Sunday, July 11, 2010

Jangan curi Iman saya!

29 Jun 2010 ; Masjidil Haram, Makkatul mukarromah.

Selesai solat zohor, saya agak kepenatan. Tambahan cuaca disini agak panas berbanding Jordan. Walaupun tak sepanas di tengah kota Madinah. Saya meneguk segelas air zamzam. Air zamzam memang senang untuk didapati dalam Masjidil Haram. Jalan saja beberapa langkah, beberapa tong air kelihatan. Boleh pilih nak yang sejuk atau tak.

Saya melangkah keluar dari bangunan masjidil Haram menuju ke bangunan tandas dan tempat wudhu' di bawah tanah. Dekat sepuluh minit juga untuk keluar. Terpaksa berasak-asak dicelahan manusia yang datang dari seantero dunia semata-mata untuk beribadah kepada yang Maha Esa. InsyaAllah semuanya niat ikhlas lillahi taala moganya.

Berjalan menuju ke tempat wudhu', macam-macam dalam kepala saya. Fikir tentang sejarah Mekah, pembinaan kaabah. Kemudian teringat pula Jordan. Terbang lagi merentasi Indian ocean dan akhirnya mendarat di bumi tercinta Malaysia. Teringat kepada ahli keluarga di rumah. Terbayang wajah abah dan umi serta adik-beradik. Terfikir pula apa yang hendak dibawa pulang untuk mereka dari tanah suci ni ya? Ahh..

Saya ambil tempat wudhu yang paling hujung sekali. Petang begini taklah ramai sangat orang. Tak perlu beratur berbaris-baris. Saya letak beg galas didepan. Lengan jubah disingsing. Buka paip dan mula berwudhu'. Basuh muka dipetang hari dan cuaca panas sebegini amat selesa. Harapnya selepas ni taklah mengantuk-ngantuk lagi nak sambung tilawah Quran yang masih berbaki beberapa juzuk.

Belum sempat selesai berwudhu', tiba-tiba saya perasan bahawa beg galas saya sudah lesap. Ya, beg galas saya sudah dicuri! Cekap benar pencuri tersebut. Dalam masa saya menutup wajah membasuh muka saja jaraknya. MasyaAllah! Saya bingkas bangun menoleh ke belakang. Sudah hilang!

Apa yang ada dalam beg galas tu? Semuanya disitu. Dompet. Telefon bimbit. Kamera. Buku nota dan lain-lain. Agak-agaknya mencecah RM 3000 jugak jumlah keseluruhannya.

Otak saya terus terimbas kisah para sahabat.

Saidina Usman sanggup membelanjakan seluruh hartanya demi Islam.

Teringat pula kisah Saidina Abu Bakr dan Saidina Umar dalam berlumba-lumba menginfaqkan harta mereka.

Saya ingat lagi nasihat Cuib semalam selepas saya hilang sabar dalam satu kisah yang takkan saya lupakan.
"Di tanah Haram ni memang Allah akan uji kita. Biasa berlaku pergaduhan sesama kawan. Anak tak nak dengar cakap ibu. Perkara kecil pun kita nak besar-besarkan. Yang penting sepanjang berada di tanah Haram ni, banyak bersabar.."

Dan Alhamdulillah, saya mampu mengukirkan sebuah senyuman.

"Ya Allah, jika dengan hilangnya beg aku engkau akan datangkan dengan gantian yang lebih baik. Maka Aku redha. Aku takkan mengeluh walau sedikit pun. Aku redha hartaku dicuri tapi aku memohon kepadaMu ya Allah, jangan sekali-kali engkau biarkan imanku yang dicuri.."

Teringatkan doa yang dizalimi tiada hijab antaranya dan tuhannya, saya terus mengangkat kedua tapak tangan, memohon segunung doa kepada yang Maha Mendengar. Macam-macam saya minta. Semua jenis doa yang pernah hafal saya baca. Semua hajat dan niat dihati saya luahkan. Spontan. 

Ya Allah. Aku rasa cemburu, aku rasa tak adil. Ahli Makkah dikurniakan kaabah, ahli Madinah disanalah jasad Junjungan Besar SAW dikebumikan. Jadi aku memohon kepadaMu walau dimana saja aku berada, kurnikanlah aku ketenangan setenangnya aku ketika memandang kaabahMu dan berada disisi maqam baginda. Ameen.

Semoga segalanya diperkenankan. Untuk keluarga di rumah, dalam keadaan sekarang ni, hanya doa saja yang mampu saya kirim sebagai ole-ole dari tanah haram. Hakikatnya inilah ole-ole yang terbaik.



Kenangan paling berharga dalam hidup saya. Mengajar erti sebuah kehidupan.  
[sekitar kawasan jabal Uhud, Madinah]




Waro' fondok hijazi, Irbed ; 3.49 pm [11 Julai 2010]
Muhammad Nursalam bin Abdullah

7 comments:

naim yang xde blog said...

alhamdulillah...
dalam kenikmatan pun ada secebis ujian...
betapa agungNya

naim

Akhyar said...

moga Dia ganti dengan yang lebih baik.
terkesan.agaknya aku kalah dengan ujian Dia smsa di kedai gunting rambut tu.

Mn Salam said...

Assalamualaikum..

naim yang koya xde blog: Alhamdulillah. Nasib baik sedar bhw semua tu Allah nak uji. Ujian tanda keimanan.

"dan adakah manusia menyangka mereka akan ditinggal setelah mereka mengaku beriman sedangkan mereka belum lagi diuji?"

Akhyar: InsyaAllah. Semoga kita semua dikurniakan sabar dan tabah.

"Segala apa yang ada disisi kamu itu akan hilang, dan (sebenarnya) segala apa disisi Allah itulah yang kekal..".

Syukran semua.. :)

Najib Daud said...

"Ya Allah. Aku rasa cemburu, aku rasa tak adil. Ahli Makkah dikurniakan kaabah, ahli Madinah disanalah jasad Junjungan Besar SAW dikebumikan. Jadi aku memohon kepadaMu walau dimana saja aku berada, kurnikanlah aku ketenangan setenangnya aku ketika memandang kaabahMu dan berada disisi maqam baginda. Ameen"

cantik doa ni salam.

moga moga terus tabah duhai sahabatku.

Jamal Rafaie said...

Bila anta cerita beg anta hilang, ana teringat kamera ana hilang kat rumah, puas mencari selama 3 hari.. Hari2 ana doa, "Jika kamera itu rezekiku, pulangkanlah kembali padaku, kalau tidak, gantikan dengan yang lebih baik". Alhamdulillah, tanpa disangka, bangun pagi keesokannya kemera itu ada di depan mata. Kuasa Allah Taa'ala sangat HEBAT!!

Moga apa yang menimpa anta, Allah gantikan dengan yang lebih baik.. Insya-Allah.. Itu hanya ujian untuk kita, sama ada kita ingat pada-Nya atau tak..

Doakan ana dapat ke tanah Suci selagi badan masih kuat dan bersemangat ya..

Mn Salam said...

Salam..

W M Najib : Cantik. Yang utama smoga ianya dipandang n dterima oleh Allah.
Syukran Jib! :)

Jamal Rafaie : MasyaAllah. Cuma rasa bertuhan itu yang Allah nak uji. Hakikatnya Allah mampu melakukan apa2 saja.

Syukran akh. Doakan yg terbaik utk dri ana setiap masa dan ketika. Smga nta beroleh apa yang dicita. Ameen~ :)

Syukran semua..

Anonymous said...

cm ne nk komen kat cni??

Flag counter

free counters