Saturday, August 28, 2010

Couple? Ambil semua atau tinggalkan semua!

Salam Ramadhan.

-Hari terakhir di JUST sebelum pulang ke Malaysia-

Hari-hari berlalu tanpa henti,
masa kan berjalan tanpa pernah pulang, 
nikmat masa dikecapi apabila terisinya masa, 
dengan belajar atau mempelajari. 

[Ayat cuba-cuba. Tak tahu sampai ke tak maksudnya]

........................................

Beberapa hari lepas, saya mendapat satu meseg dari seorang kenalan lama. Beliau ingin berkongsi masalah dan meminta pendapat saya tentang penyelesaiannya.

Di awal meseg, beliau menyebut bahawa beliau memerlukan bantuan saya sebagai orang yang tahu sikit-sikit tentang agama dan pernah belajar di sekolah agama.

Seterusnya beliau menceritakan serba sedikit tentang latar belakang masalahnya. Dia bercouple. Tetapi mempunyai masalah dengan pasangannya. Sudah pelbagai cara mereka usahakan tetapi tidak berhasil. Ringkasnya, boleh dikatakan cinta mereka hambar. Masing-masing tak rasa apa-apa bila berhubungan tetapi masih berkeras untuk meneruskan percintaan mereka. Natijahnya, kedua-dua terseksa.

Jadi, antara salah satu usaha kenalan saya ini, beliau cuba bertanya pendapat saya melalui sudut agama. Harapnya hubungan mereka kembali jernih dan berpelangi.

Beberapa hari saya sisihkan meseg tersebut. Bukan sengaja. Memandangkan beberapa hari lepas saya masih lagi dalam musim final exam ditambah lagi beberapa kerja peribadi yang lebih perlu untuk saya utamakan, saya kira saya akan jawab soalan ini kemudian. Disamping itu boleh juga saya ambil masa lebih untuk berfikir.

...............

(Hari ini saya nak berteori ye)

Islam bukan pencetus masalah
Islam diturunkan oleh Allah melalui wahyu-wahyu para nabi. Islam agama syumul yang menyentuh setiap aspek kehidupan. Ianya disebut sebagai suatu cara @ sistem untuk hidup. Umpamanya suatu manual kepada penciptaan manusia.

Manual mengajar kita bagaimana untuk menggunakan produk sebaiknya. Segala maklumat berkaitan produk semuanya disebut dalam manual. Semua kondisi produk, ada cara mengendalikannya.

Jika begini, ini caranya..
Jika begitu, ini caranya..
Jika demikian, ini pula caranya..

Senangnya, semua keadaan akan lancar jika benar-benar mengikut panduan manual.

Bagaimana masalah bermula?
Masalah akan bermula apabila kita mula meninggalkan cara yang ditetapkan oleh Islam dan cuba-cuba mencipta rumusan kita sendiri.

Jika Islam kata begini, kita cuba-cuba buat begitu. Nampak lebih efisien dan mantaplah katakan.

Umpama menggantikan gula dengan garam ketika membuat secawan teh. Gula dan garam yang kelihatan sama jangan dianggap sama. Menggantikan garam dengan gula dalam secawan teh akhirnya merosakkan air teh tersebut.

Begitulah sistem kehidupan, Islam adalah yang paling sempurna. Walaupun ada sistem-sistem ciptaan manusia yang pada perlaksanaannya kelihatan sama atau lebih bagus, ia tetap akan merosakkan seluruh sistem kehidupan ini.

Masalahnya akan bermula dari situ!

Islam : Ambil semua atau tinggalkan semua.
Islam hanyalah satu. Setiap unsur dan elemennya tak boleh dicerai-beraikan. Bagaikan manusia. Dipanggil cacat jika kekurangan anggota badan.

Manusia kini ramai yang kurang meyakini hukum-hukam Islam. Mereka tidak percaya dengan melaksanakan Islam mampu mengaman dan mententeramkan dunia. Mungkin puncanya bercambah dari sikap mereka yang mengambil Islam secara separuh-separuh. Menjalani hidup mengikut gaya yang mereka selesa. Apabila timbul masalah baru mula merujuk kepada Islam.

Contohnya permasalahan di awal pos ini. Mereka memilih untuk bercouple mengikut cara yang tidak disyar'ikan oleh agama. Menjalani kehidupan bercouple dengan sukahati. Apabila masalah menjengah mereka, mulalah mereka mencari Islam untuk menyelesaikannya. Masalah berpunca dari pihak A, pihak B pula diminta untuk menyelesaikannya. Lagi teruk apabila B dipersalahkan jika masalah masih berlanjutan dan A terus dipertahankan.

Begitulah nasib Islam sekarang ini. Masalah sosial timbul oleh perlaksanaan sistem-sistem barat. Berlakunya kes buang bayi. Meningkatnya kes zina. Bunuh diri, rompakan, samun dan sebagainya sering menjadi tajuk utama di dada akhbar. Dan kesudahannya Islam dipersalahkan kerana tak mampu mencegah masalah-masalah ini.

Pendapat saya, ini merupakan suatu ketidakadilan bagi Islam. Dan saya yakin anda pun berfikiran begini. Kan?

Jadi kesimpulannya, jika betul-betul ingin mengikuti cara Islam, ikutlah kesemua sekali. Jangan hanya celup-celup sahaja. Anda sebenarnya sedang membuat fitnah kepada Islam!


"Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya dan janganlah kamu mengikuti jejak langkah syaitan. Sesunggah ia merupakan musuh yang nyata bagi kamu." Al-Baqoroh

Penutup
Harapnya dapat apa mesej yang ingin saya sampaikan untuk pos kali ini. Dan diharap semoga Allah menjaga hati saya untuk sentiasa ikhlas dalam penulisan ini. Sebarang teguran dan pembetulan pada mana-mana kesilapan amat saya nantikan.

Sekian..

ps : Disarankan untuk baca risalah 'Manhaj Hidup Muslim' kompilasi karangan AsSyahid Syed Qutb dan Imam A'la Al-Maududi. Dalam buku ni membincangkan masalah ni dengan lebih hebat. Boleh search dan download kat internet je.


ps2 : Hari ini saya akan pulang ke Malaysia. Doakan selamat perjalanan pulang dan pergi.

Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan dan memori.



Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna...
agar dapat ku lalui dengan sempurna...

Balik jamiah hari ni, berkali-kali saya ulang lagu dendangan Raihan dan Manbai ni.

Cepatnya masa berlalu. Rupanya dalam masa beberapa minit lagi Ramadhan akan berkunjung tiba. Bersedia? Memanglah perlu kepada persediaan yang secukupnya nak menghadapi Ramadhan. mana taknya, tetamu khas yang didatangkan oleh Allah untuk kita. Saya, dah bersedia? Sejujurnya masih banyak kekurangan dalam diri saya yang hina ini. Astaghfirullah.

Bila sebut Ramadhan, normalnya tak dapat dipisahkan dengan terawih. Petang ni, saya terkenang kisah-kisah memori saya menyambut Ramadhan dan bersolat terawikh semasa di sekolah lama dulu.

Untuk pelajar sekolah tahfiz, bulan Ramadhan adalah bulan yang mereka paling laris. Setiap masjid dan surau-surau sama ada dibandar mahupun dikampung berhajat kepada pelajar tahfiz untuk mengepalai solat terawikh. Maka bertebaranlah pelajar-pelajar tahfiz dimasjid-masjid untuk memenuhi permintaan masyarakat.

Dulu kisah saya pun tak jauh bezanya. Pelajar-pelajar terbaik dari segi hafalan, tajwid dan akhlaknya akan tepilih untuk dihantar berkhidmat di masjid-masjid luar sekolah. Maka berebut-rebutlah para pelajar untuk mendapat tempat tersebut. Biasalah, budak-budak lagi masa tu. Tak tahu apa lagi erti imam / mas'ul.

Yang paling tak boleh blah, ada yang niat mereka hanya nak dapat ganjaran wang semata-mata. Mana tak terbeliak mata budak-budak. Pengalaman saya, paling banyak saya dapat dekat RM500 untuk satu malam jadi imam terawikh.

"Kir, enta dapat berapa malam ni?", tanya seorang hafiz ni pada sahabatnya.

"Malam ni paling banyak ana dapat. RM700!", jawab Syakir galak.


ini dia Syakir dan saya. Dia antara scorer bulan Ramadhan dulu-dulu. Sekarang ni dah jadi Imam Muda. Haish~

Biasalah budak-budak. Sekarang baru nak kenal erti jujur dan ikhlas. 

Err.. Nak tulis apa lagi ye? Kali ni saya letak gambar banyak-banyak jelah. Kenangan sepanjang berada di alam persekolahan.


Yang baju putih ni paling saya respek. Orang masyi batch saya. Baju merah tu dengar2 jadi imam masjid tapang. ekk??

Ini pula suara emas kami. Sekali baca macam Ghamidi habis. Sekarang belajar di Mesir, perubatan.

Jim, buat lagu Abdullah Fahmi malam ni? Minta je lagu apa, semua boleh.

Baju oren ni pula Sheikhul kabeer kami. Ada apa-apa masalah tajwid, rujuk dia cepat2. Sebelah dia abe Din kito. Pegang masjid besar Pahang ke sekarang?

Latihan imam terawih. haaa~

Semua hebat-hebat belaka sekarang. Yang jadi imam : Akh Abdillah Mat Ali.

"Ya Allah, berkatikanlah kami pada bulan Ramadhan pada kali ini. Jadikanlah Ramadhan kami kali ini, Ramadhan yang lebih baik dari sebelumnya. Ameen.."



Friday, August 6, 2010

Selamat Hari Jadi Sayang!

Ayah saya sebenarnya yang nak saya berkenalan secara serius dengan dia. Sejak saya masih kecil lagi. Ayah saya selalu sebut sebut nama dia. Pada masa tu saya dah kenal la sikit-sikit. Sekadar kenal. Cinta tu masih tak berputik lagi.

Kisah kami berdua bermula apabila saya ditawarkan ke sekolah menengah yang sama dengan dia. Kelas sama pulak tu. Saya mula berkenalan secara lebih dekat dengan dia. Mana taknya, hari-hari terpaksa bersua muka. Kadang-kadang rasa tak layak juga. Kadang-kadang down juga sebab dia agak jual mahal pada awal-awal. Tapi sokongan dan galakan dari abah dan umi serta keluarga menyebabkan saya tidak cepat putus asa.

Kisah kami penuh dengan dugaan. Mana taknya, dia sangat hot sedangkan saya, tak ada apa-apa pun. Terpilih  untuk berkenalan dengan dia pun dikira sangat beruntung. Sejak perkenalan itu, saya banyak berubah. Dia banyak mengajar saya untuk lebih mengenali tujuan hidup ini. Saya mula nampak untuk apa saya hidup. Saya mula rasa hidup ini lebih bermakna. Terima kasih awak!

Apabila sedih, cukuplah Allah dan dia sebagai pengubat hati saya. Apabila gembira, suka untuk saya berkongsi kisah kegembiraan dengan dia. Setiap detik bersama dia amat bermakna bagi saya. Ikutkan hati, nak saja saya luangkan sepenuh masa saya bersama dia. Sepenuh hati, sepenuh perasaan.

Saya sedikit sedih apabila tamat pengajian sekolah menengah. Mana taknya, kami tak kerap lagi bersua macam dulu. Mungkin ni salah saya sebab tak  bersungguh-sungguh mencintai dia. Fikirkan masalah ini, saya mula cari solusi. Setiap masalah ada solusinya. 

Saya cuba untuk berhubung kembali dengan dia. Tiap-tiap pagi saya cuba untuk imbas kembali kenangan kami bersama. Harapnya cinta kami kembali subur. Saya cuba untuk lebih meluangkan masa saya bersama dia. Dan Alhamdulillah, walaupun sekolah menengah dah habis, dia masih tetap bertahta di hati saya. Untuk selama hayat ini hendaknya. Ameen :)

Akhir tahun lepas, saya terbang ke Jordan. Keadaan jauh dinegara orang ini menambahkan rindu saya terhadap dia. Tapi saya dah janji dengan diri sendiri akan setia dengan dia sepanjang hayat. Saya nak ingat awak sampai bila-bila. Tak nak lupa langsung. Saya nak memahami awak betul-betul. Saya nak awaklah yang sentiasa dihati saya. Harapnya dia pun gembira dan suka untuk menempatkan diri dalam hati saya. Semoga Allah permudahkan urusan kami. InsyaAllah kheer.. Doakan kami. Ameen : )

"Ya Allah rahmatilah hidupku dengan Al-Quran. Jadikanlah Ia kepadaku sebagai imam, cahaya penyuluh, petunjuk dan kerahmatan. Ya Allah ingatkanlah aku apa yang dilupakan dariNya. Dan ajarkanlah apa yang kami jahil tentangnya. Kurniakanlah aku kelapangan untuk membaca dan mentadabburNya sepanjang malam dan siang hari. Jadikanlah Dia sebagai hujjah pensyafaatku di hari Akhirat kelak wahai tuhan sekalian Alam. Ameen."

Saat paling bahagia dalam hidup saya.
6 Ogos 2007
8.30 pagi-9.00pagi
Bilik ICT Maahad Tahfiz Sains, Tanah Merah.

Dan akhirnya Allah perkenankan doa saya untuk mengkhatamkan hafalan Quran saya pada saat ini. Semoga ianya menjadi wasilah untuk menggapai jannah Allah kelak. Ameen.

*Kepada sahabat2 tahfiz AzZikr dan sesiapa yang dalam proses memikat Dia, teruskan usaha anda. Jangan kenal erti serah. Kerana serah sama dengan kalah. Memang susah. Sebab Quran itu bukan murah. Teruskan sahabat sekalian. InsyaAllah sama2 doakan untuk kebaikan bersama.

p/s : Pos berani mati. Saja buat kontroversi awal-awal. Maaf semua ye. hehe..

Flag counter

free counters