Monday, December 28, 2009

Ada apa dengan Jordan

*Entry khas untuk second batch MTS.

Assalamualaikum

Alhamdulillah masih diberi oleh Allah kekuatan kepada saya untuk terus gagah menulis buat kali ini. Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat ilahi kerana kita masih diberi pelbagai nikmat untuk kita kecapi. Tidak kurang juga nikmatNya untuk mereka yang baru sahaja tamat menghabiskan peperiksaan samaada PMR mahupun SPM. Moga rehat yang bertamu ini setelah sepanjang tahun berjuang dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Dan yang pasti, untuk pelajar-pelajar SPM gunalah peluang ini untuk memilh serta meneliti ke mana impian dan tempat pengajian kita selepas ini.

Kali ini saya berasa terpanggil untuk menulis atas beberapa sebab. Sejak akhir-akhir ini saya banyak menerima SMS serta 'BUZZ' dari junior-junior MTS samaada yang dikenali ataupun tidak. Di Jordan, saya masih mengaktifkan sim Celcom saya bertujuan untuk berhubung dengan kenalan-kenalan di tanah air. Menurut call history dalam handset celcom, sudah mencecah empat atau lima misscalled nombor yang tidak saya kenali. Tidak kurang juga yang menghantar SMS bertitle anonymous ingin bertanyakan tentang Jordan katanya.



Dan baru-baru ini juga sempat saya berhubung melalui skype dengan keluarga. Ayah saya sempat mengkhabarkan ada juga ibubapa pelajar yang bertanyakan beliau tentang Jordan. Ayah saya telah memberikan contact saya kepada ibubapa tersebut termasuklah alamat blog ini. Dan saya rasa, sudah tiba masanya saya mengguna dan memanfaatkan fungsi blog ini sebaiknya. Kali ini, saya ingin berkongsi dengan sahabat-sahabiah tentang Jordan. Juga sebagai promotion untuk adik-adik yang masih keliru ke mana ingin melanjutkan pelajaran selepas ini.

Kenapa Jordan?
Sejujurnya, saya tak pernah menaruh rasa untuk menyambung pelajaran saya ke Bumi Anbiya' ini. Pada awalnya, target saya hanyalah UIAM. Tak kiralah bidang apapun. Yang saya fikir, saya nak belajar satu tempat pengajian dengan kawan-kawan. Melihat kepada keputusan SPM saya yang boleh dikira agak baik, banyak pihak menasihati saya untuk melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah dalam bidang perubatan. Saya dilema sepanjang memnbuat keputusan. Universiti tempatan? Timur tengah? Mesir? Jordan? Perubatan? Kejuruteraan? Saya pening. Tak mampu berbuat keputusan.

Dengan sedikit nasihat dari keluarga dan sememangnya istikharah kepada Ilahi, akhirnya saya sampai juga ke bumi ini. Saya tidak menyesal. Sebaliknya saya berasa amat bersyukur dengan nikmat yang diberikanNya ini.

Melalui perspektif pandangan saya, saya melihat Jordan khususnya Irbid (tempat tinggal saya) mempunyai banyak kelebihan berbanding tempat lain. Di sini, pelajar-pelajar melayu terdiri daripada 2 aliran. Aliran deeniyah dan aliran sains (medic dan dentist). Berbeza dengan mantiqoh (negeri) lain di Jordan yang hanya terdiri daripada pelajar-pelajar deeniah sahaja. Jadi ia merupakan suatu kelebihan dan keunikan buat pelajar melayu di sini. Sekurang-kurangnya kami mampu untuk berkongsi kelebihan dan kemahiran masing-masing. Seperti kata orang, berkawan dengan penjual minyak wangi, kita juga turut wangi.


KLIA-Bergambar seisi keluarga sebelum terbang



Airport Queen Alia, Amman-selamat tiba pada 13 September 2009


Cerita 1; cuaca
Sebaik sahaja sampai di Jordan, saya fikir Jordan ini sebuah negara yang sejuk. Saya tiba di lapangan terbang  Queen Alia pada waktu subuh. Menggigil seluruh tubuh ketika berwudhu' di tandas airport tersebut. Memang menyejukkan. Saya mengenakan jaket MARA. Sedikit sebanyak mampu menghangatkan tubuh saya. Seusai solat berjemaah bersama kawan-kawan, saya mengemas dan bersedia untuk bertolak ke Irbid menaiki bas universiti.

Dua atau tiga jam perjalanan, sampai sudah ke tempat yang bakal saya diami. Kami disambut baik oleh senior-senior yang amat perihatin. Yang saya nak ceritakan, terkejut melihat senior-senior yang hanya berbalut sehelai t-shirt nipis berlengan pendek. Saya yang bert-shirt, berkemaja dan berjaket ini pun menggigil kesejukan. Saya jangka mungkin dalam 24celcius pada masa itu.

"MasyaAllah enta, ni tak masuk musim 'shita' (sejuk) lagi. Nanti shita, tempat yang paling panas ialah dalam peti ais", gurau seorang senior. Saya tersenyum.

..................................................................

Jordan merupakan sebuah negara 4 musim. Berbeza dengan negara khatulistiwa kita yang panas dan sejuk sepanjang tahun.

Sekarang, musim shita sudah tiba. Suka juga memerhatikan gelagat kawan-kawan. Teruja apabila asap keluar dari mulut sehingga mereka mengadakan pertandingan asap siapa yang paling tebal melalui jaringan facebook. Macam-macam kerenah berlaku. Ada yang menggambarkan kesejukan sehingga nak mandi pun kena pakai sweater. Suhu pun dah semakin menurun. Kadang-kadang sampai mencecah satu angka celcius. Yang menarik di negara Jordan berbanding Mesir  ialah Jordan merupakan negara yang mengalami salji. Tentang saljilah yang sering ditanya dan dibincangkan setiap kali saya berhubung dengan sahabat-sahabat di Malaysia.

"Setakat ni, salji dalam peti ais je. Kat luar tak turun lagi", itu sahaja jawapan yang mampu saya katakan.

 Tapi insyaAllah akan turun. Lewat bulan 1 dijangka.


Sejuk. Masing-masing mengenakan sweater


Cerita 2; lokasi-mat'am abu mahmoud
"Ya mu'allim, syawarma biduuni muqollal wahad, wa syai halib tenin".
"pak cik, zinjer tanpa muqollal satu dan teh susu dua"

"Masyi. Syu tihki syai halib ya malizi?Teh susu, soh?", tanya pak cik arab mendapatkan kepastian.
"ok, apa kamu panggil syai halib budak melayu? 'teh susu', betulkah?"

Kami tergelak. Ingin berlatih berbahasa melayu rupanya pak cik ni.

Selalu juga saya di tanya tentang  hidangan dan cara pemakanan di Jordan. Ringkasnya, makanan di sini ala-ala western. Kebanyakan makanannya berasaskan roti. Menurut statistiknya, rata-rata pelajar melayu memang suka dan menggemari makanan di Jordan. Jika anda seorang anak melayu sejati, tak mampu untuk berpisah dengan nasi, tak usah bimbang. Pelbagai jenis nasi boleh didapati di sini. Macam-macam ada. Senangnya, saya sertakan gambar-gambar makanan yang sempat ditangkap.


Makan tengahari. Kali kedua saya makan syawarma.


Daging syawarma. Melayu panggil kebab.


 Kentang atau di Jordan dipanggil batoto


Kagum. Kedai makan Jordan menyediakan kemudahan makan bertalam dan bersila. Makan ramai-ramai, mengukuhkan ukhuwah.


Bertalam.



Antara menu yang disediakan untuk makan tengahari di Jami3ah




Kabsah @ briani @ bukhari @ mandi? Saya masih tak mampu nak bezakan mereka.


Hindi Har bi dajaj. Kalau tak silap.


Kadang-kadang tukar selera, dajaj masywi.


Ni pula halawiyyat (manisan). Sebagai pencuci mulut.



Hot chocolate. Kegemaran pelajar melayu musim shita.


Cerita 3; Quran. Bagaimana?



Menjadi rutin harian para Huffaz, istiqomah dalam muraja3ah.

Ada juga sahabat-sahabat  dan Junior saya bertanya sempatkah untuk muraja3ah sepanjang belajar perubatan di Jordan. Sebenarnya semua bergantung kepada kesungguhan dan semangat masing-masing. Jika kita benar-benar bersungguh untuk melaksanakannya, semua menjadi mudah. Dimana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Jadual saya, saya akan muraja3ah hafalan semasa dalam bas perjalanan ke Universiti. Untuk makluman, jarak perjalanan mengambil masa selama lebih kurang 40minit. Suatu kerugian jika kita tidak memanfaatkan masa tersebut. Jadi kesimpulannya, semuanya berbalik kepada diri sendiri. Mahu atau tidak.

Gambar-gambar lain
Sebenarnya banyak lagi yang ingin saya perkatakan. Kekangan masa sering menjadi penghalang. Jadi diharapkan gambar-gambar di bawah ini dapat memberikan sedikit gambaran di Jordan buat Gen2 MTS. Maaf dipohon atas segala kekurangan. Saya rasa post saya kali ni agak tak tersusun. Banyak kelompongan.   Sekali lagi maaf. Akhirnya, buatlah keputusan yang tepat ke mana halatuju selepas ini.



Kawan-kawan di Jordan. (Minggu Haluan Siswa MHS)


Di pagi hari raya. Selepas menunaikan solat sunat aidil Adha.


Bersama seorang senior


Pelajar MTS di Jordan (Muhannad, Fathi, Salam)


Berdekatan kawasan petempatan.


Bangunan rumah saya


Semasa program bersama anak Kelantan


Main gate university


Sekitar Masjid di Universiti


Di belakang, Hospital Raja Abdullah

Untuk lebih maklumat tentang Jordan, tekan sini.

*harap boleh tinggalkan komen. :)
Sekian, Wassalam.


7 comments:

Unknown said...

salam~

destinasi smbung blajar lpas spm di middle east biasanya jordan n mesir.
sume course ad.. medic.. dentist.. lughah mahupun fiqh..
fizik pon ad.. kih3..

ehem.. pilihla mne2 y minat..
kalo nk tau lbeh lanjot boleh jgak contact..
ym: lynx_lasaignee91@yahoo.com

in case abe salam ni x larat nk layan peminat..
^_^

Mn Salam said...

Sori sume.. setting komen saya problem. Bru setting je. Harap bagi komen masing2 lepas ni ek.. he3 :)

Mn Salam said...

tq kpd abang faiq. Jom mai blaja kat Jordan ramai2. contact ana.. no_sale43@yahoo.com

Anonymous said...

salam ya akhi...
bestnyo jordan,tp mesir pn ap kurangnya..hahaha
adik2 mts,setiap tmpat ad lbih dn kurangya,yg pntng niat kita ikhlas utk blaja,tdak mngira tmpat,manfaatkn sgla nikmat yg dkurniakn kpd kita,krna i2 jga adlh cara kita brsyukur kpd-Nya..
spe2 yg x brminat nk mrasa salji kt jordan 2,tafaddolu ila Alexandria,dgn pntainya yg cntik,hilwah giddan!!!hahaha
smga brjya dlm mmbuat plihan,pinta ptunjuk drpd Ilahi...
wassalam..

Abd.AZiM,
Alexandria,Mesir ^_^

Mn Salam said...

Betul Jim. Yang penting ikhlas kerana Allah. Maklumat tentang mesir, rujuk abg Azim. he3.. Sama2 kita membantu.

Anonymous said...

salm kahi... bets jugak ye dapat belajar kat jordan
alhamdulillha moge istiqamah dalm perhungan kat saner ek
ridu gak nak jumpa balik ngan antum sume
x tahu bila lah agaklnya?

Mn Salam said...

Wsslm,, alhmdulillah. Doakn InsyaAllah.. Kalau jd, bulan 8 ana balik kot. Xtau lagi.. InsyaAllah. :)

Flag counter

free counters