Showing posts with label my diary. Show all posts
Showing posts with label my diary. Show all posts

Sunday, March 16, 2014

PINTAZ 2014

14 & 15 Mac 2014 : Hujung minggu yang penuh makna.

Rasa puas bila mampu bersama dan berkumpul dengan kelompok manusia yang mempunyai minat dan matlamat yang sama. Saling berkongsi, bercerita dan bertukar-tukar pengalaman.


  • Slot 1 : Al-Quran dan kehiupan : antara galakan dan cabaran.
  • Slot 2 : Pengenalan Ulumul Quran dan perbahasannya.
  • Slot 3 : Fokus permasalah fiqh Hamalatul Quran
  • Slot 4 : Kaedah menghafaz Al-Quran dan menjagaNya.
  • Slot 5 : Al-Quran dan kebesaranNya
  • Sesi forum : Al-Quran dalam realiti kehidupan.


Terima kasih kepada semua yang menjayakan Program Intelek Huffaz 2014.

Sedikit gambar untuk kita kenang,












Monday, November 18, 2013

Pelajaran baru

18 November 2013 : Hari terakhir dawam di klinik Psikiatrik.

Hari ini kami didatangi oleh seorang pesakit luar perempuan berumur akhir 20-an yang masih single.

Beliau menghadapi tekanan disebabkan oleh beberapa masalah peribadi yg menimpa beliau dan berharap dengan kehadiran beliau ke klinik hari ini dapat memberi kerehatan setelah lama berlelahpenat dengan diri sendiri.

Pada awalnya, semasa kami (beberapa orang pelajar dan seorang doktor) mengambil history, beliau nampak ok. Namun setelah beberapa soalan ditanya, beliau seolah tidak mahu menjawab dan mula tertekan. Akhirnya beliau menangis teresak2 dan menjerit2 "aku nak rehat, aku nak rehat.."

Doktor cuba menenangkan beliau, tetapi emosi dan mood beliau semakin tertekan. Beliau memukul meja doktor dan mula mengoyakkan kad dan mencapai fail2 di atas meja utk dibaling & dikoyak.

Pada awalnya saya menyangka mungkin keadaan masih terkawal. Tetapi akhirnya kami (pelajar lelaki) terpaksa memegang dan menahan beliau apabila beliau mula terfikir utk cuba membunuh diri (para - suicide). 

Doktor sedaya upaya cuba menenangkan beliau. Kami pula bergelut menahan beliau yg cuba mencapai apa2 objek utk mencederakan diri. Mulut beliau hanya menyebut perkataan "aku nak mati, aku nak mati..." dan meminta kami berikan pisau kepada beliau.

Akhirnya doktor terpaksa memanggil jururawat2 utk memberikan beliau suntikan haloperidol dan clorazepam utk menenangkan beliau. Hampir setengah jam juga kami bergelut, akhirnya beliau mula lemah dan tertidur.


Pelajaran baru

Hari2 di klnikik psikiatrik selama 4 minggu ini memberi saya banyak pengajaran dan pengalaman baru. Pelbagai ragam pesakit yang telah kami lihat.

Manusia ini terdiri dari dua aspek, fizikal dan rohani (jiwa). Sakit jasmani atau fizikal, kita mudah untuk tahu kerana kesannya adalah jelas. Tetapi sakit rohani, boleh jadi empunya diri pun tak sedar kerana tiada simptom2 yang zahir.

Kurang perhatian, sentiasa bersendirian, memendam masalah, tak ada sokongan keluarga dan sahabat2 sekeliling adalah antara punca lemahnya jiwa selain rapuhnya hubungan kita dengan Pemilik kepada Jiwa ini.

Sebab itu Islam menuntut kepada kita mengerjakan solat sebanyak 5 kali sehari. Memberi isyarat bahawa Allah itu sentiasa dekat dan ada bersama kita dan kepadaNya lah tempat utk kita mengadu.

Sebab itu juga lah Islam menyuruh kita menjaga hubungan silatur rahim sesama manusia kerana utk hidup kita sebenarnya sangat saling memerlukan. Dengan orang sekeliling lah tempat untuk kita berkongsi suka dan duka. 

  • Andai ada masalah yg tak mampu dipikul atau bebanan2, berkongsilah dengan orang yg kita percayai utk mengelakkan jiwa kita makin tertekan. 
  • Hargailah orang disekeliling kita kerana mereka memerlukan kita dan kita juga memerlukan mereka. 
  • Permudahkan urusan dengan orang sekeliling, semoga Allah permudahkan segala urusan2 kita.
  • Sayangi diri anda. Sayangi orang lain sebgaimana anda menyayangi diri sendiri.

Dan akhir sekali, doakan kami exam Osce & Mini-Osce hari Rabu nanti. Ameen. :)

Group C4 5th year 2013

Wednesday, October 30, 2013

Psychiatric department

29 Oktober 2013 : Hari kedua di wad psikiatrik (wad pesakit jiwa)

Hari ini ada beberapa kes yang saya jumpa dan dengar dari kawan-kawan. Ada pesakit yang mengaku dia adalah Allah, ada yang kata dia tak gila, ada yang nampak gembira tanpa sebab, ada yang bercakap dengan bahasa yang kami tak mampu fahami tak henti-henti dan macam2 lagi.

Tapi hati saya tertarik kepada sepasang suami isteri yang berada dihujung penjuru wad. Si isteri yang berumur dalam lewat 20an atau awal 30an saya agak, dikatakan mengalami tekanan dan kurang waras kerana baru kematian anak kandung dan menghadapi beberapa lagi masalah lain. Dari segi pemakaiannya, dia nampak sangat sopan dengan berjubah tebal dan bertudung elok. 

Saya hanya memerhati gelagat suami isteri tersebut. Mereka saling berbual, terkadang si isteri itu menangis, sekejap selepas itu dia memarahi si suami dengan tiba2, kemudian kembali menangis. 

Beberapa kali juga si isteri itu lari dari suaminya gaya seolah-olah merajuk. Kemudian masuk balik ke bilik menunggu dipujuk oleh si suami. Kemudian si isteri terus lagi berbual dengan si suami seolah mengadu sesuatu.

Saya perhati wajah si suami tampak sangat keletihan. Seolah sudah tak larat untuk melayan isterinya yang tidak stabil emosi dan tidak mampu difahami oleh manusia biasa.

Satu lagi yang menyentuh hati saya apabila si suami cuba menenangkan isterinya itu dengan mengambil mushaf Quran dan mengajak si isteri membaca bersama beliau. Si suami masih setia memberi sokongan kepada si isteri walaupun keadaannya begitu. Boleh sahaja sebenarnya beliau tinggal sahaja tugas itu kepada jururawat2 yang bertugas.

Akhirnya saya terfikir bahawa betapa hidup ini kita sebenarnya saling memerlukan antara satu sama lain untuk saling menguatkan. Ujian yang Allah timpakan ke atas setiap orang adalah tidak sama. Tapi yang pasti, ujian itu utk lebih menguatkan kita dan berpadanan dengan kemampuan yg kita ada utk menghadapinya.

لا يكلف الله نفسا الا وسعها

_____________________

* Lama tak update blog. Sekadar copy paste status di fb kali ni. Entah bila lagi selepas ini untuk post seterusnya.
* Rasa sebak pula bila terkenang nasib blog ni, kesepian. sob sob sob
* Semoga Allah memudah dan memberkati segala gerak kerja seharian kita. Ameen.

National Center Hospital for Mental Health, Fuhis, Amman

Sunday, June 10, 2012

Album Umrah 4 / Rejab 1433

Assalamualaikum.

Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah Yang Maha Kaya, Maha Pemurah di atas segala nikmatNya yang tidak terkira.

_______________________________

Menjelang sahaja hujung semester pengajian, fenomema kami (pelajar-pelajar malaysia di Jordan) akan mula merancang perjalanan dan pengisian cuti masing-masing.

Macam - macam tempat yang bakal di ziarahi. Dari sedekat-dekat tempat sehingga sejauh-jauhnya.

Dulu saya ada juga bercita-cita untuk melawat seberapa banyak negara sepanjang pengajian saya di Jordan. Ye lah, bila dah habis belajar dan mula berkerjaya nanti ruang masa mungkin sedikit sempit. Ramai senior-senior kata ambillah peluang yang ada ni untuk melihat dan merantau sejauh mungkin di muka bumi Allah.

Sewaktu tahun 1 pengajian pada tahun 2010 saya memulakan jelajah saya ke Turki. Sebuah negara yang menarik dan boleh letak dalam list-melawat saya kira. Banyak pemandangan dan pengalaman baru yang saya belajar. Boleh belek-belek dan rujuk album lama di sini dan sini. :) 

Umrah kali pertama
Pada tahun yang sama, saya telah diizinkan oleh Allah untuk menjejakkan kaki ke RumahNya, Haramain Es-Syarifain (Masjidil haram dan Masjid nabawi). Teringat kali pertama menjejakkan kaki ke sana, Allah telah datangkan ujian kepada saya. Telah saya catatkan dalam blog ini sebagai kenangan dan peringatan bersama. Boleh rujuk sini.

Umrah kali kedua
Perancangan Allah Maha Hebat dan sangat terancang. Terkandung sejuta hikmah dan pelbagai pelajaran bagi yang memerhati. Sekali lagi Allah menjemput saya pada tahun berikutnya untuk menjadi tetamuNya. Tetapi kali ini sangat istimewa kerana saya diundang pada waktu yang cukup mulia, pada Bulan Ramadhan 1432h.

Saya tidak tahu macamana hati saya terdetik untuk ke sana lagi. walaupun ketika itu cuti saya yang agak lewat dan saya telah terlepas untuk mengikuti pakej Umrah (bas) yang ada pada waktu itu. Dari mana datangnya kesungguhan dan keinginan saya tidak tahu sehinggakan saya sanggup berjumpa dengan syarikat untuk menempah tiket flight yang berganda-ganda tinggi kosnya. 

Alhamdulillah saya tidak pernah menyesal bahkan rasa sangat beruntung atas tindakan saya pada waktu itu. Pengalaman dan perasaan yang tidak mungkin saya lupa dan padamkan. Bersahur, berpuasa, berterawikh dan berQiamullail di anjung Masjidil Haram, MasyaAllah suatu suasana yang WAJIB setiap muslim idamkan!

Saya abadikan kenangan itu di sini. Sejak ziarah kali kedua inilah yang telah mengikat hati saya. Saya telah jatuh cinta pada tempat yang paling mulia ini. Sebelum pulang saya berdoa dengan setulus hati, 

"Ya Allah sampaikan aku lagi ke sini."

Umrah kali ke tiga
Januari 2012, sekali lagi Allah jemput saya. Allah, bayangkan apa perasaan seorang hamba yang banyak dosa seperti saya apabila Tuhannya tak pernah lupa padanya dan memakbulkan doa dan hajatnya. Tidak cukup dengan segala amal ibadat dan lafaz syukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan. 

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah mahu kamu dustakan?", 33 kali Allah ulang dalam Surah Ar-Rahman.

Umrah kali ke empat
Dan dengan sifat Pemurah dan Penyayangnya Allah SWT, saya dijemput lagi untuk kali ke empat berkunjung ke rumahNya. kali ini hati saya benar-benar terkesan, benar-benar merasakan bahawa Allah tak pernah sekejap pun melupakan hambaNya.

Saat ini saya teringatkan satu kata-kata seorang ustaz,

"Semoga Allah memilih kita menjadi tetamuNya di dunia dan yang paling penting di akhirat kelak. Macamana Allah nak pilih kita jadi tetamuNya di akhirat sedangkan di dunia pun dia tak pernah pilih kita?"

*Tetamu Allah ialah orang yang sentiasa menghadiri dan solat berjemaah di Masjid.

"Ya Allah, sungguh banyak nikmat yang Engkau limpahkan kepada HambaMu. Aku berdoa dan meminta agar kami menggunakan segala nikmatMu untuk lebih mendekatkan diri padaMu Ya Allah. Engkau pandulah hati kami untuk terus taat pada perintahMu dan menjauhi laranganMu. Ameen~"

Dalam perjalanan


Kawasan Masjid Nabawi

Bersama Abdul Mukmin at Masjid Nabawi
Salam, Mukmin, Amirun.
Bersama Nabil Saupi (baju kuning) kenalan semasa MTS.
Rumah Makan Indon, bersama sahabat Arab seBatch di JUST.
Di Makkah
Di Miqat Bir Ali
Bersama Abah dan Umi di hadapan Masjidil Haram
Bukit Marwah
Dalam perjalanan lawatan ke Hudaibiyyah
Tapak tempat berlakunya Perjanjian Hudaibiyyah tahun ke 6 Hijrah
Ladang Unta
Pagi terakhir sebelum bertolak pulang ke Jordan


Alahmdulillah~

Tuesday, January 24, 2012

Perihal solat, dua tanah haram, doa dan harapan.

Berkaitan solat
Sebelum cuti bermula sebenarnya saya ada banyak target. Salah satunya nak mengkhatamkan kitab minyatul musolli karangan Syeikh Daud Al-Fatani.

Sebelum cuti bermula lagi saya sudah pun mengdownload dan mencetak kitab tersebut. Sudah bersiap sedia untuk menghabis serta mengkhatamkan kitab tersebut.

Namun perancangan Allah mendahului perancangan saya. Entah bagaimana saya tak mempunyai banyak kekuatan untuk menghabiskannya sepanjang cuti ni. Hanya beberapa helai sahaja yang sempat ditelaah.

Saya kongsikan sikit ilmu daripada kitab minyatul musalli disini mengikut olahan ayat dan fahaman saya sendiri.

Solat yang didirikan merangkumi 2 aspek iaitu secara luaran dan rohani.

Mendirikan solat menyembah Allah saya analogikan seperti seorang anak muda remaja yang sedang mencari calon isteri atau suaminya.

Mana mahu seorang anak muda jika pasangannya itu cacat dari segi fizikalnya sebagai contoh tempang, tidak cukup anggota badan dan sebagainya. Semua hendak yang sempurna jika diberi pilihan.

Tetapi yang lebih penting dari segi rohnya. Mahukah anda mengahwini pasangan yang telah pun ditarik rohnya a.k.a meninggal dunia? Apa pula ni? Boleh jadi satu penghinaan jika halnya seorang pak cik menawarkan anda untuk mengahwini anak gadisnya yang telah meninggal dunia. Silap haribulan kita boleh kata pak cik ni gila sebenarnya.

Sekarang cuba analogikan mencari pasangan dengan solat. Bagaimana? Solat sebenarnya kita mempersembahkan ibadah kita kepada Allah SWT. Semampu mungkin kita perlu memenuhi serta menyempurnakan kedua-dua aspek solat iaitu fizikal dan rohani.

Fizikalnya adalah rukun-rukun solat manakala rohaninya adalah kekhusyukan dan keadaan hati kita ketika bersolat.

Mahukan Allah menerima solat kita yang tidak sempurna rukunnya? Sudah tentu tidak sebagaimana tidak mahunya kita mendapat pasangan yang tidak sempurna fizikalnya seperti yang saya terangkan di atas.

Juga agak-agaknya mahukan Allah menerima serta mengganjari solat kita yang tidak khusyuk? Sama jawapannya dengan halnya seorang pak cik yang menawarkan anak gadisnya yang telah meninggal dunia untuk kita kahwini. Mungkin juga boleh jadi satu penghinaan kepada Allah kiranya kita mengerjakan solat dengan sambil lewa sahaja. MasyaAllah.

Semoga Allah memberi kepada kita kekuatan untuk khusyuk dan menjaga segala rukun-rukun solat ketika mendirikannya. Ameen.

Coretan perihal dua tanah haram
Alhamdulillah insyaAllah sekali lagi saya bakal dijemput oleh Allah untuk berkunjung ke sana. Jika dipanjang umur saya akan bertolak ke sana esok hari, 25 Jan 2012 dari Jordan. Dan ini adalah kunjungan saya kali yang ke tiga. Yang terakhir saya ke sana pada bulan Ramadhan yang lepas juga menyambut aidul fitri di sana pada waktu itu. Sungguh saya sangat berharap semoga dapat berkunjung lagi dan Alhamdulillah Allah bakal makbulkan doa saya. Setinggi kesyukuran dipanjatkan.

Berkaitan berkunjung ke tanah haram, ramai yang membawa hajat akan berubah dan bertaubat apabila kembalinya mereka ke tanah air sesudah mengerjakan umrah ataupun haji. Saya punyai pandangan dan pendapat yang lain tentang hal ini.

"Mekah, masjidil haram, kaabah bukan tong sampah untuk membuang dosa-dosa kita". Saya dengar kata-kata ini dari satu sesi kuliah tazkirah oleh seorang ustaz.

Ya, ramai yang berharap mereka akan bertaubat, insaf dan berubah menjadi baik sesudah mengerjakan haji atau umrah. Alhamdulillah niatnya yang baik itu suatu perkara yang terpuji.

Tetapi realitinya sekarang kita boleh lihat ramai sahaja haji-haji yang baru sahaja balik dari mekah tetapi masih belum mampu untuk melazimi solat 5 waktu di masjid. Lebih teruk mungkin ada saja yang terus tidak solat sepertimana keadaan mereka sebelum mengerjakan haji atau umrah.

Boleh jadi juga ketika berada di tanah suci itu sendiri kita boleh lagi meninggalkan solat walaupun masjidil haram hanya beberapa langkah dari bangunan hotel.

Kenapa boleh jadi begini? Ianya berkaitan dengan soal iman, soal hati dan soal kemahuan. Jika Memang hati kita beriman dan yakin serta mahu dan berazam untuk mentaati perintah Allah, walau dimana kita berada pasti kita akan melaksanakan perintah Allah serta menjauhi laranganNya. Sebaliknya jika kerasnya hati kita, lemahnya iman kita, walaupun laungan azan dari masjidil haram tidak mampu untuk menggerakkan badan untuk berwudhuk seterusnya melangkahkan kaki kita ke masjid.

Saol yang ingin saya tekankan adalah usaha kita ke arah itu. Tidak akan berlaku perubahan dan taubat sekiranya kita hanya menunggu sampainya kita ke tanah suci dengan berharap air mata taubat itu mengalir dengan sendirinya dan diri kita terus bertukar menjadi malaikat. Sebaliknya semua itu perlu kepada usaha yang berterusan. Kita bertuah andai ketika mengerjakan umrah dan berada di tanah suci itu Allah bukakan hati kita di atas segal usaha yang telah kita buat sebelum ini.

Juga taubat itu bukan perbuatan bertempat. Hanya boleh dilakukan bila berada di hadapan kaabah semata-mata. Sebetulnya setiap masa, setiap tempat kita sentiasa bertaubat dan memohon istighfar kepada Allah SWT.

Ya, soalnya usaha dan ikhtiar kita. Memang mujahadah dan istiqamah itu susah sebab nilainya mahal iaitu taqwa pada Allah SWT.

Perihal doa dan harapan
Biasalah Apabila kita akan berkunjung ke tanah haram maka ramailah sahabat-sahabat serta kenalan yang akan mengirimkan doa supaya dipohon serta diaminkan di sana. Keadaan ini tidak terkecuali ke atas saya bahkan saya sengaja memaklumkan pada sahabat-sahabat malah bertanya sekiranya ada sebarang doa untuk didoakan.

Cuma satu doa yang saya sangat terkesan apabila mendengarnya. Doa yang dipohon oleh seorang sahabat saya di Jordan. Suatu malam di menghampiri saya yang ketika itu sedang menyandar didinding masjid.

"aku ada doa nak engkau doakan untuk aku didepan kaabah nanti, boleh tak?"

"insyaAllah. Apa doanya?"

"doakan aku supaya Allah buangkan rasa besar makhluk dalam hati aku serta Allah gantikan rasa besar khaliq (Allah)".

"ameen. InsyaAllah" saya terfikir sejenak selepas mendengar harapan beliau. Allah~

saya sendiri pun banyak sahaja doa dan harapan yang diidamkan yang mana setiap masa saya memohon dan berdoa kepada Allah, tak kira berada di tanah haram sekali pun ataupun tidak.

Saya sentiasa memohon supaya ditetapkan iman oleh Allah. Semoga Allah sentiasa memberi kekuatan kepada saya untuk istiqamah menjauhi maksiat serta kesungguhan dan keghairahan beribadah kepadaNya.

Saya juga berharap supaya Allah memberi peluang untuk saya betul-betul masyi serta mengingati dan mengamalkan Al-Quran. Sungguh susah perkara ini.

Saya juga berimpian untuk menjadi seorang yang bermanfaat untuk agama ataupun sekurang-kurangnya tidak menjadi fitnah.

Saya juga berharap agar cemerlang dalam mengejar segala impian, cita-cita dan kerjaya saya.

Sebagai seorang anak saya sering mendoakan yang terbaik dan kebahagiaan kepada kedua ibubapa dan seluruh keluarga saya.

Juga sebagai seorang manusia yang punya hati dan perasaan, saya juga mengimpikan pasangan hidup yang terbaik dan mampu melorongkan saya ke jalan menuju ketaqwaan kepada Allah SWT.

Harapan terbesar semoga sempat melihat kemenangan Islam serta seluruh muslimin dalam keadaan saya adalah salah seorang yang berjuang merealisasikannya.

Allah begitu banyak harapan dan doa kita sebenarnya kan? Kalau begitu mengapa masih begitu susah untuk kita patuh pada sedikit sahaja arahan Allah? Sungguh hambaMu ini terlalu banyak meminta tetapi sedikit pula amal ibadanya. Allah~

Monday, September 12, 2011

Kisah Al-Quran

KISAH 1

Masjidil haram 1432H
Kali ni saya memilih untuk solat di bawah, tempatnya lagi dekat ke kaabah. Tak silap saya serasanya saya berada di belah multazam, pintu kaabah.

Saya mencari sof yang kosong, jumpa. terus masuk dan duduk dalam saf tersebut. Sementara menunggu azan maghrib dikumandangkan, saya capai poket jubah saya di dada belah kiri. Mushaf kecil yang saya beli di Makkah juga tahun lepas, di capai dan dibelek-belek. Saya sembat sambung murajaah beberapa mukasurat sebelum azan.

Seusai solat maghrib, saya bertekad nak menyambung lagi beberapa ayat sekadar sempat sehingga isya. Sungguh, perasaan itu tak mampu nak diceritakan. Perasaan ketika mengalunkan ayat-ayat suci Kalamullah ditemani dengan pemandangan kaabah di hadapan mata. Allahu akbar.

Saya perasan disekeliling saya semuanya sedang bertafakur, bertasbih, berzikir, membaca Al-Quran. Saya tumpukan sekejap pada keadaan sekeliling. 

Saya perasan ada suara kanak-kanak kecil dari arah belakang sedang mengalunkan Al-Quran. Saya menoleh, ada dua beradik usianya sekitar 5-7 tahun mungkin. Seorang lelaki dan kakaknya, perempuan. Ataupun saya tak pasti yang mana lebih tua. Yang saya tersentuh memerhatikan mereka, mereka membaca tanpa mushaf ditangan. Membaca dari hafalan mereka.

Ya, saya sangat rindukan suasana begitu. Semua orang berlumba-lumba melancarkan hafazan Quran masing-masing. Sungguh rindu suasana 3-4 tahun yang lalu.

Sempat saya tangkap gambar mereka. Mereka berasal dari Yaman. 


KISAH 2

Masjid Nabawi, Madinatul Munawwarah

Suasana Ramadhan di tanah haram agak sesak dengan jutaan manusia semua berkunjung ke sana. Tetapi keadaan makin tenang menjelang syawal. Kebanyakan daripada jemaah umrah yang berkunjung pulang ke negara masing-masing untuk menyambut eid di tanah air sendiri.

Masuk sahaja syawal, keadaan makin sunyi. Keadaan tegang dan berasak-asak setiap kali keluar dari Masjidil Haram sudah berkurangan.

Dan biasanya Madinah @ masjid nabawi lebih tenang berbanding Makkah. Saya bertolak ke Madinah pada 5 Syawal. Alhamdulillah keadaan dan suasana di sana teramat tenang dan mendamaikan.

Kisah dan perasaan yang ingin saya kongsikan sepanjang berada di Madinah, ialah ketenangan yang saya rasa sepanjang membaca al-Quran. Saya bukanlah seorang penghafaz Al-Quran yang bagus samada dari segi bacaan mahupun hafalan. 

Tetapi di Madinah saya merasakan Quran saya sangat mudah dan dibantu oleh Allah SWT. Alhamdulillah. Saya baca sejuz, tiada kesalahan. Masuk ke Juz seterusnya, juga tiada sangkut-sangkutnya. Alhamdulillah akhirnya saya berjaya melancarkan dan menghabiskan ulangan saya lebih dari yang saya targetkan.

Satu lagi scene yang mungkin akan berbekas lama dalam hati saya. Suatu pagi selesai solat subuh di Masjid Nabawi, saya teruskan lagi ibadah dengan menyambung ulangan Al-Quran. Pagi itu saya baca juz 6 kalau tak tersilap. Sausana masjid sangat lengang pada waktu itu. Hanya beberapa orang sahaja yang yang kelihatan disekeliling saya.

Dihadapan saya ada seorang yang saya kira umurnya sebaya, lebih kurang saya. Dari Jazaair. Dia sedang mentasmi'kan hafazan Quran adiknya. Saya memerhati dari jauh sambil tersenyum. Juga pada waktu itu saya terkenangkan waktu-waktu dimana saya masih lagi berhempas-pulas berusaha menghabiskan mukasurat Al-Quran tiap-tiap pagi.
 
Sesekali si abang tu menepuk dahi adiknya tatkala adiknya tersilap. Adiknya sambung lagi bacaan sambil tertunduk-tunduk kepala.

Selesai satu mukasurat diperdengarkan, si adik bangun dan menyambung hafalanya sambil berjalan-jalan sekeliling masjid, bersama ditangannya Mushaf. Bila usai menghafal, kembali semula ke abangnya dan memperdengarkan lagi bacaannya. 

Sungguh saya rasa bahagia melihat keadaan itu. Terdetik juga dalam hati nak mendidik bakal anak-anak saya nanti dengan suasana Al-Quran sebegitu. =)


Ketika dia memperdengarkan Hafazannya kepada si abang.
Sejuk mata memandang wajah dia. Semoga Allah kurniakan
orang disekeliling saya yang sejuk-mata-dipandang


Sungguh dalam usaha untuk menghabiskan 30 Juz hafazan Al-Quran itu, terselit pelbagai tarbiyyah. Itulah namanya tarbiyyah Al-Quran, sebaik-baik tarbiyyah. Dan dari umrah dan ziarah saya kali ini, saya berjaya menjumpai balik ruh yang dahulu. Saya bertekad untuk betul-betul menghargai nikmat yang Allah kurniakan ini.

Pada waktu itu hati kecil saya terdetik,

"aku bercita-cita untuk menjaga Al-Quran bersungguh-sungguh serta berusaha sehingga berjaya mengambil syahadah!".

 "Ya Allah ikatkanlah hatiku dengan Al-Quran, sentiasa. Ameen"

Saturday, September 10, 2011

Kenangan Ramadhan dan Syawal 1432H

24 Ramadhan 1432 - Bertolak ke Jeddah dari Airport Marka, Amman. Bergerak dari Jeddah ke Makkatul Mukarramah dan kekal di sana beberapa hari.

5 Syawal 1432 - Bertolak dari Makkatul mukarramah ke Madinatul Munawwarah.

11 Syawal 1432 - Bertolak kembali ke Jeddah dari Madinah, seterusnya terbang pulang ke Bumi syam Jordan.

Hari ni hanya gambar saja yang berbicara. =)

Kaabah dari aras 2 Masjidil Haram


Ribuan malah jutaan manusia tawaf mengelilingi kaabah

Sebelum berbuka puasa di Masjidil Haram

Berbuka dalam sof

Bersama sahabat MTS yang turut mengerjakan Umrah

Al Haram dari puncak gua Hira


Di kaki bukit gua thur

Jabal Rahmah

Jabal Rahmah
Matahari terbenam

Masjid Nabawi. Betul-betul dibawah kubah hijau : Tempat Jasad baginda dikebumikan

Tanah perkuburan baqi'

Halaman Masjid Nabawi
 
 
Alhamdulillah. Semoga ziarah selama kurang lebih 17 hari ini memberi seribu makna dalam menempuh hari-hari mendatang.



"Ya Allah perkenankanlah segala doa dan hajatku sepanjang disana. Ya Allah sebagaimana Engkau menyampaikanku ke tanah suci pada kali ini, sampaikanlah aku untuk kali yang seterusnya. Ameen"

Flag counter

free counters