Friday, March 26, 2010

Saya pelajar agama je..

Kegembiraan meraih kejayaan cemerlang dalam SPM bagi calon 2009 kian menghilang. Sekarang masing-masing sibuk memikirkan kemana nak disambung pengajian mereka. Dalam bidang apa patut mereka teruskan.

Sempat juga saya berhubung dengan calon-calon SPM09 sekolah lama saya. Tahniah saya ucapkan kepada mereka atas pencapaian yang amat memberangsangkan. Tahniah kerana kalian telah menaikkan nama pelajar tahfiz. Menaikkan nama pelajar muslim. Menaikkan nama Islam itu sendiri.

"Apa perancangan anta selepas ni? Nak sambung course apa? kat mana?", tanya saya kepada salah seorang best student, 11A sekolah saya.

"InsyaAllah memandangkan result Allah bagi agak baik, ana nak sambung medik. Kalau boleh nak pergi Jordan macam abg Salam. Anta tolong doakan untuk ana. Selain ilmu medik, boleh juga belajar agama. Protaz!", balasnya galak.

Bagus. Nak sambung medik di Jordan sambil-sambil kutip ilmu Allah di bumi para anbiya.

1st batch MTS SPM08. Dewan Al-Banna, medan juang untuk pelajar MTS. Cari di mana saya?

   
Bertanya kepada junior yang lain pula.

"Macammana result? ok tak? Apa perancangan selepas ni? Nak sambung kat mana?"

"Result ana teruklah. Dapat 6A je. Sebenarnya ana nak sambung medik kat timur tengah. Tapi memandangkan result ana pun cukup-cukup makan, melepaslah jawabnya", nada sedih kedengaran.

"takpe. Yang penting enta dah usaha. Seterusnya serahkan urusan pada Allah. Setiap perkara ada hikmahnya..", saya tak tahu nak cakap apa. Kata-kata itu saja yang mampu diucapkan.

"InsyaAllah. Orang yang macam ana ni layak untuk sambung bidang agama je lah. Ana rancang lepas ni nak sambung kat middle east. Mesir, InsyaAllah. Ana tak hebat macam enta. Straight A, bolehlah nak sambung medik.."

Nah! Begitukah aturannya? Result tak bagus, sambung agama. Result gempak, sambung bidang sains. Medik, engineering. Saya berfikir sendirian.

Rendahkah taraf pelajar agama?
Saya perhatikan segelintir pelajar agama merasakan bahawa diri mereka rendah. Rendah nak dibandingkan dengan kawan-kawan mereka yang lain yang melanjutkan pelajaran dalam bidang yang di pandang tinggi oleh masyarakat.

Kebanyakan ibu bapa sekarang ini juga menaruh harapan agar anak-anak mereka dapat menyambung pelajaran dalam bidang professional. Bidang pengajian yang menjadi impian dan cita-cita biasanya perubatan dan kejuruteraan. Kurang yang berfikiran untuk menghantar anak-anak mereka menyambung pengajian agama.

Mungkin salah satu sebab ialah memikirkan tentang peluang pekerjaan dan lumayan pendapatan. Lantas tanpa habuan duniawi sebegini bidang pengajian agama di pandang rendah dan lekeh. Begitukah?

Dalam siri Khutbah Al-Maudoudi yang di susun dalam Manhaj Hidup Muslim, beliau menekankan pemahaman konsep iman. Antara ciri orang yang beriman ialah sanggup melakukan apa sahaja perkara yang disukai oleh Allah walaupun bertentangan dengan kehendak diri sendiri. Sanggup meninggalkan segala urusan yang ditegah oleh Allah sekalipun kita benar-benar menyukainya. Dan sanggup berada di jalan yang diredhai Allah walaupun seluruh masyarakat memandangnya lekeh.


Shift your paradigm
Saya pelajar perubatan. Dan saya tak pernah memandang bidang agama ini hanya sebagai bidang buangan bagi mereka yang berkelulusan rendah dalam SPM. Bahkan saya pernah menyatakan rasa untuk berada dalam bidang ini dalam post-post saya yang lalu.

Apa yang menyedihkan, Segelintir daripada pelajar agama sendiri yang merasakan diri mereka rendah. Apabila berdepan dan bersemuka dengan pelajar bidang lain, mereka rasa terkebelakang. Cetek ilmu di dada berbanding yang lain.

Jangan. Pada saya pelajar agama perlu merasa merekalah yang paling tinggi. Mereka pembawa kalimah yang paling tinggi. Kalimatullah.

"Dan janganlah kamu berasa lemah dan janganlah pula kamu bersedih padahal kamulah yang tertinggi jika kamu benar-benar orang yang beriman". Ali Imran;139

Setelah jatuhnya Khilafah terakhir pada tahun 1924, ummat Islam kian ditindas dan dipijak-pijak. Kita dipermain dan diperbudakkan oleh musuh-musuh Islam. Ummat Islam diam membisu. Tak mampu melakukan apa-apa. Kita berasa merekalah yang selayaknya memerintah dunia. Pemikiran mereka lebih rasional. Sistem mereka lebih mantap. Kita lupa bahawa Islam adalah yang terbaik dan penyelesai segalanya.

Jadi, jika golongan pelajar agama sendiri merasa diri mereka lemah berbanding bidang-bidang lain, bagaimanalah nasib Islam pada masa akan datang. Kerana di atas bahu inilah terpikul tanggungjawab untuk menaikkan semula kalimah Allah, pelajar-pelajar Islam khususnya yang beraliran agama. Kitalah batu-bata yang akan membina semula bangunan Islam kelak.

Apa perlu dilakukan
Satu malam, saya dan rakan-rakan serta beberapa orang senior sama-sama menonton satu dokumentari bagaimana suasana sebenar di sempadan Gaza, Palestin. Satu dokumentari yang amat menyentuh  hati dan menaikkan semangat jihad para muslim.

Di akhir tontonan, kami sama-sama berbincang dan saling berkongsi apa pengajaran yang kami dapat selama sejam setengah menonton. Saya suka dengan kesimpulan yang diberikan oleh seorang sahabat.

Pernah Sheikh Ahmad Yassin ditanya oleh ummat Islam, apa yang kami perlu buat untuk membantu umat Islam di Palestin. Jawab beliau lebih kurang beginilah, masing-masing buat kerja dan tugas masing-masing secara bersungguh-sungguh. Kami muslim di Palestin, medan kami ialah juang. Kalian juga dengan medan kalian. Belajar, sebagai pelajar muslim. Doktor, jadilah doktor muslim. Pensyarah biarlah pensyarah muslim. Tak perlulah kalian turun ke medan Palestin untuk mengorbankan jiwa kalian. Cukuplah dengan bersungguh-sungguh dalam bidang masing-masing.

Ya, betul. Kita selaku pelajar, belajarlah bersungguh-sungguh. Niatkan dalam diri untuk menyumbang kepada Islam suatu masa kelak melalui pembelajaran kita. Jangan rasa bidang yang kita ceburi ini ialah bidang yang lekeh. Semua bidang tak kira agama, perubatan, ekonomi dan sebagainya masing-masing mempunyai bahagian dan tugas masing-masing. Yang penting, bersungguh-sungguh.

Saling membantu: sinergi


1st batch of MTS. Sekarang bertebaran di bumi Allah. Macam-macam bidang yang diceburi.

Pelajar perubatan bersama pelajar perubatan. 

Pelajar ekonomi bersama pelajar ekonomi. 


Pelajar syariah bersama pelajar syariah.

Sepatutnya kita saling bantu membantu. Masing-masing mempunyai kelebihan dalam bidang-bidang tertentu. Lagi hebat jika..

pelajar syariah mampu berbicara tentang perihal perubatan

pelajar ekonomi lantang menyampaikan ceramah agama

pelajar perubatan fasih berbahasa arab dan bertazkirah

Semua serba boleh. Adakah lontaran saya ini idealistik semata? Saya rasa tidak. Jika kita saling bekerjasama dan saling bantu membantu, bukanlah mustahil untuk situasi ini berlaku. Hebatnya Islam. Pergi ke mana-man a sahaja semua membawa tittle Islam. Doktor muslim, pakar ekonomi muslim, dan semestinya ulama muslim.

Jika kita kedengaran saranan kerajaan dahulu membawa quote satu rumah satu komputer, saya pula ingin membawa satu rumah, satu ulama, satu professional.

Muhasabah
Saya rasa penulisan saya kali ini banyak tersasar dari tajuk utama. Mohon maaf sekiranya ada tersentuh kesensitiviti mana-mana pihak. Semua ini adalah pendapat melalui pemerhatian saya selama ini. Tidak ada kaitan dengan mana-mana pihak.

Sekarang lontarlah perkataan "saya pelajar agama je" jauh-jauh. Gantikannya dalam hati anda dengan "sayaLAH pelajar agama".

Harap bermanfaat~

12 comments:

Hamdi Ali said...

Ana kompom pelajar agame!!!
tq ust dr, ana rase termuhasabah...
btw, takziahlah, semoge cepat sembuh... tak sempat nak ziarah, xm ahad ni. sori ek...

referee bias said...

mentaliti diubah,
perkemaskan tarbiah,
wujudkan biah solehah,
insyaAllah tempat kita di jannah.

Mn Salam said...

Salam,

Hamdi Ali: Haa,, tu memang betul, kompom!!

Yang baik jdikn teladan, buruk jdikan sempadan.

Xpe2. Dah hantar wakil tabib dri Darussalam, ok da. he2,, syukran3~


Wala': Mantap2.. syukran~ :)

Unknown said...

"aku tidak pernah melihat ilmu yang paling utama perlu dikuasai umat Islam SELEPAS ILMU AGAMA kecuali ilmu perubatan," imam As-Syafie.

bahkan ilmu medik pon diletakkan no 2 selepas agama oleh imam As-Syafie.

~zakiy~ said...

x paya cri..
msti mg xde kn dlm gamba 2??
hehe

Mn Salam said...

Faiq Zaini: Perkongsian yang baik. Syukran2~

Mn Salam said...

zakiy: adala.. cari betul2.. he2

syuaib said...

bgus2....kita semua sama sahaja....
bidang pro ni,bkn selalu mmbawa kpd kbhgiaan...

Mn Salam said...

Syuaib: yang penting, masing2 lakukan yang terbaik untuk bidang masing2. Niat utk sumbangkn kpd Islam,

InsyaAllah~

zul_akhyar said...

setuju..debu pn ada harga..

Kembara said...

salam..

setuju dgn apa yg dperkatakn..
kdg2 statement yg mcm ni membawa fitnah kpd plaja agama..

stp org mesti merasakn berkepentingan walau apa jua bidang yg diceburi..

Mn Salam said...

Assalamualaikum,,

zul_akhyar: btul,,

IsLaM itu IndaH: Moga bermanfaat. Sama2 berusaha naikkan golongan huffaz, naikkan Islam.

Syukran~

Flag counter

free counters