguhnya sesuatu fikrah itu hanya boleh berjaya bila mana terdapat pengikut-pengikut yang yakin penuh dengan ajarannya , yang benar-benar ikhlas dalam usaha menegakkannya, yang mempunyai semangat yang berkobar untuk mempertahankan kewujudannya, dan disamping itu ada kesediaan yang mendorong mereka kearah berkorban serta terus bertindak menjayakannya. Keempat-empat rukun tersebut; keyakinan, kejujuran, semangat dan tindakan adalah merupakan ciri-ciri utama pemuda.

Kesimpulan ini ialah kerana asas keimanan itu ialah hati yang cerdik; asas keikhlasan ialah sanubari yang jernih dan bersih, dan asas semangat insan ialah perasaan yang segar mekar; manakala asas bagi setiap tindakan pula ialah keazaman yang gagah lagi tabah.

Itulah sebabnya maka angkatan pemuda, sejak dahulu hingga sekarang, tetap merupakan tiang pasak bagi kebangkitan sesuatu umat. Mereka merupakan rahsia kekuatan mana-manah kebangkitan; malahan angkatan pemuda jugalah yang menjadi barisan penjulang panji-panji bagi sesuatu fikrah perjuangan.

Allah berfirman;
Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman dengan Tuhan mereka; dan Kami tambahkan petunjuk kepada mereka.(Kahfi:13)

Dengan kesimpulan inilah maka kamu, angkatan pemuda akan menghadapi kewajipan yang bertambah banyak, tugas yang semakin besar, tuntutan-tuntutan umat yang kian berlipatganda; malah dari sinilah maka amanah yang dipikulkan ke atas bahu kamu itu akan menjadi bertambahberat.

Oleh itu sepatutnya kamu berfikir panjang , bekerja keras , bahkan mestilah kamu menentukan sikap untuk tampil ke hadapan demi menyelamatkan umat serta menunaikan hak-hak umat dengan sempurna.

Ada pemuda yang lahir serta membesar di tengah-tengah umat yang keadaannya tenang lenang kerana kekuasaannya sudah kukuh dan kemakmuran hidupnya cukup mewah. Maka ia pun lebih banyak menumpukan tenaga untuk dirinya sendiri dari kepentingan umatnya, malah mungkin dia bermain-main dan berfoya dengan senang hati dan tidak berfikir apa-apa.

Di samping itu ada pula pemuda yang lahir membesar di tengah-tengah umat yang terpaksa berjuang dan bertindak kerana mereka dijajah dan dikuasai oleh musuh; oleh itu umat tersebut terpaksa berjuang sedaya upaya untuk mengembalikan hak mereka yang dirampas, harta kekayaan yang disamun. Begitu juga segala kebebasan juga telah hilang. Pada ketika itulah kewajipan utama lagi pertama bagi pemuda tersebut supaya menumpukan segala perhatian demi untuk kepentingan umat lebih banyak dari faedah dirinya sendiri.


Ketika bertindak sedemikian itu, pemuda tersebut akan memperolehi kemenangan dan pelbagai kebaikan serta mencapai ganjaran dari Allah dalam bentuk kebajikan dan pahala di akhirat kelak.

Kita, Angkatan Pemuda Islam ini, bertuah sebab kita termasuk ke dalam golongan yang kedua hingga terbukalah mata kita melihat umat yang terus menerus berjuang serta bertungkus lumus demi kebenaran dan kebebasan. Oleh itu, bersedialah wahai angkatan kesatria, alangkah hampirnya kemenangan itu untuk orang-orang yang beriman, dan alangkah besarnya kejayaan yang akan dicapai oleh angkatan yang terus menerus bekerja dan bertindak.

Monday, November 30, 2009

Kasih sayang


Ni adik beradik.. jgan salah faham plak.




Mereka yang akan mendapat Kasih Sayang Allah...



Daripada Muaz ra daripada Rasulullah saw: Allah berfirman (hadis qudsi):

وَجَبَتْ مَحَبَّتِيْ لِلْمُتَحَابِّيْنَ فِيَّ ، وَالْمُتَجَالِسِيْنَ فِيَّ ، وَالْمُتَبَاذِلِيْنَ فِيَّ ، وَالْمُتَزَاوِرِيْنَ فِيَّ

“ Wajib mendapat kasih sayang ku bagi orang-orang yang berkasih sayang kerana ku, orang-orang yang duduk bersama-sama kerana ku, saling hadiah menghadiah kerana ku dan orang-orang yang saling menziarahi kerana ku.”

(Hr Ahmad dgn sanad yg sahih, Tabrani, Hakim dan Baihaqi di dalam kitab Syuabul Iman.)

Ada 4 ciri orang yang wajib mendapat kasih sayang Allah:

CIRI PERTAMA: BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH

Berkasih sayang adalah dengan mencintai diri sahabatnya seperti mencintai dirinya. Nabi saw bersabda:

لا يؤمن أحدكم حتى يحب لأخيه ما يحب لنفسه

“Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga kasih kepada saudaranya seperti mana kasih kepada dirinya.” Hr Bukhari dan Muslim.

Kasih sayang mereka terhadap saudaranya sehingga mengutamakan nyawa orang lain dari nyawanya.

Ini jelas dari peristiwa yang berlaku kepada Abu Hasan an-Nuri. Suatu ketika khalifah telah menjatuhkan hukuman pancung terhadap 3 orang soleh. Diantaranya adalah Abu Hasan an-Nuri. Beliau telah maju ke depan supaya menjadi orang yang pertama di pancung. Khalifah berasa hairan dengan tindakannya dan bertanya apakah sebab perlakuannya itu. Abu Hasan an-Nuri menjawab:

أحببت أن أوثر إخواني بالحياة في هذه اللحظات

“Aku lebih mengutamakan saudara-saudaraku untuk hidup pada saat-saat ini lebih dari ku.” Akhirnya khalifah mengampunkan mereka dan melepaskan kesemuanya kerana kagum dengan sikap Abu Hasan an-Nuri.

Kasih sayang orang beriman terhdap saudaranya sehingga sanggup bersusah payah demi saudaranya. Ini yang terjadi kepada Safwan bin salim. Suatu malam yang sgt sejuk beliau keluar dari masjid. Tiba2 beliau mendapati seorang yang telanjang. Lantas beliau menanggalkan bajunya dan memakaikan orang yang tidak berpakaian itu. Lalu safwan menggeletar kesejukan tanpa baju. Beginilah kisah orang salafus soleh dalam berkasih saying terhadap sesama muslim.

Namun perlu kita jelas bahwa sifat ithar (mengutamakan orang lain) yang dituntut adalah dalam perkara dunia. Adapun dalam amal soleh (termasuklah pasangan yang boleh membawa ke syurga) perlu kita mengutamakan diri kita. Ini kerana Allah menyuruh kita bersaing dalam perkara yang membawa kepada akhirat. Firman Allah swt:

وفي ذلك فليتافس المتنافسون

"Dan hendaklah kamu bersaing untuk mendapatkan nikmat syurga." (26 : al-Mutaffifin)

Nabi saw menggalakkan supaya ummatnya berebut mendapat amal kebaikan. Nabi saw bersabda:

لو يعلم الناس ما في النداء والصف الأول ثم لا يجدوا إلا أن يستهموا لاستهموا

"Kalau manusia tahu ganjaran azan dan saf yang pertama, kemudian mereka tidak memperolehinya melainkan dengan mengundi nescaya mereka akn mengundi."

Mengutamakan orang lain dalam ibadat adalah makruh berdasarkan kaedah:

الإيثار في القربى مكروه

“Mendahulukan orang lain dalam ibadat adalah makruh.”

Sunday, November 29, 2009

Hati-hati menjaga hati







*Copy paste tulisan seorang sahabat




PANDANGAN MATA SELALU MENIPU,
PANDANGAN AKAL SELALU TERSASAR,



PANDANGAN NAFSU SELALU MELULU,
PANDANGAN HATI ITULAH YANG HAKIKI.

Nabi pernah bersabda yang maksudnya,'' Sesungguhnya ketahuilah,di dalam jasad setiap manusia itu ada seketul daging,jika baik daging tersebut,maka baiklah keseluruhan jasadnya.jika buruk daging tersebut,maka buruklah keseluruhan jasadnya.ketahuilah..itulah HATI..''

Bukankah kita sering diperingatkan, berani kerana benar, takut kerana salah? Benar itu menjadi sumber keberanian. Salah itu punca ketakutan. Jangan dibiarkan hidup dalam ketakutan, akibat terus menerus melakukan kesalahan.

Bersalah menimbulkan rasa bersalah. Rasa bersalah itu sangat menyeksa selagi tidak ditebus dengan maaf dan taubat. Bersalah dengan manusia pun sudah cukup meresahkan, apatah lagi bersalah kepada Allah.

Mahkamah pengadilan itu ada tiga. Pertama, mahkamah di dunia, yang mana saksi, pendakwa dan hakimnya adalah manusia seperti kita juga. Kekadang, dengan kebijaksanaan dan kelicikan, mahkamah dunia ini dapat diperdayakan. Telah sering kali yang bersalah terlepas, sebaliknya yang benar pula terhukum. Justeru, masyhurlah kata hukama, tidak ada keadilan yang muktamad dan mutlak di dunia ini. Jerung sering bolos, bilis sahaja sering di gilis.

Kedua, mahkamah di akhirat, yang hakimnya Allah yang Maha Adil. Di sana nanti, yang benar akan terserlah, yang salah pasti kalah. Akan ketara segalanya walau bagaimana pandai sekalipun bersilat kata. Tidak payah didatangkan saksi atau pun barang bukti kerana apa yang ada pada diri akan “hidup” untuk menjadi saksi. Kulit, tangan, kaki dan segala anggota akan bercakap. Rupa-rupanya “body” yang kita jaga, elus dan belai kini, akan mendakwa kita di mahsyar nanti. Dan di sanalah nanti akan tertegak keadilan hakiki. Ketiga ialah mahkamah hati. Saksi, pendakwa dan hakimnya adalah hati sendiri. Hati kecil yang sentiasa bersuara walau cuba dipendamkan oleh tuannya. Protesnya terhadap perlakuan dosa sentiasa bergema dalam rahsia. Fitrahnya akan menjerit. Itulah jeritan batin yang mampu menghantar pemiliknya ke penjara jiwa yang lebih menyakitkan. Ya, dosa boleh disembunyikan daripada pengetahuan manusia, tetapi tidak akan mampu disembunyikan daripada Allah dan hati sendiri.

Kita mungkin mampu menipu manusia, tetapi kita tidak akan mampu menipu Allah dan diri sendiri. Jadi, ke mana lagi kita ingin menyembunyikan diri ketika dipanggil untuk dibicarakan di mahkamah hati? Setiap masa, setiap ketika dan di setiap suasana hati kecil akan bersuara. Tidak tega dengan kesalahan, tidak rela dengan kemungkaran. Dosa itu derita. Kerana yang salah atau dosa itu sangat memberi kesan pada jiwa. Bila kita berdosa hakikatnya kita melakukan dua ‘perlanggaran’. Pertama, perlanggaran ke atas fitrah hati yang tabii. Kedua, perlanggaran terhadap Allah, zat yang Maha Tinggi.

Wednesday, November 25, 2009

Wahai sahabat,



Tadi aku menghadiri satu majlis ilmu. Pengisian nurani adha yang membawa aku untuk berfikir. Merenung balik perbuatan2 yang lalu. Merancang semula pergerakan selepas ini.

"Aku masih tak boleh terima aku sebagai pelajar medic"

"Kalau diberi peluang sekali lagi, aku akan pilih bidang agama"

Itulah kata2 yang keluar dari mulut aku. Kenapa?

Aku merasai kelainan dan perubahan aku setelah beberapa bulan atau hampir setahun aku meninggalkan 'dunia agama'. Dulu, setiap hari aku diisi dengan tazkirah dan peringatan. Menyebabkan aku sentiasa bersedia dan waspada. Setiap masa diingatkan dengan janji2 Allah dalam Al-Quran, menambahkan keyakinan aku untuk lebih taqarrub kepada yang Maha Esa. Sentiasa juga di'inzar'kan dengan azab seksan Allah yang menyebabkan aku sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan keimanan aku.

Tapi kini duniaku berbeza. Semua itu tak datang bergolek mencari aku. Sebaliknya aku sendiri perlu menyelongkar mencari.

Pernah aku terfikir, kenapa Allah pecahkan aku dari kumpulan sahabat2 yang amat aku sayangi. Sahabat yang sering membisikkan kata2 yang mengingatkan aku kembali pada sang Pencipta. Sahabat yang sama2 kami berusrah. Saling tegur menegur dikala ahli usrah terleka. Ukhuwah kami dibina atas jalinan Al-Quran. Quran yang sama2 kami baca, sama2 kami hafal. Sungguh terkenang. Bukan senang untuk menempuh liku2 yang berduri. Tatkala seorang kecundang atau didatangi masalah, kami sama2 menyelesaikannya. Seorang sahaja yang bersedih, kami semua mampu untuk sama2 menitiskan air mata. Indahnya ukhuwah yang kami bentuk atas namaMU ya Allah.

"Tapi kenapa Allah pisahkan kami? Bukankah itu yang terbaik untukku?  Kenapa campakkan aku ke dalam masyarakat lain?"

Malam ini baru aku terfikir. Allah itu Maha Mengetahui. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNYA. Aku merenung....

Jauh di luar sana, masih ramai sahabat2ku yang masih bingung. Tak mengerti tujuan sebenar kehidupan ini. Mereka diperdaya oleh nikmat dunia yang sementara. Mereka tak seperti aku. Bukan niatku untuk membanggakan diri. Tulisan ini ikhlas dari hati. Bukan juga salah mereka. Mereka tidak mengerti. Mereka tidak tahu.

Maha suci Allah. Baru aku nampak sekarang. Akulah yang perlu menyedarkan mereka. Akulah yang perlu mengetuk pintu hati mereka. Membawa mereka kepada kenikmatan yang sebenar. Memimpin mereka mendekatiMU. Perlu membimbing mereka untuk turut merasai kemanisan beriman dan beramal dengan Islam. Mengecapi manisnya bermunajat kepadaMU di malam sunyi. Ketenangan hati dikala mengalunkan kalimah2MU.

Wahai insan yang punyai hati dan rasa,
Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk hamba2NYA. Sentiasa mendengar rintihan doa ikhlas hamba2NYA...

Aku tak mahu dikatakan kedekut beribadah seorang diri. Aku ingin semua sahabatku merasai kemanisan yang pernah aku rasai dahulu. Harapku agar sahabat kini mampu menjadi sehebat sahabatku yang lalu. Aku menyeru, Marilah sama2 menuju Allah yang Satu....





Friday, November 13, 2009

Kepada Sesiapa yang nak Hafal Quran


Kelas Tahfiz mse kat MTS (kantoi tido~)

"....Kami dapati di Bangladesh seorang anak-anak yang telah hapal Al Quran saat ia berusia sembilan tahun. Saat kami mencoba hapalannya, kami dapati hapalannya amat bagus.Kami mendapati di Mesir anak yang telah hapal Al Quran saat ia berusia tujuh tahun, seperti kami saksikan dalam musabaqah tahfizh Al Quran. Dan salah seorang2 darinya datang ke Qathar, dan kemudian diterima dengan hormat oleh menteri Pendidikan Qathar beberapa tahun yang lalu. Dan kami melihat seorang anak pada usia yang sama telah menghapal Al Quran dan membacanya dengan baik, dari sebuah kampung dekat kampung asalku di Mesir, yaitu Sajin al Kaum...."

-petikan dari risalah 'menghafaz Al-Quran' oleh Yusoff Qardhawi

Kepada sesiapa yng berminat nk smbung bce lg, mai la copy ngan ana. Sama2 kta menyebarkan ilmu.

"Sampaikan dariKu walau sepotng ayat"AL-Hadis



Dan kepada sahabat2 yang berminat nak hafal Quran.. Jom kita sama2  baca Quran kt Masjid Jamiah lepas solat Maghrib tiap2 hari. Lau nak tasmi' ngan ana pun boleh. Just nak membantu..

* Hari Isnin, Rabu n Khamis ana xsempat nak solat mghrib kat Masjid Jami'ah. Balik lewat~

Syukran~

Monday, November 9, 2009

Cerita di suatu pagi

5.47am Jordan

Bismillah,,
Salam..
~just a short entry. Bagi smgt utk diri sndiri.

Dengan nama Allah yng Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

"Wahai orang yang berselimut(Muhammad)!Bangunlah (utk solat) pada malam hari kecuali sebahagian kecil. Iaitu separuhnya atau kurang sedikit darinya. Atau lebih dari (seperdua) itu, dan bcalah Al-Quran dengn perlahan2."Al-Muzzammil;1-4

Alhamdulillah. Tergerak utk mengepos entry pagi ni. Knape? Jordan skarang sdang mengalami musim syitaa' (musim sejuk). Dah dekat sminggu lebih sejuk. Jadi, ape kaitn syitaa' dengan pos ni? Kaitan dengan ayt surah Muzzammil di atas?

Al-maklumlah, apabila sejuk, memg sesuai utk tdo. Suatu nikmat yng xboleh di gmbarkn. Tambahan pula sekujur tubuh ini ditutup oleh hiram(selimut) made in korea ber'mass' 7.5kg. Bukan suatu kesenangan utk mninggalkn 'beliau' di hening pagi yang mncecah belasan celcius skrang ini. Suatu jihad yng amat besar.

Selesai. Selesai masalah nak memisahkan hiram dari tubuhku. Alhamdulillah. Ujian ke2, ambil wudhu'!! Alamak. Air sejuk xterkata. Siapa sanggup brwudhu' dengan air setaraf air sejuk dlm peti ais. Cubaan~ Aku hidupkan suis sakhonah(pemanas air) smntara mnunggu. 3minit kmudian air dah mulai panas. Alhamdulillah. Selesai masalah ke2.

Cubaan ke3. Sebaik je aku buka pintu rumah, tiupan angin pagi yng dingin menerjah ke tubuhku. Seolah2 mgarahkan aku masuk dan tutup kembali pintu. Masuk bilik, selimut balik!! Seolah2 begitu. Semangat. Tiba2 kdengaran suara muazzin melaungkn iqomat. Antara 2 seruan. Aku smangat. Melangkah keluar di pagi yng tidak kelihatan pun sebarang makhluk hidup. Aku berjalan tergesa2 menuju ke masjid Jamiah. Selesai.

gambar hiasan

Alhamdulillah akhirnya menjejak juga kaki aku ke tangga msjid. Solat bersama imam. Rindu. Rindu alunan kalimah Allah berqiraat warsy An Nafi' yng dialunkan oleh imam. Tenang hati terasa. Alhamdulillah. Akhirnya berjaya juga aku solat subuh berjemaah di masjid. Thank to Allah:)

"Ya Allah, berikanlah kekuatan kpdku utk istiqomah dalam beribadah kpdMU. Ameen"



Suasana pagi di Irbid yng berkabus. Mungkin mencecah satu angka celcius.

Sunday, November 8, 2009

Bermula satu kehidupan


Bismillah~

Salam,

Segala puji buat yg Maha Esa. Hari ni aku puas hati dan gembira. Knapa?? haha,, perjlnn hidup hri ni agk terurus. Bgun pagi, solat subuh( tp xsempat pegi msjid,, hu3,,) pstu masak sarapn sket. Sbelum gi kls, smpat murojaah juz 25 sket. Dlm bas nk ke universty, smpat lg murojaah stu juz. Blaja pun okey la. Bahasa Arab n Fizik. Alhamdulillah agak paham la. Otw balik sempat lg murojaah satu juz lgi. Alhamdulillah. Senang kate, aku smakin mnghampiri aku yng dulu. Alhamdulillah,,

Satu pengalaman je aku nak kongsi malam ni. Lepas mghrib tadi, aku ajak dua tiga orang sahabat buat halaqoh bce quran. Sbgai seorng yng Allah bgi sdikit kelebihan ( lbeh slesa jka sbut amnh), aku rse brtnggjwb utk mmbntu shbt2 yng bru nk mula hafal dan mndalami Quran. Bngga mlihat smgt dan ksungguhn mereka cuba tuk mnghafaz kalam2 Allah. Senyum. Gembira. Aku terasa sgt bhagia dlm suasana itu. Mmbuat aku terkenang zaman aku masih dalam proses mnghafaz dulu. Kenangan...

.....................................................................

"Abah mahu Lang (nme pnggiln aku kt rumah) jdi doktor, abah nak Lang masuk skolah tahfiz. Hafal Quran 30 juz. Nanti besar, Doktor Muhammad Nursalam Al-Hafiz",kata ayhku bangga. kata2 itu aku masih aku igt. Swaktu ni, aku baru darjah 5 @ 6.

Aku tak kesah. Mse 2 aku ikut je ckp ayah. Aku xtahu pun ape itu tahfiz. Hafal Quran 30juz?? Mustahil lah. 600 page nak hafal?? Tak logik lngsung. Itu je mindset aku pasal tahfiz masa tu. Xpernah terfikir utk mnghafaz Quran.

CERITANYE BEGINI....
2004-Alhamdulillah aku dengan result UPSR yng xsberape, aku mndpt twrn utk msuk ke Maahad Muhammadi Lelaki. Hidup sbagai seorng plaja skolh menengah brmula. First time aku tnggal kt asrama jauh dari kluarga. Dngan azam dan smgt baru, aku brtekad nk blaja brsgguh2. Nak jadi seorang doktor mcm ayah aku cakap. Tahfiz?? Ape itu tahfiz?? Aku xpernah denga pun perkataan tu selain dari mulut ayah aku. Suatu hari, aku dapat satu pamplet yng bertulis:

Temuduga pengambilan pelajar baru Maahad Sains Tahfiz

Tahfiz?? Nak diringkaskan, aku participate temuduga tersebut dan dengan Izin dan Kurnia dari Allah, aku termasuk drpd 60 orng yang terpilih. Alhamdulillah,

BERMULANYA HIDUP SEORANG HUFFAZ
Rupa2nye, Maahad Sains Tahfiz ni merupakan skolah yng baru di buka pengambilan plajanye brmula pd 2004. Dan aku mrupakn 1st batch utk skolah ni.

"kte sbgai para Huffaz xboleh same hidup kte dengn orng lain. Kite ad tnggjwb kte. Tnggjwb dan amnh yng besar yng akn kte pikul smpai kte mati", pesan Ustaz Syakir.

Ustaz tahfiz aku yng pertama. Kagum. Aku kagum dgn beliau. Beliau la ustz yng first mndorong n mmbimbing aku dlm mmulakan hafazan aku. Kte2 smgt, doa2 dari beliau sntiasa ku tunggu utk djdikn azimat dan pedoman. Perjuangan masih jauh. Bukan senang nk mghafaz setiap mukasurat. Semua itu mmerlukan kekuatan dan keazaman yng bersungguh2.

.................................................................

Suatu petang. 5.30pm. Suasana di padang riuh. Kawan2 se'MTS' seronok berkejaran. Seronok boleh main bola. Aku dah siap berjubah berserban.

"Petang ni aku nak hafal 2page", semangt mmbara dalam hati.

Melngkah dgn brsmangat mnuju ke masjid. Doa2 aku lafazkn sbelum mmulakn hfaln. Detik brgnti saat, saat brgnti minit, mnit brganti jam. Tanpa disedari, azan mghrib sdah brkumndang.

"Cepatnye wktu. Satu page pun xhabis lgi ni. Alamak, mcmmne ni? Ape aku nk tasmi' mlm nie?"

Tension. Aku smakin tension.
Dlm kelas...
Aku mmencilkn dri di sudut blakng kelas. Sepenuh perhatian, sepenuh fokus, aku cuba mghabiskn page hafaln. Entah knape, ssah xtrkata kali ni utk aku mnghabisknnya. Kawan2 pelbagai kerenah. Ad yng sdng tekun mghafal, ad yng berebut2 nak tasmi' dan mcam2. Xpenting semua tu. Tpi, aku?. Aku smkin sempit. Smkin aku ulang ayt2 itu, smkin sempit terasa. Jangn mengalah. Aku ulang lagi. Ulang lagi. Ya Allah, engkau saja yng mngerti. Airmata mula menitis. Sedih~

"Kelas da habis! Jdi, sape yng xsempat tasmi', sila ke depan. Ustaz nak bgi hadiah sikit"

zuuupp!!! Satu libasan rotan mnggalkn kesan di betisku. Pedih. Air mata laju mengalir. Airmata yng mengajar aku erti suatu ketabahan. Aku msih ingt saat itu.

"Dan sesungguhnya Kami telah permudahkan Al-Quran untuk peringatan, maka adakah yng mahu mengambil pengajaran" AL-Qomar;17



....................................................................

"Ahli Quran ialah Ahli Allah. Bukan semua orang mmpu utk mnjadi ahli Allah. Hanya segelintir manusia yng dipilih oleh Allah sahja. Ahli Allah kna kuat. Xboleh main2. Kna tabah", aku pegng kata2 ini.

Ya. Bukan senang hidup seorang haamilil Quran. Zman masih mghafaz mrupakn kngn yng xmungkin dipadam dlm memori khidupn.

bersambung.......



Thursday, November 5, 2009

when SPM08' is aroung da corner!! I still remember that moment,,



to all my exMTS frenz especially, i owez miss u,, hope our bond (either covalent bond @ ionic bond @ hydrogen bond -hopefully ionic bond-strongest bond ) will never been broken 4eva,,



(~_^)


Dedikasi tuk sahabat2ku sekelian,,

Kulayarkan kerinduan di lautan memori
Mengimbau kenangan indah yang menyentuh emosi
Masih segar di ingatan saat mesar berputik
Hadirmu bawa sinaran cahaya inspirasi

Sahabat
Kau sesungguhnya
Temanku di kala suka dan lara

Tika ku buntu diselubungi sendu
Kau tiupkan ketabahan untuk kuukir senyuman
Bagaikan embun hilang di terbit fajar
Kau pergi jauh mengejar cita
Menggapai redha Yang Esa

Duhai sahabat dengarkanlah
Bicara hatiku ini
Meskipun jarak memisahkan
Namun tiada noktah kasih
Biarlah waktu menentukan
Nilai ukhwah yang terjalin
Teruskanlah perjuangan
Hingga ke titisan darah terakhir

Dan aku masih di sini
Terus mendaki puncak tertinggi hidupku
Dan aku
Terus menanti saat yang manis
Akan berulang kembali
Sahabat~

Sahabatku
Lirik Lagu Nasyid | Devotees |

in jordan hallaq,,


frenz, never try 2 forget me,, c0z I owez remember n pray 4 u,, hope getting oppurtinity to gather wif u all again,, (^-^)

Muhasabah Iman



#monolog peribadi
AssalamuLlahi 'alaik

Tergerak hati aku malam ni tuk menulis. Brbicara sdikit tentng iman yng kian rapuh. Sesngguhnya iman manusia ini sentiasa bertambah dan berkurang. Kerana inilah kita perlu sentiasa muhasabah diri kita utk mmbina balik kekuatan iman serta menampung kelopongan dlm jiwa kita.

"dan berilah peringtn kerana ssungghnya peringatan itu mmberi mnfaat kpd org yng beriman. Dan tidak Aku jadikn jin dan manusia melainkan untuk beribadah kpdKU"Az-Dzariat;55-56

Iman yang kian rapuh?? ya!! Aku mengakui iman dan islamku kian rapuh. Aku xmmpu utk mnandingi keteguhan Iman dan Islam diriku suatu ketika dahulu. Diriku terasa kian jauh dengan si Pencipta. MasyaAllah. Astaghfirullah. Tapi aku xberdiam diri. Iman manusia turun naik ibarat roda. Mungkin saat ini aku berada di bawah. Jadi tugasku perlu memastikan roda terus berputar supaya Imanku mmpu berada di puncak kembali. Ya. Terus berusaha.

Rindu kehidupan lalu~
Ketika aku masih seorang pelajar sekolah menengah. Maahad Tahfiz Sains(MTS) yng xkan aku padam dlm memori hidupku. Kenapa? Bagi aku, episod permulaan hidup aku bermula di sini. Aku banyak belajar. Paling aku syukuri diberi peluang oleh Allah S.W.T memegang amanahNya sebagai seorang haamilil Quran. Aku menganggapnya sebagai amanah. Amanah yang paling berat yng akn aku pikul sehingga akhir hayat ku.

"sekiranya kami turunkan Al-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah-belah disebabkan takut kepada Allah. Dan perumpamaan2 itu KAMI buat utk manusia supaya mereka berfikir"Al-Hasyr;21

Terasa terpukul apabila mmbaca ayt ini. Nmun bukan soal haamilil Quran yng ingin aku bincng pada malam ni. (mungkin lainkali nak buat satu entry khas bincang sal haamilil Quran). Tapi ingin membandingkan kesedaran hakikat tggjawb ini antara aku dulu dan aku sekarang. Jika dulu aku mampu tuk murajaah shngga 5-7juz sehari, mmpu utk solat brjmaah dmsjid stiap wktu, mmpu utk bngun berqiam dan brtahajjud setiap malam, mmpu utk memakai jbah dan serban stiap hari, mmpu utk berpuasa sunat isnin dan khamis. Malu pd dri sndiri. Hinanya diri ini terasa. Kalah pada diri sndiri. Bukankah sepatutnya hari ini lebih baik dari semalam? dan esok lebih baik dari hari ini?


.........


Suasana. Dulu pernah aku terfikir, xpela. Kat skolah dulu ada suasana. Ada bi'ah. Boleh la nak jadi baik. Boleh nak beramal. Boleh nak bangun qiam. Tidak!! Aku skali lagi trpukul apbila seorang senior bagi tazkirah. Dalam tazkirah dia kte, jangan kita beramal atas sebab bi'ah. Semua orang buat, kite buat, kite rse sronok. Spatutnya drpd biah itu, kta cuba utk mmbina kesedaran. Mcmana? Kenapa kita perlu beramal. Cari jwpn itu. Apabila kita mmpu utk memahaminya, apbila kta sndiri berkehendak ats ksdaran kita sndiri, cmpaklah ke mana2 pun. Campak ke laut mnjdi pulau, cmpak ke darat mnjadi......??? ape ntah,, xtrfikir. Mksudnya di mana shja kta berada, kta xmgharapkn kpd suasana@bi'ah utk mmbentuk kita. Sebaliknya kita sendiri yng mmbina bi'ah tersebut. Ya. Termenung sejenak ak mmikirkn prkara ni. Ya.

Sedikit smngt mmbara dlm jiwaku yng kian kontang slama ini. Aku rindukan aku yng dulu. Apa yng penting, pastikan bahang smangat tersebut mmpu utk mmanaskan serta mghidupkan jentera imanku kembali. Mulakan dengan langkah yang mudah dahulu. Bina balik kekuatan diri. Muhasabah di mana kekurangan dan kekosongan. Refill balik kekosongan tersebut.

Firstly, Taubat dan istighfar
Pernah terdengar satu analogi. "utk mengisi gelas dengan air yng bersih, bersihkan dahulu gelas tersebut. Jika tidak, air bersih itu akan terkotor dengan gelas itu sndiri". Mknanya, sblum aku mngisi 'air bersih' dlm dri, aku perlukan tazkiatun nafsi terlebih dahulu. Mungkin 'air bersih' dahulu pun telah tercemar oleh diri aku sndiri. Jadi first step ialah taubat dan istighfar.

"Wahai orang2 yang beriman, bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat yng sebenar2nya. mudah2an Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan2mu dan memasukkan kamu ke dalam syurga2 yng mengalir dibawahnya sungai-sungai...."
At-Tahrim;8

"Allah tidak melihat siapa yng bersalah, tetapi Allah melihat siapa yng bertaubat"
Yusoff Qhardhowi
.....................................................................................


Allahuakbar!!
Bantulah hambaMu ya Allah.
Pimpinlah hambaMu ya Allah.

"Jika kamu datang kpdKU secara berjalan, nescaya AKU akan datang kpdmu secara berlari. Jika kamu datang kpdKU selangkah, AKU akan datang menghampirimu sribu langkah" Hadis Qudsi,,

"Ya Allah ya Tuhanku, kurniakan bagiku kebaikan dalam beragama yang merupakan kunci kehormatan bagiku. Kurniakan kebaikan kpdku di dunia yang merupakan tempatku menjalani hidup ini. Kurniakan kebaikan kepadaku di akhirat yang merupakan tempatku kembali. Jadikanlah kehidupanku sentiasa lebih baik. Jadikan kematian sbagai kebebasanku dari segala keburukan"~ Ameen ya Rabbal 'Alameen.








Monday, November 2, 2009

Nikmat Allah


DUIT!!??

"Aku da pakai 300USD traveller check ak, ko da 2kar bape sale??"

"ak dah tukar 6ooUSD kot. Ada baki lagi 2ribu lebih. Ada 2bulan lagi sblum msuk elaun baru. Sempat ke??"

begitulah antara dialog antara roomate ak smalam. Hari ni dah msuk 1November. Kami ahli bilik mengaudit serta menghitung perbelanjaan kami spnjang oktober. (nak bajet penggunaan bulann la kononnye). Setelah bajet2010(bulan 10 mksudnye) ditambah, ditolak, didarab, dibahagi, dikuasadua, dilog10kan,(srabut laa.. ringkasnye "dihitung") skrin kalkulator casio aku menunjukkan angka 281.35. Alaa,, bukn bnyak pn, lbeh kurang 300 je sbulan. Btul ke?? Tpi ni duit Jordan laa, bukan Ringgit Malaysia. Emmm.. jom kite convert dlu.

1JD sama dengn RM5 Malaysia. Jadi, 281.35JD ke RM lebih kurang RM1406.75 je. RM1406.75??? Sbulan?? Mak ooiii.. Banyaknye!! Rilek la.. ni belanja sbulan tuk aku dan 3lagi roomate ak. Kalau bahagi 3 plak?? RM1406.75 bahagi 3, RM468.92. Masih banyak lagi. Silap kira kot. Tak mungkin lah. Aku dah guna kalkulator jemana casio kot. Takkan silap lagi. Kalau jenama lain barangkali ada kemungkinn silap kira. ?? Ada kaitan ke dgn jenama kalkulator?? Tak kesahlaa.. Yang penting, boros ke aku ni? Stahu ak, utk bulan 10 lepas, aku dah buat draf & bajet utk belanjawan sbulan.

Dolar Jordan @ disebut oleh msyrkt tempatan Dinar/Lira

Pendapat saya,(Asif sbb pernggn ni gna 'saya', suka ati ak laa~) sebanyak mana kita menghabiskan wang, se"paghok" mna kita mem"burn"kan duit kita adalah bukan terpenting. Saya ulang skali lagi 'bukan TERpenting'. Yang lebih penting ialh ke mana kita mlaburkn wng itu dan sejauh mna mnfaat yg kta peroleh dari pelaburn tersebut. Jika kita fikirkn, smakin bnyak nikmat yg Allah berikan kpd kita, smkin luas dan besar peluang untuk kita beribadah kpdNya. Sbagai contoh seorg jutawan di bandar mmpu mengeluarkn jumlh wang yng besar untuk ddrmakn ke jalan Allah berbnding orng kmpung yg biasa. Stuju tak?? Seorng yng dikurniakn kelebihn suara merdu (Qari') lebih khusu' dan menghayati ketika mengalunkan kalam2 Allah. Tetapi ingat, seorang jutawan, seorang Qari' juga lebih luas dan besar peluangnya untk ingkr serta dmurkai oleh Allah. Semakin bnyak nikmat dan kurniaan Allah kpd kta, semakin besar beban dan tanggjwb terpikul di bahu kita.

Jadi, yng pnting kta sharusnya bersyukur dan mggunakn sebaiknya nikmat kurniaan Allah. Sememngnya sgla yng dpertnggjwbkn oleh Allah ke ats kta akn di persoalkn.

"dan jgnlah kamu mngikuti ssuatu yng tidak akmu ktahui, sesngguhnya pendngarn, pnglhtn dan hati nurani, semua itu akn dmnta pertnggungjwbannya"-Al Israa;36

Ini tidak brmakna kta perlu lari dan mnjauhkn diri dari ni'mat kurniaan Allah lntarn tidak mahu memikul tnggjwb yg besar. Tidak. Kita sharusnya berusaha sekuat mngkin untk mng'upgrade'kn dri kita dri sgenap sudut. Sebagai seorng plajr, sudut keilmuan dan kepimpinn, seorng pekerja majikn dlm sudut prestasi kerja dan brmcam2 lagi. Selesai brusaha, letakknlh pergntungn harap dan tawakkal kta kpd Allah. Jangn tkut untuk mmikul tnggjwb2nya. Firman Allah yg brmaksud;

"Allah tidak membebani sseorng mlainkn sesuai dgn kesnggupnnya. Dia mndpt (phala) dri (kebajikn) yng dilakuknnya dan dia mndpt (seksa) dari (kejhtn) yg dperbuatnya....)Al-Baqarah;286

Nah, cuba kta renungkn sejenak ayt di atas, Allah bagi kta nikmat, kmudian ad brsma nikmat tersbut suatu tnggjwb utk kita lksnakn, kemudian trpulang kpd kta bgaimna kta mahu lksnaknnya. Sekiranya brtpatn dgn kehndakNYA, maka bruntunglah kita krna bukn shja mndpt nikmt trsebut mlh mndpt 'bonus mark' oleh Allah ats jayanya kita mnguruskn nikmtNYA. Ya. Semua trltak ats dri kta. Evrything is up to you, so think deeply before act.

"dan ingtlh ktika tuhanmu memklumkn, 'ssngguhnya jika kamu brsyukur, nscaya aknKU tmbhkn (nikmt) kdpmu, ttapi jika kamu mngingkari (nikmatKU), maka pasti azabKU sangat berat"Ibrahim;07

Jdi sbgai seorng hmba yng tidak trhitung mndapat kurniaan nikmt driNYA, marilh sma2 kta menyikapi nikmat trsebut dengan penuh ketaatn dan kepatuhn kpd Yang Maha Pemurah. Gnaknlh sepenuh ruang dan peluang yng ad ke jln yng btul. Smga sma2 kta mndpt mnfaat.

Gunakan kesempatan untuk kebaikan,
sebelum segalanya terlepas dari genggaman,
kelak menyesal nanti, tak berkesudahan
apa guna sesalan, hanya menekan jiwa~~

-lagu Raihan,, hu3


----------------------------------------------------------
*Tolong tegur jika ad salah dan silap. -masih belajar-









Flag counter

free counters