Monday, June 7, 2010

Ujian

Kita sentiasa diuji. Ujian boleh datang datang dalam pelbagai bentuk. Dan sememangnya penciptaan kita oleh Allah ini untuk diuji. Tahap kelulusan ujian itu bergantung kepada keputusan yang kita pilih. 

Pernah saya mendengar keluhan seorang sahabat. Juga pernah terdetik dalam hati saya.

"Saya sentiasa diuji dengan perkara yang sering saya katakan. Apabila saya bercakap tentang masa, saya akan diuji dengan masa. Apabila saya bercakap tentang iman, keimanan saya akan diuji. Apabila menasihati kawan tentang pelajaran, pelajaran saya akan teruji. Kesannya menyebabkan saya takut untuk memperkatakan tentang sesuatu. Takut-takut ianya akan terkena pada diri saya. Sedangkan Islam sendiri menyeru untuk kita saling nasihat-menasihati...".

Ya, memang betul. Mungkin anda juga pernah merasainya. Begitukah sifirnya? Apabila kita bercakap tentang sesuatu perkara, kita sendiri akan diuji dengan perkara yang sama?

..tapi ia adalah satu perjalanan panjang lagi jauh... [9;40]



Sebenarnya, dalam setiap kondisi kita diuji. Kita diuji dengan kesusahan. Kita juga diuji dengan kesenangan.

Berdasarkan firman Allah SWT,



Dia-lah (Allah) yang telah mentakdirkan adanya hidup dan mati untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu, siapakah di antara kamu yang lebih baik amalannya. Dan dia Maha Kuasa dan Maha Pengampun. Al-Mulk;2

Menunjukkan bahawa hidup dan mati kita sendiri adalah satu ujian. 

Ujian kesusahan
Biasa berlaku kepada kita. Kita sering diuji dengan kesusahan dan kita terasa hadirnya ujian itu. Setiap orang mempunyai masalah-masalah tersendiri.
  • Mendapat keputusan yang teruk dalam peperiksaan.
  • Kesempitan wang perbelanjaan.
  • Kerja-kerja yang bertambun melebihi masa yang ada.
  • Selisih faham dan bergaduh dengan kawan.
  • Masalah keluarga.
  • Dan macam-macam lagi.
Memang! apabila kita susah, kita terasa beratnya ujian. Soalnya, bagaimana caranya untuk kita mengatasi ujian-ujian ini. 

Selain usaha-usaha zahiriah dan tindak tanduk kita, dari segi batiniah kita dituntut untuk bersabar.


Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut, dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. Al-Baqoroh ; 155

Ya, sebaik-baik cara untuk menyelesaikan masalah dengan banyak bersabar. Bertenang. Dengan sabar dan bertenang, pemikiran kita juga akan lebih rasional. Lantas kita akan mengambil tindakan yang setepatnya bagi menyelesaikan masalah kita itu.

Ujian kesenangan
Senang juga merupakan satu ujian. Biasanya kita akan merasa selesa dengan kesenangan. Keselesaan yang kita senang itulah yang menguji. Adakah kita mengembalikan kesenangan itu kepada Allah atau kita sudah lupa Allah dikala senang. Adakah kita gunakan kesenangan itu untuk taqaarrub kepada Allah atau kita semakin menjauh dari Allah. 

Senang itu sememangnya nikmat. Dan tanpa pengurusan yang betul, nikmat itu adalah ujian. Lihat sahaja bagaimana ucapan dari lidah Nabi Allah Sulaiman apabila mendapat kesenangan.



Setelah Nabi Sulaiman melihat singgahsana itu terletak disisinya, berkatalah ia: "Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberianNya. Dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang pada dirinya sendiri. Dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidak menjadi masalah kepada Allah) kerana sesungguhnya Tuhanku Maha kaya lagi Maha Pemurah". - An-Naml ; 40

Terkesan juga masa kali pertama saya mengamati ayat ini. Apabila mendapat kesenangan, Nabi Allah Sulaiman risau takut-takut dia tidak bersyukur dengan kesenangan itu.

Berjayanya kita menempuhi ujian kesenangan apabila mampu melafazkan lafaz syukur. Seterusnya menggunakan nikmat senang itu dengan sebaiknya.

..........................................................

Semasa
Malu juga pada diri sendiri. Mengaku muslim, mengaku mu'min. Kata nak perjuangkan Islam. Tapi tak mampu nak tulis post berkaitan ummah. Sentiasa ada perasaan nak menulis itu, tapi tak tahu dari aspek mana nak dibicarakan.

Mavi Marmara. Kapal yang membawa misi bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Syukurlah. Sekurang-kurangnya dengan berlakunya peristiwa ini mampu membuka mata dunia untuk melihat kepada Gaza.

Persidangan Dewan Rakyat semalam sebulat suara meluluskan usul kekejaman rejim Zionis dan akan membawanya ke PBB. Selain itu seluruh pimpinan kerajaan dan pembangkang juga sepakat mahu masyarakat antarabangsa mengenakan tekanan terhadap Amerika Syarikat agar kuasa besar itu tidak lagi melindungi keganasan Israel laknatullah.

Kerajaan Turki pula bertegas mengurangkan hubungannya dengan negara haram Israel. Turki juga mengugut akan memutuskan hubungan sekiranya Israel tidak memohon maaf.

Manakala Iran pula akan menghantar dua 3 kapal bantuan perubatan ke Gaza. Sebuah pesawat sarat 30 tan alatan perubatan juga dijadualkan akan terbang memberi bantuan melalui Mesir.

Dan banyak lagi tentangan dan kutukan dari kebanyakan negara terhadap pencerobohan Israel itu.

Biarlah kita lewat celik membuka mata untuk melihat derita penduduk Gaza ini daripada terus tertutup buta. Berjuanglah semampu mungkin mengikut kondisi dan kekuatan. Sekurang-kurangnya sebutlah mereka dalam doa harian kita.


Tidak sama seorang mu'min yang duduk bersahaja dengan mu'min yang mengambil berat derita dan pengorbanan saudara seimannya. Dan tidak sama malahan amat jauh lagi dengan mu'min yang keluar berjihad dengan segala harta serta jiwa raga mereka. Lain darjat mereka disisi Allah. Dimana kita ingin letakkan diri kita?

Wallahu a'lam~

4 comments:

tepianmuara said...

nicely written.

takut diuji= x nak menyuarakan y benar.

memang berat sebenarnya.
walau kita tau equation kat atas tu bukan betul pun.

tapi...tapi..tapi..

Ha..moga Allah kurnia ikhlas dan istiqamah.( kite kena berusaha tentunya!)

Aishah Nur Hakim said...

adik..
selalunya mungkin begitu. allah uji kita dengan apa yang kita percaya. betulkah amal melambangkan iman dan kata-kata.

bila kita lemah dan mengeluh, kita katakan..tak mampu hadapi ujian. sedangkan allah janjikan ujian takkan lebih dari kemampuan kita.

iman.
sungguh pasang surutnya tak terduga

kan?

Akhyar said...

makan dalam je ayt quran last sekali..erm.

Mn Salam said...

Assalamualaikum..

tepianmuara: Syukran2. Btul. Smga dikurniakan ikhlas dan istiqomah melalui usaha kita.

aishah_conteng_je: Emm.. btul. Ujian xpernah melebihi kemampuan kita. Cuma keluhan kita itu, mungkin..

Akhyar: Makan ke? Harap kenyang~ :)

Syukran semua..

Flag counter

free counters