dan jika engkau bertanya kepada mereka : " siapakah yang menjadikan langit dan bumi serta menundukkan matahari dan bulan ?" nescaya mereka menjawab Allah ! maka , kenapa mereka masih boleh berpaling dari kebenaran
-Surah al Ankabut:61-
Mutakhir ini, pelbagai isu yang menjadi polemik dalam kalangan masyarakat kita khususnya di Malaysia. Tak kurang juga golongan mahasiswa luar negara yang masih prihatin akan keadaan tanah air mereka. Yang terbaru isu penggunaan kalimah Allah. Isu ini mula hangat diperkatakan apabila mahkamah memutuskan untuk membenarkan sebuah akhbar (Herald) untuk menggunakan kalimah Allah swt dalam penerbitan mereka. Rentetan itu, kedengaran pula berita tentang dua gereja di Taiping dilempar bom api. Isu ini dikatakan berkaitan dengan isu penggunaan nama Allah itu sendiri.
Apa kita mahu?
Banyak pihak yang bangun menyuarakan pendapat masing-masing. Banyak bantahan yang dibuat. Para blogger juga tidak kurang mengorbankan masa untuk menitipkan pandangan masing-masing. Kebanyakannya bangun dan sama-sama membela tatkala kalimah Allah ini nak digadai. Bagus. Masing-masing menunjukkan satu kesensitiviti yang baik. Tapi adakah Islam hanya sekadar itu? Membantah apabila Islam dipermainkan. Sebaliknya diri kita sendiri seringkali meninggalkan tuntutan syariat Islam itu sendiri?
Situasi
Bukan saya ingin mempersalahkan mana-mana pihak yang tampil menyatakan pendapat mereka. Saya puji mereka atas sikap ambil tahu mereka. Mereka berani. Saya ingin bercakap dalam skop yang lebih dekat. Cuba kita perhatikan diri kita. Kita marah apabila Islam dipermainkan. Kita bantah apabila kalimah Allah di benarkan penggunaan oleh non-muslim. Tapi, bukankah meninggalkan meninggalkan syariat Islam sendiri itu juga mempermainkan agama?
Kita terlepas solat subuh gara-gara syok melayan tidur yang melenakan. Sedangkan kita sudah terjaga oleh laungan azan atau loceng dan sebagainya. Sebaliknya kita memilih untuk menyambung tidur lalu terpaksa mengqadhakan kewajiban kita. Bukankah ini mempermainkan Islam?
Kita memekakkan telinga apabila laungan azan bergema di masjid berdekatan. Solat di rumah pun apa kurangnya?. Sebalik apabila handphone berdering. Kawan ajak untuk keluar makan, kita cepat-cepat mengenakan pakaian yang cantik-cantik. Sanggup keluar meninggalkan rumah walaupun waktu sudah lewat. Adakah makan berjemaah dengan kawan lebih besar dari menunaikan solat berjemaah di masjid? Adakah seruan kawan lebih aula dari seruan Allah swt? Tidakkah mempermainkan Islam begini?
"dan tinggalkanlah orang yang menjadikan agama mereka sebagai permainan dan senda gurau dan mereka telah tertipu dengan kehidupan dunia. Peringatkanlah mereka dengan Quran agar setiap orang tidak terjerumus ke dalam neraka kerana perbuatannya sendiri" AL-An'am;69
Konklusi
Islam bukanlah agama teori, fantasi mahupun ilusi. Sebaliknya Islam adalah manhaj hidup yang praktis dan realistik untuk diamalkan pada semua tempat dan masa. Apa guna Quran yang berjuzu'-juzu', kitab agama yang berjilid-jilid, apa guna ceramah yang yang berjam-jam jika kita tidak mempraktikkannya. Sekadar tahu dan mengerti, kemudian ditinggalkan begitu sahaja. Islam bukan teori. Jauh sekali untuk dipermainkan.
Jadi, dimana saya dan diri anda sekelian. Tepuk dada tanya iman.
Moga bermanfaat. Muhasabah untuk saya dan pembaca sekelian. Salam.


6 comments:
aku baca blog ko memang bes r....
peh sale mg power r bwat blog
bolela tlg bwatkan utk aq 1 nti....haha
sedar sebelum terlambat..
mohamad: apa mknenye?
Faiq zaini: muhasabah~
salam ziarah,
adik teruskan perjuanganmu,
dari cara penulisan dan idea adik, saya boleh bayangkan bila adik menjadi seorang doktor islam sejati nanti yang bertitle al-hafiz dibelakang M.D .Tinggalkan hipocratic oah itu, ambil Ibnu Sina sebagai contoh!
wassalam.
Wsslm,
doakn diri ini thabat & istiqomah menempuh juang. Besarnya harapan. InsyaAllah. Mohon dprmudhkan jln. syukran akh/ukht,, :)
insaf3...
Post a Comment