18 November 2013 : Hari terakhir dawam di klinik Psikiatrik.
Hari ini kami didatangi oleh seorang pesakit luar perempuan berumur akhir 20-an yang masih single.
Beliau menghadapi tekanan disebabkan oleh beberapa masalah peribadi yg menimpa beliau dan berharap dengan kehadiran beliau ke klinik hari ini dapat memberi kerehatan setelah lama berlelahpenat dengan diri sendiri.
Pada awalnya, semasa kami (beberapa orang pelajar dan seorang doktor) mengambil history, beliau nampak ok. Namun setelah beberapa soalan ditanya, beliau seolah tidak mahu menjawab dan mula tertekan. Akhirnya beliau menangis teresak2 dan menjerit2 "aku nak rehat, aku nak rehat.."
Doktor cuba menenangkan beliau, tetapi emosi dan mood beliau semakin tertekan. Beliau memukul meja doktor dan mula mengoyakkan kad dan mencapai fail2 di atas meja utk dibaling & dikoyak.
Pada awalnya saya menyangka mungkin keadaan masih terkawal. Tetapi akhirnya kami (pelajar lelaki) terpaksa memegang dan menahan beliau apabila beliau mula terfikir utk cuba membunuh diri (para - suicide).
Doktor sedaya upaya cuba menenangkan beliau. Kami pula bergelut menahan beliau yg cuba mencapai apa2 objek utk mencederakan diri. Mulut beliau hanya menyebut perkataan "aku nak mati, aku nak mati..." dan meminta kami berikan pisau kepada beliau.
Akhirnya doktor terpaksa memanggil jururawat2 utk memberikan beliau suntikan haloperidol dan clorazepam utk menenangkan beliau. Hampir setengah jam juga kami bergelut, akhirnya beliau mula lemah dan tertidur.
Pelajaran baru
Hari2 di klnikik psikiatrik selama 4 minggu ini memberi saya banyak pengajaran dan pengalaman baru. Pelbagai ragam pesakit yang telah kami lihat.
Manusia ini terdiri dari dua aspek, fizikal dan rohani (jiwa). Sakit jasmani atau fizikal, kita mudah untuk tahu kerana kesannya adalah jelas. Tetapi sakit rohani, boleh jadi empunya diri pun tak sedar kerana tiada simptom2 yang zahir.
Kurang perhatian, sentiasa bersendirian, memendam masalah, tak ada sokongan keluarga dan sahabat2 sekeliling adalah antara punca lemahnya jiwa selain rapuhnya hubungan kita dengan Pemilik kepada Jiwa ini.
Sebab itu Islam menuntut kepada kita mengerjakan solat sebanyak 5 kali sehari. Memberi isyarat bahawa Allah itu sentiasa dekat dan ada bersama kita dan kepadaNya lah tempat utk kita mengadu.
Sebab itu juga lah Islam menyuruh kita menjaga hubungan silatur rahim sesama manusia kerana utk hidup kita sebenarnya sangat saling memerlukan. Dengan orang sekeliling lah tempat untuk kita berkongsi suka dan duka.
- Andai ada masalah yg tak mampu dipikul atau bebanan2, berkongsilah dengan orang yg kita percayai utk mengelakkan jiwa kita makin tertekan.
- Hargailah orang disekeliling kita kerana mereka memerlukan kita dan kita juga memerlukan mereka.
- Permudahkan urusan dengan orang sekeliling, semoga Allah permudahkan segala urusan2 kita.
- Sayangi diri anda. Sayangi orang lain sebgaimana anda menyayangi diri sendiri.
Dan akhir sekali, doakan kami exam Osce & Mini-Osce hari Rabu nanti. Ameen. :)


No comments:
Post a Comment