Assalamualaikum..
31 Januari 2010
Pengembaraan bermula. Pada paginya, saya dan beberapa orang sahabat terpaksa berkejaran ke Amman atas urusan passport kami yang belum selesai. Agak terlewat sebenarnya kerana kami bercadang untuk bertolak dari Irbid ke Damsyiq pada pukul 1.30 pm. Syukur segala urusan berjalan dengan lancar. Hampir pukul 12.00 pm kami tiba di rumah dan terus berkemas. Pukul 2.00 pm kami sudah bertolak menaiki 3 buah teksi. Jumlah kami kesemuanya 11 orang. Saya, Faiq, Zakiy, Amirun, Naim, Mahadi, Ismi, Hanif, Syuaib, Helmi dan tidak dilupakan Kent.
Perjalanan dimulakan dengan merentasi padang pasir sejauh 100 km untuk keluar memasuki sempadan Jordan-Syria. Kami tiba di Syria pada pukul 3.15 pm. Perjalanan mengambil masa 1 jam 15 minit. Selesai solat asar, kami meneruskan perjalanan menuju ke Damsyiq. Tiba di stesen bas, Mujamma' Bolman Damsyiq pada pukul 4.30 pm.
Merentasi padang pasir sejauh 100 km menuju ke Syria.
Agak kepenatan di situ. Perjalanan mengambil masa 2 jam 30 minit untuk sampai ke Damsyiq.
Depan lagi, mujamma' Bolman. Di sana kami akan menaiki bas menuju ke Istanbul, Turki.
Tiket kami dari Damsyiq ke Istanbul pada pukul 9.00 malam. Sementara menunggu, kami solat dan mengisi perut di sekitar mujamma' Bolman sambil menyaksikan perlawanan Final Liga Afrika; Egypt menentang Nigeria.
Di sini kami terserempak dengan 2 lagi grup senior Jordan yang juga akan ke Turki. Mereka mengambil bas pada pukul 10.00 malam. Jadi bas kami berasingan. Pada pukul 9.00 malam, kami mula menaiki bas dan bertolak menuju ke arah utara mendekati Turki. Perut pun sudah terisi. Kami tidak lama berseloroh di atas bas, saya kira dalam pukul 10.30 malam, mata kami terkatup rapat. Masing-masing lena dibuai sejuk pendingin bas. Huhu~
1 Februari 2010
Tiba di Anatakya pada pukul 2.30 pagi. Di sini kami akan berehat dan transit untuk meneruskan perjalanan jauh ke Istanbul. Perjalanan merentasi benua Asia memasuki benua Eropah yang dijangka memakan masa selama 16 jam. Bas kami ke Istanbul pada pukul 11 pagi. Bermakna kami akan berada di Anatakya selama 8 jam setengah. Sambil menunggu subuh dalam pukul 5 pagi, kami mengemas barang masing-masing. Sempat juga menukar matawang Dinar Jordan kepada Lira Turki. 1 Dinar Jordan bersamaan dengan 2 Lira Turki.
Sebenarnya ada sedikit salah faham berlaku antara kami dan pak cik money changer pagi itu. Berlaku sedikit pertengkaran lidah. Sudah kebiasaan warga asing akan menjadi mangsa tipu rakyat tempatan terutama kaum arab. Teringatkan pesanan seorang senior, sempat juga saya mengeluarkan beberapa potong hadis dan ayat-ayat Al-Quran untuk renungan pak cik itu. Bagi dia fikir sikit. Hahaha~
Selesai solat subuh, kami berbual-bual dengan seorang warganegara Turki. Sempat kami belajar sedikit sebanyak bahasa Turki dengan beliau. Saya catat beberapa kalimah penting mungkin berguna sepanjang kami berada di Turki nanti.
Penantian menunggu pukul 11 pagi tiba amat lama. Akhirnya saya tertidur di surau berkenaan. Sekitar pukul 9.30 pagi, saya tersedar. Selepas menyentuh sedikit makanan untuk sarapan, kami berkemas, bersedia untuk bertolak ke Istanbul.
Bergambar sebelum meneruskan perjalanan dari Anatakya ke Istanbul.
Sepanjang perjalanan, sebuah buku berjudul Potret Perjuangan Mahasiswa dalam Cerminan Dekad tulisan Ustaz Ridhuan Mohamad Nor menemani saya. Saya menyambung bacaan yang sebelum ini dan sempat menghabiskannya tak sampai separuh perjalanan pun. Suatu buku yang begitu mantap. Menceritakan kisah perjuangan mahasiswa dahulu dalam menyambung dakwah risalah Rasulullah SAW. Sedikit semangat membara dalam jiwa saya.
Perjalanan bagaikan tidak berkesudahan. Sudah beberapa R&R kami singgah. Menunaikan solat, mengisi perut dan membersihkan diri. Saya sambung lagi bacaan saya dengan buku yang ke dua. Turki: Negara Dua Wajah. Kedua-dua buku ini sebenarnya saya beli semasa masih berada di Intec Shah Alam lagi. Baru tergerak untuk membaca.
Turki, negara dua wajah. Mengisahkan tentang sejarah negara Turki. Kejatuhan Khilafah terakhir dan pengkhianatan Mustafa Kamal Ataturk dalam dunia Islam. Tapi saya belum lagi khatam buku ini.
Perjalanan yang jauh agak meletihkan. Sambil2 menikmati keindahan alam ciptaan Allah.
Kelihatan Kent yang keboringan sedang meneguk secawan nescafe Turki. hee~
Pilihan terakhir setelah semua bosan untuk dibuat: Tidur!! Model: Encik Mahadi.
Menempuhi perjalanan yang betul-betul memenatkan. Kami tidur dan bermalam di atas bas. Hari kedua pengembaraan selesai.
2 Februari 2010
Tiba di Istanbul dalam pukul 3 pagi. Kami 11 orang bersama 3 orang melayu dari Rusia menaiki van menuju ke SultanAhmet untuk mencari tempat menginap. Setelah meronda-ronda kawasan berkenaan, kami memutuskan untuk menginap di sebuah rumah tetamu, Mavi Onur Guesthouse. Bayaran yang dikenakan juga agak berpatutan. Setelah check in, kami merebahkan diri atas tilam empuk merehatkan diri. Meraih tenaga untuk memulakan jelajah Turki esok pagi.
Bangun pagi. Selepas solat subuh dan menyiapkan diri, kami memulakan langkah kami. Destinasi pertama ialah Touris Center. Di sana kami akan mengumpul segala maklumat tentang ibu negara Turki ini dan merancang pergerakan kami selama berada di Turki. Disebabkan bilangan kami yang agak besar, kami berkeputusan untuk bergerak dalam dua kumpulan. Satu kumpulan 5 dan 6 orang.
Berjalan kaki sambil menikmati keindahan bandar SultanAhmet. Lebih kurang 15 minit kami sampai di touris center. Setiap jenis pamplet yang disediakan saya ambil. Peta Istanbul juga turut disediakan.
Destinasi kami pada hari pertama, AyaSofya dan Panorama 1453 History Museum.
AyaSofya
Berjalan kaki, pada pukul 11.30 pagi kami tiba di hadapan AyaSofya. Bangunan yang tersergam indah ini pernah menjadi pusat ibadah utama bagi umat Islam suatu masa dahulu. Bangunan ini telah terbina sejak tahun 300an lagi. Mempunyai keluasan 7000 meter persegi. Kubah utamanya setinggi 56.6 m dan berdiameter 32.5 m.
Pada asalnya AyaSofya dibina sebagai gereja. Pernah menjadi gereja yang paling berpengaruh dalam dunia kristian dahulu. Setelah kekalahan Constantinople kepada tentera Islam yang diketuai oleh Sultan Muhammad Al-Fateh, beliau menuntut bangunan ini untuk kegunaan umat Islam. Solat jumaat pertama telah diadakan pada 1 Jun 1453. Salah satu kemegahan Islam semasa Empayar Turki Uthmaniah dahulu.
Tapi sayangnya, pada 24 November 1934 semasa Turki berada dibawah pemerintahan Mustafa Kamal Ataturk, beliau mengeluarkan proposal dan mengisyhtiharkan pensekularan AyaSofya. Beberapa bulan kemudian pada 1 Februari 1935 AyaSofya tidak lagi digunakan sebagai masjid sebaliknya ditukar menjadi muzium.
Kagum. Dulu bangunan ini pernah menjadi kemegahan umat Islam. Tapi sekarang hanya bergelar muzium. Siapa yang bersalah?
Masih kelihatan tulisan Khat Allah dan Muhammad di hadapan AyaSofya.
Masjid Biru Sultan Ahmet dari tingkap AyaSofya
Allah SWT, Muhammad SAW, Abu Bakar RA, Umar RA, Uthman RA, Ali KW, Hasan dan Husain. Tulisan khat tokoh2 besar dalam dunia Islam memenuhi dinding AyaSofya.
Rapat pukul 1.00 petang kami keluar dari AyaSofya. Banyak input yang saya perolehi sepanjang hampir 2 jam di dalam AyaSofya. Seterusnya saya dan kawan-kawan bergerak menuju ke destinasi seterusnya, Panorama 1453 History Museum.
Panorama 1453 History Museum
Muzium ini sebenarnya mula di buka pada 31 Januari 2009. Boleh dikatakan masih baru. Muzium ini terletak di Topkapi Culture Park. Di sebelah muzium ini kelihatan benteng Edirnekapi. Berhadapan dengan muzium ini pula kelihatan benteng Topkapi tempat dimana bala tentera Uthmaniah masuk menyerang Constantinople dahulu.
Muzium ini menyimpan 1001 kisah tentang pembukaan Constantinople. Dengan mengikuti lebih 100 storyboard disepanjang dinding muzium ini, terasa seolah-olah zaman pembukaan oleh Sultan Al-Fateh dilakonkan semula.
Seterusnya kami dibawa ke tingkat atas. Suasana semakin terasa realistik apabila kami memasuki bilik yang ditutupi oleh kubah lukisan. Lukisan yang menggambarkan suasana perang tentera Islam Al-Fateh. Suara latar juga berjaya menghidupkan suasana. Kedengaran bunyi kebakaran, larian kencang kaki kuda, jeritan takbir dari kiri dan kanan oleh beribu-ribu tentera Al-Fateh. Seolah-olah saya berada dalam kalangan mereka menyertai peperangan.
Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; "Constantinople akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera"
( Hadis riwayat Imam Ahmad)
Gambaran peperangan. Tentera Islam diketuai oleh orang yang digelar sebagai sebaik-baik raja oleh Rasulullah SAW.
Sedang mendengar penjelasan menggunakan audio khas
Sultan Mehmet II Al-Fateh. Bergambar bersama Haniff Zikri.
Pukul 4.00 petang kami selesai dan keluar dari Panorama 1453 History Museum. Cuaca agak sejuk diluar. Hujan mulai turun. Kami bergegas ke masjid berdekatan menunaikan solat asar. Selepas itu, singgah makan sebentar sementara menunggu azan maghrib berkumandang.
Setelah semuanya selesai, kami mula bergerak ke Masjid Sultan Ahmet, The Blue Mosque. Kami singgah di situ sehingga isya'. Selesai solat isya' berjemaah, kami bergerak pulang ke rumah penginapan meredah hujan yang semakin melebat.
Senibina Blue Mosque yang halus.
3 Februari 2010
Pagi ini benar-benar sejuk. Semalaman hujan. Saya bangun tidur dan melontarkan pandangan ke luar bilik. Salji!!!! Rasa mengantuk terus hilang. Saya terus membuka tingkap menggapai salji. Hahaha~
Tengok. Apa kat tangan saya ini. huhuhu~
Selesai solat subuh, murajaah sekejap. Sementara menunggu giliran bilik air dan sarapan yang disediakan oleh pihak penginapan.
Sarapan pagi berjemaah. Kumpul tenaga sebelum keluar berjalan.
Snow everywhere~
Haniff, Salam, Kent
Di belakang, Obelisk of Theodosius. Sekitar Hipodrome, pusat acara sukan dan kegiatan politik zaman dahulu.
Destinasi hari ini, Topkapi Palace, Grand Covered Bazaar dan bershopping di Thaksim. Topkapi Palace tidak jauh dari tempat penginapan kami. Jadi kami hanya berjalan kaki menuju ke sana.
Topkapi Palace (1478-1856)
Pukul 10 pagi kami tiba di Topkapi Palace. Seusai urusan pembelian tiket masuk, kami terus bergerak ke dalam menerusi pintu utamanya, bab-us Selam ( Gate of Salutation). Topkapi Palace merupakan istana kedua di Istanbul bagi kerajaan Uthmaniah sebelum Dolmabahce Palace di perairan Golden Horn. Ianya didiami oleh Sultan-sultan Uthmaniah bermula dari Sultan Muhammad II Al-Fateh sehingga yang terakhir, Sultan Abdul Mejid, iaitu meliputi hampir 4 kurun dan 25 orang sultan. Pada tahun 1924 semasa pemerintahan Kamal Ataturk, ia ditukar menjadi muzium.
Topkapi Palace. Mula dibina pada tahun 1459 dan tamat pada 1478 di bawah perintah Sultan Muahammad II
Bab-us Saade ( Gate of Felicity). Upacara keagamaan oleh Sultan di adakan di sini setiap hujung minggu semasa Empayar Uthmaniah.
Library of Sultan Ahmet III
Panorama Golden Horn dari view Topkapi Palace.
Seperti suasana dalam drama Korea tempat ni. Terkenang drama siri korea. Huhu~
Yang saya tertarik melawat Topkapi Palace apabila memasuki bangunan The Holy Relics. Di sana ditempatkan barangan peribadi para anbiyaa' termasuk Junjungan besar SAW. Saya dapat menyaksikan dengan mata saya sendiri yang dikatakan persalinan Baginda, pedang termasuklah gigi, janggut serta bekas tapak kaki Baginda.
Di sana juga tersimpan tongkat nabi Musa, tangan emas nabi Yahya, pedang seluruh khulafa ArRasyidin dan beberapa orang sahabat yang lain seperti Khalid al Walid dan lain-lain. Sayang sekali penggunaan kamera tidak dibenarkan.
Setelah beberapa jam, kami keluar untuk menunaikan solat. Kemudian menuju ke Grand Covered Bazaar yang memuatkan lebih 4000 gerai. Dek mengejar masa, kami tak sempat berjalan jauh dalam bazar tersebut. Selesai solat maghrib kami kehilangan seorang ahli, Kent. Setelah lama menunggu, kelibat masih tak kelihatan. Terpaksalah kami bergerak ke Thaksim tanpa beliau. Huhu~
Di Thaksim, kami mencari peralatan dan keperluan untuk persediaan ke Uludag, Bursa untuk bermain ski ais pada hari berikutnya. Hampir jam 11 malam, kami pulang ke rumah. Kelihatan Kent tengah berbual-bual dengan Pak Cik Guesthouse. Satu babak yang agak sedih. Takpe kent, bole improve english hang.. huhuhu
Suasana malam di Thaksim.
BERSAMBUNG..
11 comments:
alhamdulillah..
nanti g tmpat len plak..
Salam salam.
sambung2...
supaya memori ini tak kita lupakan.
x sabar nak dengar kau cerita pasal archeologcal mseum...ha
trbaek lah
salam....peh bes r ko punye pos kali ni...hehe
cter psl aq skit...haha
aku tak baca.
tengok gambar je.
jahat tak?
ha ha.
salam buat sale..
tq sbb kongsi cite unt sume..
ni raso mace nok g jugok turki ni..
sambung cepet ceket deh sbb nk jg tahu tmpt2 mnarik laen kat turki..
pah ni klu g jale manow2 pon tulis la cite tu..
ore mesia ni x dan doh la nok g supo ore dok lur ngara nyo..
esk strt 2nd sem doh kan??
ngaji molek lah..
slmt maju jaya dr.muhamamd nursalam abdullah..
sape ni????
biarlah rahsia..
heheh,,sori sale..
Assalamualaikum...
Faiq Zaini:Syukur Alhamdulillah. Lenkali kita rancang bagi mantap lagi, InsyaAllah..
Tepianmuara: InsyaAllah dalam proses. Masih mencari ruang2 waktu. Tunggukan kmunculannye,, huhuhu~
sayaBerd: Terbaik ka?? huhuhu (^-^)
Sadis: Memang bukan utk bacaan org len pon sbenanye. This is my diary.. wahaha.. ak snap banyak gmba lawa spnjng kt Istnbul. Nnti ak post dlm entry sterusnye. Kalahla gmba gitar ko tu.. hahahaha~
Mohamad: Syukran2,, nnti lenkali ak pos satu entry khas pasal biodata ko,, amacam? ok tak? haha
Anonymous:Afwan2,, harap dpt ambil mne2 yang bermnfaat. InsyaAllah slagi dberi kesempatan waktu dn ruang oleh Allah. Second sem mula 14Feb, same2 doakan smoga berjaya insyaAllah.. Rahsia ka?? xkisahla.. xnak tau pon sape tu.. hahaha~
nice one :) troskan menulis!
wah , salam
bestnyer g turki
beruntung nta ek
guna lah kesempatan yg diberikan untuk mengamati ciptaan Allah
Assalamualaikum..
Anonymous: Time kasih,, Allahu ma'ak.. (^-^)
ammar kmn: Alhamdulillah atas segala nikmat Allah bagi,, Syukran akh,, Mabruk~
sale!!!!!!!
rindu r kt ko...haha
Post a Comment