Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan dan memori.



Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna...
agar dapat ku lalui dengan sempurna...

Balik jamiah hari ni, berkali-kali saya ulang lagu dendangan Raihan dan Manbai ni.

Cepatnya masa berlalu. Rupanya dalam masa beberapa minit lagi Ramadhan akan berkunjung tiba. Bersedia? Memanglah perlu kepada persediaan yang secukupnya nak menghadapi Ramadhan. mana taknya, tetamu khas yang didatangkan oleh Allah untuk kita. Saya, dah bersedia? Sejujurnya masih banyak kekurangan dalam diri saya yang hina ini. Astaghfirullah.

Bila sebut Ramadhan, normalnya tak dapat dipisahkan dengan terawih. Petang ni, saya terkenang kisah-kisah memori saya menyambut Ramadhan dan bersolat terawikh semasa di sekolah lama dulu.

Untuk pelajar sekolah tahfiz, bulan Ramadhan adalah bulan yang mereka paling laris. Setiap masjid dan surau-surau sama ada dibandar mahupun dikampung berhajat kepada pelajar tahfiz untuk mengepalai solat terawikh. Maka bertebaranlah pelajar-pelajar tahfiz dimasjid-masjid untuk memenuhi permintaan masyarakat.

Dulu kisah saya pun tak jauh bezanya. Pelajar-pelajar terbaik dari segi hafalan, tajwid dan akhlaknya akan tepilih untuk dihantar berkhidmat di masjid-masjid luar sekolah. Maka berebut-rebutlah para pelajar untuk mendapat tempat tersebut. Biasalah, budak-budak lagi masa tu. Tak tahu apa lagi erti imam / mas'ul.

Yang paling tak boleh blah, ada yang niat mereka hanya nak dapat ganjaran wang semata-mata. Mana tak terbeliak mata budak-budak. Pengalaman saya, paling banyak saya dapat dekat RM500 untuk satu malam jadi imam terawikh.

"Kir, enta dapat berapa malam ni?", tanya seorang hafiz ni pada sahabatnya.

"Malam ni paling banyak ana dapat. RM700!", jawab Syakir galak.


ini dia Syakir dan saya. Dia antara scorer bulan Ramadhan dulu-dulu. Sekarang ni dah jadi Imam Muda. Haish~

Biasalah budak-budak. Sekarang baru nak kenal erti jujur dan ikhlas. 

Err.. Nak tulis apa lagi ye? Kali ni saya letak gambar banyak-banyak jelah. Kenangan sepanjang berada di alam persekolahan.


Yang baju putih ni paling saya respek. Orang masyi batch saya. Baju merah tu dengar2 jadi imam masjid tapang. ekk??

Ini pula suara emas kami. Sekali baca macam Ghamidi habis. Sekarang belajar di Mesir, perubatan.

Jim, buat lagu Abdullah Fahmi malam ni? Minta je lagu apa, semua boleh.

Baju oren ni pula Sheikhul kabeer kami. Ada apa-apa masalah tajwid, rujuk dia cepat2. Sebelah dia abe Din kito. Pegang masjid besar Pahang ke sekarang?

Latihan imam terawih. haaa~

Semua hebat-hebat belaka sekarang. Yang jadi imam : Akh Abdillah Mat Ali.

"Ya Allah, berkatikanlah kami pada bulan Ramadhan pada kali ini. Jadikanlah Ramadhan kami kali ini, Ramadhan yang lebih baik dari sebelumnya. Ameen.."



8 comments:

Angah said...

Salam ramadahan lang...

Hargailah masa lapang di bulan ramadahan ni, sebelum sibuk nanti masuk clinical year...=)


-Abe ngah-

Mn Salam said...

Wsslm..

Salam ramadhan jugak utk Dr. ngah. Abg Ngah ada blog?

Apa2pun, insyaAllah. Syukran2..

Aishah Nur Hakim said...

Subhanallah...

cemburunya akak.
masjid tempat akak ni entah dari mana imamnya, maahad tahfiz gemencheh rasanya. macam kalian jugak kot.

:)

Selamat menyambut Ramadhan ya salam.

(kirim salam kat syakir boleh?) ngeh.


doakan akak dapat anak macam awak.

Angah said...

Abe ngah tak berkesempatan nak buat..(malas sebenarnya..=)

jadi x nak balik bulan 8 ni???

Mn Salam said...

Salam..

Kak Aisyah penconteng : Hadza min fadhli rabbii.. Alhamdulillah. Nikmat Allah bagi utk uji.

Selamat berpesta ibadah ye. Sale pahala tak habis2 Allah nak promote.

Boleh. Syakir jawab salam dan bagi salam balik. Ok, tipu.

InsyaAllah anak yg lebih baik. Ameen~

Abe Ngoh : Haha.. InsyaAllah jadi. Hujung buln 8 ni. :)

Aishah Nur Hakim said...

kak aishah penconteng???

heee
:)

semoa contengan yang diredhai.

cerita la ramadhan di sana dik

Mn Salam said...

Kak Aishah:

Ramadhan Jordan? Nanti diberi kelapangan masa dan idea. Tapi tak pandai sangat menulis ni. Masih cuba2 lagi. InsyaAllah.

ibnualizai said...

salam ramadhan n slamat kemerdekaan ke-53!!
bersyukur dgn nikmat yang ada...
ana dah buat blog...mai r masuk deh..he3
http://ibnualizai34.blogspot.com

Flag counter

free counters