Friday, September 10, 2010

Dari mimbar Madrasah Kampung Cherang

الله أكبر, الله أكبر, الله أكبر, ولله الحمد

"...pada saat ini maka rasmilah sudah Ramadhan pergi meninggalkan kita. Ramadhan yang penuh dengan rahmat dan keberkatan, Ramadhan yang membawa janji keampunan dan kelepasan dari api neraka telah pergi dengan seribu kenangan. Yang tinggal hanyalah kita sebagai graduan-graduan lepasan madradah tersebut..."

"... di tahun hadapan, entah sempat entah tidak kita dengan Ramadhan..."


Di penghujung Ramadhan, kita akan tergolong dalam salah satu daripada dua golongan. 
1)Golongan yang dimakbulkan oleh Allah semua amalan mereka sepanjang Ramadhan. 
2)Golongan yang sia-sia dimana amalan mereka sepanjang Ramadhan seperti debu berterbangan, tidak    diterima oleh Allah.


"..Jika mereka dari golongan yang diterima amalannya, maka bukan seperti itu caranya orang yang bersyukur. Dan jika amalan mereka ditolak, bukan begitu juga caranya orang yang takut.." 
-Luahan Wuhaib Al-Ward tatkala melihat suatu kumpulan manusia tertawa riang di hari raya-

Antara komen-dapat-segera-lepas-khutbah : laju sangat!

Pusingkan laptop @ pc anda mengikut lawan arah jam dengan beberapa sudut yang anda selesa. Heh!

Semoga segala penat lelah kita beribadah samada puasa, qiam, tilawah dan ihsan kita pada Ramadhan kali ini diterima dan direkodkan sebagai amalan soleh disisi Allah SWT. Ya Allah, perkenankan segala amal perbuatan kami. Ameen~

Bersama adik-beradik dan anak sepupu. [dan seekor kucing]

Sekian, Selamat Menyambut hari kemenangan, Eidulfitri. Maaf Zahir dan Batin saya ucapkan kepada semua.


Nota : Err.. Madrasah Kampung Cherang ada mimbar ke? 

6 comments:

Najib Daud said...

mabruk alaik

akhi, serius ana bangga dpat kawan macam enta.

i think you're my first kawan yang dapat bagi khutbah.

mashaAllah..

keep it on dude!

:)

kamal said...

salam abdullah...

tahniah la blh bace khutbah taun ni,,,stendet r tuh bace laju,darah muda,kih2..2 tahun lpas aku kene sound gok bace khutbah ghayer laju lajok...taun ni ak jadi imam,adeq ak bace khutbah..hu9

mggu dpan kene jadi khatib slt jumaat plok,bening doh pale otok nih......pe2 pon,
slmt ari ghayer..maaf rohani n jasmani...

**encem molek gmbor mu tuh..haha

Mn Salam said...

Salam..

W M Najib : Allahu akbar. Malu ana ngan enta. Ana khutbah kt madrasah je pun. Ramai lagi shbt2 kta yg hebat2. Tengok komen encik kamal kat atas ni.. keh3..

kamal : Kamal abdullah..
Aku nak baco slow2 takut xsemangat n jdi lamo. Takut ore tdo jh. Aku xigt doh aku bco gano 2 thun lepas. Tapi thun ni lgi ok kot rasanyo.

Perrggh! keluarga imam muda. Bakal dinobatkan sbgai imam muda unggul 2020.. keh3..

Wssalam,..

emirhasnan said...

mabruk.

segan ana.

-cidak-

iqbal sabry said...

segan nyer ana dgn korang semua...
hebat2 blake...
mabruk semua!!!

Anonymous said...

beza antara mukmin dan kafir....

Flag counter

free counters