Masalah senang diselesaikan jika kita bekerja beramai-ramai. Berjamaah. Ada yang menyebutnya sebagai amal jamaie.
![]() |
| Hendaklah kamu berjamaah - Al hadis. |
Tissue factor 7 (TF-7) yang berada diluar kawasan (extrinsic pathway) menyedari berlakunya hemorrhage telah memulakan tugas. Kerana jauh dan tak mampu nak menolong, TF-7 telah meminta bantuan TF-9 yang berada di dalam (intrinsic pathway).
TF-9 ketika itu bersama seorang kenalannya, TF-11. Dengan semangat dan motivasi dari kawannya itu TF-9 telah memberanikan dirinya untuk memasuki common pathway memaklumkan masalah kepada TF-10.
TF-10 pandai membaca keadaan. Beliau cepat bertindak. Dengan bantuan kenalan sekerjanya TF-5, TF-10 cuba menyumbang dengan memanjangkan lagi masalah ini kepada pihak yang lebih atas atau namanya Prothrombin (TF-2).
Pangkat bukan untuk dimegah-megahkan. Taklif, bukan tasyrif. Prothrombin arif tentang hal itu. Dengan penuh rendah hati dia merubah penampilannya kepada thrombin untuk bergandingan dengan fibrinogen (TF-1), seseorang yang amat bagus pekertinya.
Dengan hati yang ikhlas fibrinogen sanggup mengorbankan dirinya untuk menutup semua masalah yang berlaku walaupun sedar dirinya akan berakhir sebagai fibrin sahaja.
TF-13 memerhati dari jauh segala apa yang berlaku. Berdiam diri bukanlah tindakan yang bijak. Tanpa diminta oleh mana-mana pihak, TF-13 dengan sukarela menawarkan diri untuk berjuang bersama fibrin dengan melakukan crosslink.
Akhirnya coagulation berjaya dilakukan dan masalah berjaya diselesaikan.
"Bukan saya yang selesaikan, tapi kami semua!", ulas fibrin ketika ditemuramah.
Bersatu kita teguh, bercerai kita bodoh
Subhanallah, maha suci Allah. Betapa setiap ciptaannya boleh diambil pengajaran darinya. Benarlah firmanNya "dan pada diri kamu, mengapa tidak kamu perhatikan?"




5 comments:
Gillee lah salam tulis post medik!!
*guling-guling tak perchayye*
Kang nanti tulis pasal animal health kang
pergh.
salam. Ok lah, saya mengaku blog saya telah dihack dan diupdate senyap2. Boleh x mcmni? =.=
great job...
kemah keming sale..
best2.
-makcik anon-
Post a Comment