Assalamualaikum..
Alhamdulillah...
Alhamdulillah...
Alhamdulillah...
Alhamdulillah...
Alhamdulillah...
Alhamdulillah atas segala nikmat yang Allah kurniakan. Alhamdulillah atas senyuman yang Allah berikan untuk saya. Alhamdulillah ya Allah atas segalanya.. :)
Lama benar saya tak betul-betul menulis. Kalau update blog yang sebelum ni pun sekadar upload gambar, post lirik lagu dan sebagainya. Alhamdulillah hari ini Allah bagi lagi masa, idea dan ruang untuk saya menulis.
Kisah
Andai kata anda merupakan seorang pelajar perubatan tahun 2 di sebuah universiti di luar Malaysia. Sudah setahun lebih anda tidak pulang ke tanah air. Dan Alhamdulillah pada tahun ini akan pulang ke Malaysia untuk melepaskan rindu berjumpa keluarga tercinta.
Sebulan lebih sebelum pulang anda telah berbincang dan bersepakat dengan kawan untuk mencari tiket. Semestinya yang murah dan selesa jadi pilihan. Setelah beberapa pakej penerbangan yang ada, anda bersama rakan-rakan telah bersetuju untuk membeli penerbangan tempatan. Senyum , tarikh penerbangan telah pun ditetapkan. Hanya menunggu masa..
Dua minggu sebelum penerbangan..
Anda dan kawan-kawan dah mula fikir, cari barang apa yang nak dibawa pulang untuk keluarga, sahabat-sahabat di kampung halaman. Soal harga dan nilai sudah anda tidak endahkan. Janji dapat bawa cenderahati terbaik untuk mereka.
Sehari sebelum penerbangan..
Hati bukan main girang lagi. Wajah-wajah mereka, suasana kampung, apa yang akan anda akan lakukan, tempat pertama yang anda akan lawat.... Macam-macam bermain dalam fikiran anda. Senang kata, hati sudah sampai sebelum jasad tubuh sampai.
Untuk perancangan esok, anda telah menugaskan seorang kawan sebilik anda untuk menyewa sebuah van untuk menghantar anda dan kawan-kawan ke lapangan terbang. Perjalanan ke sana mengambil masa kurang lebih satu jam.
Hari penerbangan..
Semua barang sudah dikemaskan. Anda memeriksa tarikh dan masa penerbangan di tiket sekali lagi untuk mendapat kepastian.
5 Februari 2011, jam 2230. Pesawat 13A.
Anda tersenyum. Masa masih berbaki 4 jam sebelum penerbangan. Agak sesuai agaknya nak bertolak ke lapangan terbang sekarang. Kalau lewat sangat nanti tergesa-gesa, macam-macam boleh berlaku.
Tiba-tiba rakan sebilik anda meluru laju ke arah anda.
"Alamak! Aku lupa nak sewa van lah. Penat main bola, aku tidur awal semalam..."
Darah anda mengalir laju, ingin saja dilempang tepat pipi rakan anda. Sabar.
"Hah! Apa tunggu lagi, cepatlah call pak cik mana-mana yang kau tahu. Suruh dia hantar van ke sini dengan segera. Boleh lagi kau bergurau dengan benda-benda macam ni ye!", anda menengking kawan anda, geram.
"Ok.. ok..".
Beberapa kali dia mencuba, mukanya kelihatan agak rimas. Mana taknya rasa, diri rasa amat bersalah.
Akhirnya atas belas ehsan seorang pak cik, dia bersetuju untuk menghantar anda semua. Alhamdulillah. Pada waktu itu jam telah menunjukkan pukul 9 malam. Maknanya masa masih berbaki 1 jam setengah.
Dengan bergegasnya anda dan kawan-kawan memenuhi tempat duduk van. Tanpa merugikan masa terus bertolak.
Malang tidak berbau, lebuhraya agak sesak dek kemalangan yang berlaku di hadapan. Nak patah balik, berderet-deret kereta di belakang. Anda hanya mampu berdoa, masa masih berbaki 40 minit. Separuh perjalanan pun belum.
Setelah beberapa ketika akhirnya van anda melepasi kawasan sesak tersebut. Berderum enjin van, selaju kilat mahunya van tersebut bergerak.
Akhirnya anda sampai di lapangan terbang, tapi agak kelewatan. Jam menunjukkan pukul 10.20 malam.
Anda dan kawan-kawan terus berlari ke kaunter berlepas. Dengan hati yang penuh pengharapan, dengan seluruh doa dan tawakkal kepada Allah.
"Ya Allah, mudahkanlah urusan kami..", getus hati.
"Maaf dik, pesawat adik telah berlepas beberapa minit yang lalu....".
Hancur hati anda.
Dengan penuh geramnya anda dan beberapa orang sahabat lain memaki dan mengutuk-mgutuk kawan sebilik anda. Kalau bukan kecuaiannya tentu semuanya berjalan lancar.
Masing-masing kemarau idea, akhirnya terduduk di kerusi menunggu berdekatan. Ada yang saling memujuk sesama sendiri, ada yang menyendiri, kecewa.
Tiba-tiba tersiar berita di televisyen dari sudut kiri tempat duduk anda..
"Berita terkini, sebuah pesawat bernombor 13A yang berlepas dari lapangan terbang xxxxxxx pada pukul 10.30 malam tadi terhempas disebabkan kegagalan enjin ditengah perjalanan. Ramai penumpang dilaporkan cedera, selebihnya masih lagi dalam siasatan....."
Apa perasaan anda pada waktu itu? Apa yang ingin anda katakan pada sabahat anda yang baru sahaja sebentar tadi anda kutuk dan maki beliau?
"kalau lah aku tahu semua ini akan berlaku, aku takkan marah, kutuk, maki kau. Sebaliknya aku akan bersyukur dan berterima kasih kepada engkau. Aku akan peluk kau erat-erat.."
Bersangka baik
Ya, sangka baik atau dalam bahasa arabnya husnu dzonn. Satu sifat yang kita tak berapa nak ambil berat walhal sangat penting. Dan husnu dzonn yang paling besar ialah husnu dzonn dengan Allah. Husnu dzonn dengan ketentuan Allah. Kerana kita tak mampu mengetahui apa yang akan berlaku di hadapan, hikmahnya.
Beberapa ketika sebelum ni saya dilanda satu perasaan yang sangat teruk sekali. Rasa macam tak ada matlamat dan tujuan. Buat itu, tak rasa apa, buat ini tak rasa apa. Sampai dalam bab ibadah pun tak ada jiwa.
Sering juga merintih, Ya Allah apa yang aku rasa ni sebenarnya? Sampai bila aku nak hidup macamni?
Tapi percayalah, dalam setiap kesusahan dan kegelisahan pasti ada hikmahnya. Kadang-kadang puas kita berfikir, puas kita mencari tapi seolah-olah takkan ada penyelesaiannya. Pada saat itu berhentilah berfikir. Yakinlah pada Allah satu masa pasti muncul hikmahnya. Hanya perlu sedikit sabar dan tabah sahaja lagi.
Dan Alhamdulillah, pada saat ini Allah kurniakan saya suatu ketenangan yang tak pernah saya rasai sebelum ini. Allah nak saya rasai dahulu kesempitan itu supaya saya lebih menghargai ketenangan hari ini. Alhamdulillah.
Allahumma thabbith 8olbi 3la deenik, wa 3la 6a3atik. Ameen
Fikir sebelum bertindak, supaya tidak menyesal
Berbalik kepada kisah di atas. Memang betul perlunya untuk kita berfikir sebelum bertindak. Fikirlah akibat tindakan kita itu di masa hadapan.
Sebelum penyesalan itu,
sebelum penyesalan ini,
sebelum itu berlaku,
sebelum ini berlaku,
fikirlah akibat, fikirlah padahnya. Jangan dek salah keputusan, seluruh badan binasa.
Dan yang penting pastikan fikiran kita jauh ke hadapan. Ke hadapan sehingga ke akhirat. Harapnya, ucapan-ucapan di bawah ini.............
".....Kalaulah Engkau lewat umur kami sedikit saja lagi nescaya kami akan sedekahkan segala harta kami dan kami akan menjadi orang-orang yang soleh"
".......Alangkah baiknya kalau aku dahulu hanyalah tanah."
"...Wahai tuhan kami, kami telah melihat (azab neraka), kami telah mendengar, kalaulah Kamu boleh kembalikan kami, nescaya kami akan berbaut amal-amal soleh, sesungguhnya kami telah yakin"
.. takkan diucap oleh lidah kita. Na3udzubillah. Ameen.


3 comments:
syabas inspektor sahab!
Assalamualaikum..
jzkallah kheir ats prkngsian.terutama kisah tadi,sangat berkesan :) Alhamdulillah,dalam apa situasi pun, kita kena sentiasa bertawakal pada Allah dan berlapang dada menerima ketentuanNya.:) Allah tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia,jadi setiap yang berlaku pun ada sebab nya :) insyaAllah.
pinjam kata-kata Hassan al Basri,"Aku tahu rezekiku tidak akan diambil orang lain, kerana itulah kalbuku selalu tenang."
Semoga 'ketenangan hati' itu sentiasa ada bersama enta.
May Allah bless.
Assalamualaikum..
Wala' : Orait. :)
syafiqah.rahmat : Semoga beroleh manfaat. Terima kasih atas perkongsian. Jazakillah kheyr. Ameen.
Baru perasan lepas baca balik, banyak tak betul bhasa melayu, aduhh.. Tulis ikut apa yang hadir kat hati je. Da xpikir tatabahasa da. Xpe yang penting dapat faham je lah. kan?
Wassalam..
Post a Comment