Tuesday, January 19, 2010

Muhasabah: Dimana kita?

Salam,

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menulis. Kebelakangan ini, saya banyak menghabiskan masa dengan perkara yang sia-sia. Teringat kembali satu hadis berkaitan.

من حسن الإسلام المرء تركه ما لا يعنيه
Sebahagian daripada keindahan seseorang islam itu adalah meninggalkan perkara yang tidak men datangkan manfaat-hadis hasan riwayat Imam Tarmizi,Ibnu Majah dan Imam Malik-


Terkena batang hidung sendiri. Jadi, saya rasa saya perlu lakukan perubahan. Kurangkan perkara yang sia-sia. Utamakan yang lebih penting insyaAllah.


Sebentar tadi saya sempat menghabiskan satu bacaan tulisan abul A'la Maududi. Tajuknya asas-asas akhlak bagi harakah islamiyah. InsyaAllah saya akan kongsikan dalam tulisan saya sendiri. Sekadar termampu.





Tamrin Qiyadi MTS 2007, (kalau xsilap)


Asas kekuatan jiwa
Muslim (kita) kian melupai matlamat utama kita untuk menegakkan Kalimah Allah di muka bumi. Kita diserang oleh pelbagai penyakit yang sengaja disebarkan oleh musuh-musuh Islam. Sebaliknya mereka pula yang menguasai kita. 



Pada asasnya, manusia mempunyai kekuatan untuk berkuasa. Kekuatan ini terbahagi kepada 2 jenis.


1. Akhlak insaniah asasiah
Iaitu sifat semula jadi manusia yang ada dalm diri masing-masing. Contohnya sifat berani, sabar, tekun, proaktif, pandai mengurus persatuan, berpengaruh dan sebagainya. Manusia mampu hebat dengan kekuatan akhlak insaniah asasiah ini. Tapi kehebatan mereka tidak selamanya. Tahap keberanian ada batasnya, sabar ada limitnya, semangat pun ada masanya akan berkurang dan begitulah juga yang lain-lain. Dengan kata lain, kita akan hanya berpandukan material dan kepentingan peribadi sahaja. Tiada material, tiada kepentingan peribadi, maka tiadalah usaha-usaha kita. 


2. Akhlak Islamiah
Akhlak Islamiah merupakan pelengkap kepada Akhlak insaniah asasiah yang di atas. Ia merupakan pemandu atau manual bagaimana untuk memanfaatkan akhlak insaniah asasiah. Sebagai contoh, bezanya penggunaan pedang antara seorang penyamun dan seorang mujahid. Saya akan terangkan lebih detail kat bawah nanti.


Kesimpulannya, gandingan kekuatan akhlak insaniah asasiah dan panduan Akhlak Islamiah adalah yang terbaik dan mampu mengalahkan pasukan yang hanya berdasarkan akhlak insaniah asasiah sahaja. 


Sebagai contoh dalam Quran menyebut jika akhlak asasiah memerlukan sebanyak 100 kekuatan material maka gandingan antara akhlak asasiah dan akhlak Islamiah hanya memerlukan 25. Baki 75 lagi akan disempurnakan oleh akhlak islamiah.




Wahai Nabi, peransangkanlah orang-orang yang beriman itu untuk berperang. Jika ada di antara kamu dua puluh yang sabar, nescaya mereka dapat menewaskan dua ratus orang (dari pihak musuh yang kafir itu); dan jika ada di antara kamu seratus orang, nescaya mereka dapat menewaskan seribu orang dari golongan yang kafir, disebabkan mereka (yang kafir itu) orang-orang yang tidak mengerti. Al-Anfal;65


Bagaimana untuk mendapat Akhlak Islamiah?
Imam Muadudi menerangkan tahap akhlak islamiah ialah iman, islam, taqwa dan ehsan. Susunan iman, islam, taqwa dan ehsan ini adalah tertib. Seseorang tidak mampu mencapai islam tanpa iman, tidak mampu mencapai taqwa tanpa islam dan seterusnya. Kalaupun mampu sesungguhnya ibarat dia membina binaan yang tidak kukuh. Bila-bila masa boleh runtuh. 


Apa itu iman, islam, taqwa dan ehsan? apa kaitannya?
1. Iman
Secara ringkasnya, iman adalah kepercayaan 100% terhadap tauhid dan juga risalah yang merangkumi rukun iman yang enam. Percaya kepada Allah dengan yakin bahawa Allah yang berkuasa atas segala-galanya serta meletakkan sepenuh ta'abbud kepadaNya. Meyakini bahawa Rasul adalah pemimpin, pembimbing dan idola dalam segenap aspek kehidupan. Menerima sepenuh hati bahawa Al-Quran sebagai panduan atau manual penciptaan manusia. Menerima secara kaseluruhannya. Memberi keutamaan kepada akhirat dan nilai-nilainya berbanding dunia.


2. Islam
Islam adalah tahap ke2 tingkatan Akhlak Islamiah selepas iman. Boleh diibaratkan iman itu benih manakala Islam itu pokoknya. Sebarang kecacatan dan kekurangan pada benih akan turut menjejaskan pokok yang akan tumbuh. Islam tidak boleh menyempurnakan iman. Sebagai contoh kita mengenakan pakaian sunnah, sentiasa berzikir membaca Quran. Ia tidak mampu menyempurnakan iman. Hakikatnya, keimanan yang akan membina keislaman. Apabila sempurna iman, sendirinya kita akan melaksanakan segala tuntutan Islam itu.


3. Taqwa
Taqwa merupakan perasaan yang lahir dalam diri kita. Perasaan takut dan tunduk kepada Allah. Setiap masa kita merasa takut dan tunduk kepada Allah. Kita menyedari hakikat kehidupan hanyalah ujian bagi kita. Apabila lahir perasaan sebegini, maka nilai keagamaan kita akan terserlah. Kita akan sentiasa berjaga-jaga dalam setiap kelakuan. Kita tersentak apabila menyanggahi perintah Allah dan terus beristighfar. Kita akan sentiasa memuhasabah diri kita. Menjauhi perkara-perkara syubhah. Kita akan memaksa diri kita untuk melakukan segala tuntutan Allah dan meninggalkan segala laranganNya dengan penuh kerelaan. 


4. Ehsan
Merupakan tahap tertinggi dalam Islam. Jika taqwa merupakan ketaatan yang lahir kesan rasa takut dan tunduk kepada Allah, maka Ehsan lebih daripada itu. Ia adalah suatu keadaan di mana kita menyerah diri sepenuhnya kepada Allah. Hati kita akan sentiasa berhubung dan mengingati Allah, lahirnya rsa cinta yang mendalam terhadap Rasulullah SAW. Ini semua akan mendorong kita untuk mengejar dan memburu cinta serta redhaNya. 


Apa perbezaan Taqwa dan Ehsan?
Saya analogikan taqwa dan ehsan ini dalam seorang chef restoran. Seorang chef perlu menyiapkan menu masakan sebagaimana yang ditempah oleh pelanggannya. Katakan nasi lemak. Seorang chef yang memiliki 'taqwa' terhadap pelanggannya akan memasak nasi lemak tersebut sebaik mungkin. Menyediakan nasi lemak tersebut selengkapnya dengan nasi, telur, sambal bilis, mentimun dan sebagainya. Dia juga akan menyaipkannya dalam masa yang sepatutnya. Berbeza dengan seorang chef yang memiliki 'ehsan'. Dia bukan sekadar melengkapi menu, menepati masa dan sebagainya. Malah dia juga akan memastikan nasi, telur, sambal bilis dan mentimun itu dalam keadaan terbaik. Dia akan memastikan nasi itu masak dan lembut secukupnya, saiz telur yang optimum, sambal bilis yang mantop, serta memastikan mentimun dihiris dengan bentuk yang terbaik. Bukan sekadar itu, dia juga akan memastikan pelanggan itu berpuas hati dengan masakannya. Akan menanti pelanggan itu sehingga dia berpuas hati dan pulang ke rumah dengan gembira. Dia juga akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang sakit atau keracunan disebabkan masakannya. 


Ha, itulah perbezaan antara taqwa dan ehsan. Ringkasnya, taqwa kita kepada Allah hanya menyempurnakan segala tuntutan dan meninggalkan larangan Allah dengan bersungguh-sungguh. Hanya menurut piawaian skema yang digariskan. Manakala ehsan kepada Allah bermaksud kita menyerahkan sepenuh jiwa dan raga mengabdikan diri kepada Allah. Sanggup berkorban demi Islam walau terpaksa menumpahkan darah. Sanggup berkorban sepenuhnya. Dengan kata lain bukan hanya menurut piawaian skema bahakn menjangkaui had tersebut. MasyaAllah~


Muhasabah
Apa guna kita mengetahui semua perkara di atas jika tidak mahu mengambil pengajaran darinya. Cuba renung dalam diri kita pada tahap manakah kita berdiri sekarang? Adakah sudah mencapai tahap Ehsan? atau sudahpun di tahap Taqwa? Atau boleh jadi kita masih di tahap membina keimanan kita yang kian terumbang-ambing di pukul ombak dunia. Adakah begitu? Jika benar, masih jauh lagilah kembara Islam kita untuk mencapai tahap tertinggi Ehsan. Jika begitu, masih ada lagikah masa untuk kita bermain-main? Ayuh sahabat-sahabat sekalian sama-sama kita fikir untuk kehidupan akhirat kita. Wallahu a'lam.


*Tulisan ni saya tulis sendiri berdasarkan pemahaman saya. Jika ada sebarang kesilapan harap boleh ditegur untuk diperbetulkan. Syukran.

9 comments:

Unknown said...

salam. bagus. bes......jom kite muhasabah diri.

pakurawan said...

hebat2.

aku belajar sesuatu.

Mn Salam said...

Assalamualaikum~
mohammad n sadis: syukran2, moga bermanfaat. :)

Anonymous said...

Alhamdulillah sy b'syukur krn masih t'dpt seorg mujahid muda di dlm dunia ini...anta tlh m'buke mate setiap org yg m'bace blog ni...syukran...

Mn Salam said...

Assalamualaiakum,
Anonymous, Alhmdulillah. Moga mndapat mnfaat, syukran 4 coming.. :)

Anonymous said...

assalamualaikum,
nice post really.

A good choice of material.. Abul 'Ala maududi..

moga kita trus islah dan istiqamah, insyaAllah..

melancapke? said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

salam...
masyaAllah
bak kata hasan Al-Banna....... akhlaq itu pelengkap ibadah

betapa mahu berakhlaq islamiyah sebenarnya memerlukan ilmu utk bertindak dgn akhlaq islam...
kerana akhlaq islamiyah itu adalah wahyu dariNya bukan ciptaan manusia..
sebab itu ada buku akhlaq..

memang ana kena belajar akhlaq...
dan kite sumer

nak tanya satu soklan:

apa jawapan dr iftikhar bile nta tanya soklan
"kenapa dalam 2:177, Allah gune laisal birra, tapi dalam surah yg sama ayat 189 digunakan walaisal birru sedangkan kalau ikut yg kita belajar lepas laisa perkataan seterusnya baris fathah?"

keep blogging utk berkongsi dan mengislah diri
wassalam

Mn Salam said...

Wsslm,,

Maaf sbb lmbat bls, xperasan plak komen ni.

x, perkataan lepas laisa spatutnya dhommah,,

Laisal birra
-sebenarnya ayat ad huwa [laisa huwal birra] tapi dihazafkan. Sebab tu tidak di i'rabkan dengan dhommah tpi masih dikekalkn dengan fathah.

Syukran~

Flag counter

free counters