Saturday, December 5, 2009

kembara mencari Redha

Bismillah ArRahman ArRahim..




"katakanlah (wahai Muhammad), berjalanlah di muka bumi dan perhatikan bagaimana kesudahan orang yang mendustakan itu" -سورة الأنعام-




Alhamdulillah, sekian saja sepanjang hari, saya diberi kesempatan oleh Allah untuk melawat dan menjelajahi sebahagian kecil bumi kinanah yang saya diami lebih kurang sebulan ini. Sejajar dengan tuntutan Allah dalam ayat di atas yang menggalakkan kita untuk berjalan di muka bumi. Dan di situ kita mungkin terlupa pada satu lagi perintah Allah pada penghujung ayat yang sama. 'Perhatikan bagaimana kesudahan orang yang mendustakan itu'.




Sesungguhnya amat rugi jika kita hanya berjalan sekadar untuk menikmati kecantikan pemandangan tanpa mengambil pengajaran dan manfaat. Dalam setiap penciptaan dan kejadian, kita mampu meraih hidayah jika betul-betul menyahut seruan  'fandzuru' ini. Melalui memerhati dan meneliti setiap kejadian dan menggabungkan sedikit dengan kisah-kisah yang berkaitan, kita mampu merasai dan meyakini kesahihan beragama itu. Lantas mengukuhkan lagi iman kita kepada Sang Pencipta. Hidayah melalui pancaindera ini disebut 'hidayah  al-Hawas'.


Sepanjang hari, saya sempat melawat qol'ah Solahuddin Al-Ayyubi (lalu saja), melewati beberapa maqam para sahabat, merasai kemasinan air di laut mati dan sempat juga masuk ke gua yang dikatakan tempat pemuda-pemuda raqim lari menyelamatkan diri yang diceritakan dalam Al-Quran. 








Bersama sahabat seperjuangan berhampiran laut mati



Sebelum meninggalkan laut mati (pinjam gambar dalam blog nuar)



Mount nebo; dikaitkan dengan nabi musa





menjejak keteguhan iman pemuda2 raqim di gua dikatakan gua disebut dalam Quran



Posing lawa, sekitar kawasan kahfi yang dijadikan masjid





mimbar masjid yang dibina


Sekian sahaja perkongsian kali ni. Mungkin ada sahabat-sahabat lain yang mungkin turut mencoretkan memori mereka dalam dunia blog ini. Di bawah ini saya sertakan link mereka:

Wassalam~



No comments:

Flag counter

free counters