Wednesday, April 14, 2010

Mana lagi penting

Sudah lama blog tak diupdate. Kawan-kawan pun sudah banyak bertanya tentangnya. Semalam, saya tengok dan buka balik blog saya. Ada satu komen di shoutbox yang menarik minat saya.

"Lama tak update. Mana pi?"

Komen dari seorang senior saya di Jordan.




Untuk apa blogging?
Dulu saya buat blog sebab saja-saja. Kawan-kawan ramai ada blog dan saya pun masih tak menyelami sangat dunia blogger ni. Sejak itu, saya mula terbang dan menziarahi blog-blog lain. Tak lupa salam ziarah sentiasa menjadi buah tangan di shoutbox.

Saya mula tertarik dengan para blogger yang mampu meluahkan fikiran dan idea mereka. Saya juga kagum dengan blogger yang mampu menghurai sesuatu tajuk dengan cukup jelas dan disertakan dengan dalil-dalil. Terdetik dalam hati saya untuk turut mampu berbuat demikian.

Untuk memberi, perlu memiliki
Satu malam ketika saya sedang makan di sebuah kedai arab, sahabat saya memulakan bicara.

"Apa pendapat kau aku tulis blog pasal jiwang-jiwang?"

Saya hanya diam. Tak ada idea. Makan hidangan kat depan mata lagi sedap barangkali.

"Aku masih tak bersedialah untuk memberi..", sambung sahabat saya lagi.

Ya, betul. Masih tak bersedia. Saya bawa balik kata-kata beliau sampai ke rumah. Saya berfikir sendirian. Sampai bila baru nak bersedia? Satu persoalan timbul.

Memang! Untuk kita memberi sesuatu, terlebih dahulu kita perlu memilikinya. Mana boleh saya ingin memberi kepada anda RM50 jika dompet saya kering. Begitulah contohnya. Sama jugalah dalam menyampaikan idea melalui blog. Terutamanya kita perlulah mempunyai idea. Barulah mampu untuk meluahkannya.

Untuk memiliki, perlu mencari
Mungkin inilah yang saya patut fokus sebenarnya. Berfikir untuk memberi sedangkan diri tak memiliki jawabnya sia-sia. Tak berkesan.

Dalam hal ini saya tertarik dengan idea Stephen R. Covey beliau mengaitkan keberkesanan dengan satu prinsip yang mudah. Untuk melakukan sesuatu kerja dengan berkesan, penekanan yang seimbang antara hasil dan aset hasil adalah perlu.

Saya contohkan dalam satu cerita kanak-kanak yang mudah.

Sang monyet dan sang kura-kura bergaduh berebut pokok pisang yang berbuah masak. Monyet kata dialah empunya pokok pisang itu kerana dia yang memjumpainya dahulu dan begitu jugalah kura-kura. Masing-masing saling berkeras. 

Ianya berlanjutan sehinggalah sang arnab datang untuk mengadili mereka. Ringkasnya, sang arnab memotong pokok pisang itu kepada dua bahagian. Bahagian atas dan bawah. Monyet berfikiran pendek dan hanya nampak pisang memilih bahagian atas. Sang kura-kura mengambil bahagian bawah.

Kesudahannya, monyet hanya mengecap nikmat pisang sekali sahaja manakala kura-kura boleh menikmatinya setiapkali pokok pisangnya berbuah.

Nampak? Jika hanya hasil (buah pisang) yang kita tumpukan, hanya satu hasil itu sahaja yang kita miliki. Sebaliknya jika aset hasil (pokok pisang) yang ditekankan maka hasilnya (pisang) akan sentiasa kita peroleh.

Begitulah juga dalam kontek kita ingin memberi. Sepatutnya memiliki itu yang perlu ditumpukan terlebih dahulu. Saya pernah dengar, jangan bagi ikan tapi bagi pancing. Ya, saya setuju. Tapi saya nak kritik lagi. Jangan bagi ikan, jangan bagi pancing, tapi ajar cara nak buat pancing! 

Skill pancing pun penting juga

Banyakkan membaca. Kuasai ilmu.

من أراد الدنيا فعليه بعلم ومن أراد الأخرة فعليه بعلم ومن أرادهما فعليه بعلم
Sesiapa yang menghendaki dunia maka hendaklah dia mencari ilmu. Sesiapa yang menghendaki akhirat maka hendaklah dia mencari ilmu. Dan sesiapa yang ingin kedua-duanya hendaklah juga dia mencari ilmu.

Setiap perkara menuntut kita kepada ilmu. Dan membaca merupakan salah satu cara mendapatkan ilmu. Jadi, yang mana lebih penting untuk saya lakukan? 

Membaca untuk memiliki atau memberi untuk berkongsi?

8 comments:

zul_akhyar said...

erm...terasa aku..
aku blogging utk mliht prubhn dri..
hehe...nati da tua,bc blik,jd kngn..
psl mmberi,....

Anonymous said...

Alhamdulillah.. blog sudah menjadi satu wasilah untuk menyampaikan ekspresi diri dengan cara yang diredhai.

Ya, nak berkongsi perlu ada ilmu, dan untuk ada ilmu perlu mencari.

dan nak ada erti kena memberi!

Barakallahu fik, nice post =)

syphoon said...

Bro,

Once, I stopped blogging almost 1 year to take my time, to improve myself, by reading & experiencing.

But finally I realized, its not all about giving. Its about sharing.

When we share, we get more. When we want to give, maybe we must have those particular things, but when we share, we will gain more than what we have.

That's how things work.

If I want to wait until I have enough input, in order to give others the output, I think it will take forever.

But, by sharing, I shared mine, you shared yours, there will be no loss for both of us, instead we will gain more.

Even a small thing that happened during our daily life, has its significant. We just have to appreciate it, think thoroughly, & insyaAllah it will be a nice input for us.

So, don't stop sharing. Okeh?

Oh, 1 more thing, the blog theme, its taken from Surah At-Taubah : 40, right?

For me, its like, other people may blogging for something that interesting, happened in their life. But unluckily, they couldn't relate it with what Allah's said.

That's why I chose the theme, an ayat from this surah.

Because everything that i experienced, i must tried to relate it to what Allah's said.

And as we know, nothing that higher than what had been written in Al-Quran.

Keep blogging, don't be shame to share. & not to forget, be objective by sticking to your own blog's theme. Even a small thing, if it related to the theme, will get an extra mark.

Adios!

-Siiru 'ala barakatillah-

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Unknown said...

tujuan sy berblog..

update diri..
update diri..

all da best abe sale..

kembara said...

salam ziarah..

ya,memberi mesti memiliki...

setuju dgn apa yg dkatakn syphoon..

ni ana saja nk bg jwpn utk dr sndr terutamanya..sebenarnya semuanya b'gantung ats kemampuan kita dan berkongsi juga boleh di sama ertikn dgn memberi...

~semoga kita terus istiqomah..

pakurawan said...

ana pun nak komen,

tujuan ana berblog?

meluahkan.

Mn Salam said...

Assalamualaikum,

Syukran kpd semua yng support. Jazakumullah khairan kathira.

zul_akhyar:Truskan usaha. InsyaAllah. Ada hasilnya. Err.. macam xabes lgi je ayt tu.. ??

aeisyulillah: Alhamdulillah. Doakan kekuatan untuk hamba yang kerdil ini.

syphoon: Paling berterima kasih. Syukran akh. Nasihat yang amat membina. InsyaAllah akan dipegang semua pesanan tu. Buat penguat diri. Doakan diri yng kerdil ini kuat. Syukran atas segalanya akh. Sangat bermakna.

faiq zaini: Tq bro. Actually u are my 1st supporter. Syukran..

Kembara: Syukran atas sokongan. Doakan ana terus mampu istiqomah. Syukran.

Hazen: Syukran 4 ur support. Amat bermakna..

Syukran kathiran semua~

Flag counter

free counters