Diabetis merupakan satu penyakit yang common di seluruh dunia. Ia merupakan penyakit kronik yang berkaitan dengan masalah hormon insulin. Peranan hormon insulin ini ialah untuk menukar glukosa dalam darah ke bentuk glikogen untuk disimpan sebagai sumber tenaga.
Diabetis boleh berlaku melalui dua cara utama, samada masalah pankreas yang tidak berjaya menghasilkan sebarang insulin (Diabetis type I) atau masalah pada badan yang tidak mampu bertindak balas pada insulin yang dihasilkan (Diabetis type II).
Melalui dua mekanisma ini, kegagalan insulin untuk menjalankan tugasnya akan menyebabkan tahap glukosa dalam darah akan terus meningkat tanpa ditukar ke dalam bentuk ke duanya iaitu glikogen. Keadaan tingginya glukosa dalam darah ini lama-kelamaan akan memberi kesan buruk kepada badan manusia melalui mekanisma-mekanisma tersendiri. Antara kesannya ialah kerosakan buah pinggan, pembentukan katarak dalam mata, buta mata, kebas pada bahagian tangan & kaki dan banyak lagi.
Melalui penerangan atas, secara ringkasnya dapat kita fahami bahawa :
- kes Diabetis type I - masalah berpunca kerana ketiadaan insulin itu sendiri.
- kes Diabetis type II - insulin itu ada tetapi tidak berjaya memberi kesan kerana faktor lain yang menghalangnya.
Salah satu peranan solat : mencegah diri dari perkara keji dan mungkar
![]() |
| "Solat itu tiang agama" |
Melalui ayat 45 Surah Al-Ankabuut, Allah menerangkan bahawa salah satu peranan solat dalam kehidupan kita ialah mencegah dari perkara keji dan mungkar.
![]() |
| ....sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya)... |
Saya memerhati jauh pada diri sendiri, sebenarnya ada sahaja sebahagian waktu yang saya sangat menjaga solat, tetapi dalam masa yang sama saya masih tidak mampu mencegah diri dari melakukan dosa-dosa kepada Allah (Astaghfirullah). Keadaan ini menyebabkan saya tertanya-tanya di mana peranan solat yang saya kerjakan? Sepatutnya apabila bersolat, solat itu akan mencegah saya dari perkara dosa dan maksiat tersebut.
Kaitan antara diabetis, insulin dan solat
Apabila saya membuka dan membaca kembali nota pelajaran saya berkaitan diabetis ini, saya terfikir untuk mengaitkanya dengan solat.
Insulin mencegah tubuh badan dari berlakunya diabetis sebagaimana solat mencegah diri kita dari melakukan perkara keji dan mungkar. Jadi memang kita tidak nafikan apabila tiada insulin atau solat, maka akan berlakunya masalah (diabetis dan maksiat). Keadaan ini menerangkan mekanisma bagi Diabetis type I.
Menjawab persoalan yang sentiasa bermain dalam fikiran selama ini, (bersolat tetapi masih melakukan maksiat) saya mendapat ilham untuk menyamakannya dengan kes diabetis type II.
Koreksi diri : adakah solat kita itu solat?
kes Diabetis type II - insulin itu ada tetapi tidak berjaya memberi kesan kerana faktor lain yang menghalangnya.Sama halnya dalam masalah solat tadi. Solat itu ditunaikan tetapi masih berterusan dalam melakukan maksiat. Rupanya bukan solat itu yang tidak menjalankan peranannya, tetapi ada faktor-faktor lain yang menyebabkan badan kita tidak mampu untuk 'bertindakbalas' dengan solat yang didirikan.
Koreksi diri : adakah solat kita itu solat?
Sebelum berbincang dan mencari apakah faktor-faktor yang menyebabkan solat kita itu tidak berkesan, satu persoalan yang lebih besar terlebih dahulu perlu kita jawab. Adakah solat 5 waktu seharian yang kita dirikan itu adalah betul-betul solat?
Nah, satu benda yang mungkin kita terlepas pandang. Mana mungkin gelas yang pecah untuk menampung air, mana mampu pembaris yang bengkok hendak mengukur panjang. Maka begitulah juga perumpamaannya solat yang serba cacat dan cela. Mana mampu untuk membantu kita mencegah diri dari kemaksiatan kepada Allah SWT.
Maka terjawab lah separuh persoalan saya di atas. Ya, solat itu ada tetapi tidak sempurna dan serba kekurangan.
Diruangan ini suka juga untuk saya pautkan tulisan lama saya yang juga berkisar tentang solat : Perihal solat, dua tanah haram dan doa.
Penutup
Semoga kita diberikan kekuatan untuk terus menjaga solat kita, tiang agama ini sehingga ke akhir nyawa dengan penuh kekhusyukan dan keihklasan. Selamat menjalani tarbiyyah Madrasah Ramadhan kepada anda semua. Semoga sijil taqwa sama-sama kita peroleh di hujungnya nanti. Ameen.












