Sunday, February 28, 2010

Salam Maulidur Rasul.

Allohumma Solli 'ala sayyidina Muhammmad..


Selawat dan salam ke atas Junjungan besar Sayyidil Anaam. Semoga kita tergolong dalam golongan yang disebut sebagai ikhwan yang dirindui oleh baginda. 


Masih tidak terlewat rasanya untuk saya perihalkan sedikit tentang khatimul anbiya kerana kecintaan kita kepada baginda bukan hanya terbatas apabila berkunjung tibanya 12 Rabiul awal. Sebetulnya setiap masa dan ketika kita harus mengingati dan berselawat ke atas baginda. 


Rasulullah SAW
Saya nak kongsikan sedikit kisah cintanya Rasulullah kepada ummatnya.


Pernah satu ketika, sedang Rasulullah SAW berkumpul dalam satu majlis bersama-sama para sahabat, tiba-tiba bergenang air mata baginda.


Bila ditanya oleh Abu Bakar,
"Kenapa kamu menangis dan kelihatan bersedih ya Rasulullah?",



Baginda menjawab,
"Sebenarnya aku menangis kerana terlalu merindui ikhwanku iaitu ummatku yang hidup pada akhir zaman",


Para sahabat yang begitu kasih dan sayangkan Rasulullah SAW merasa iri hati mendengar jawapan Rasulullah. Sehinggakan Abu Bakar RA bertanya kepada Rasulullah SAW,


"Bukankah kami ikhwanmu ya Rasullah?",


Cuba perhati dan teliti apa yang dijawab oleh Rasulullah SAW kepada Abu Bakar RA sahabat sekalian,


"Tidak wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabatku. Ikhwanku itu adalah mereka yang belum pernah melihatku, tetapi mereka beriman dan mencintaiku. Aku sangat rindu untuk bertemu dengan mereka". 


Subhanallah,


Kita semualah yang dimaksudkan dengan ikhwan itu.


Malunya terasa,


Kekasih Allah yang merupakan manusia nombor satu yang dicintai oleh sekalian makhluk langit dan bumi,


menangis kerana rindu dan inginnya untuk bertemu dengan kita.


Cuba renung balik dalam diri kita. Tepuk dada tanya iman. Pernahkah kita menitiskan air mata kerana kecintaan kita kepada Rasulullah?


Adakah sanggup untuk kita mengaku sebagai ikhwan Rasulullah jika tidur bangun, seharian kita tanpa sepatah pun  mengucapkan selawat dan salam ke atas baginda?


Cukupkah hanya sekadar dengan selawat dan salam yang dilafazkan dalam solat tanpa sebarang penghayatan?

The Meaning of the life of Muhammad, by Tariq Ramadan dan 
A day with the Prophet , by Ahmad Von Denffer.

Rasulullah SAW sudah wafat dan meninggalkan kita 1400 tahun yang lalu. Di akhir hayat, baginda masih lagi menyebut ummati, ummati. Tiada yang mampu kita lakukan untuk menghidupkan jasad baginda kembali. Yang pasti, baginda masih meninggalkan Al-Quran dan As-Sunnah untuk kita. Hidupkanlah semangat baginda dengan mengamalkan sunnah2Nya. InsyaAllah.



Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang); Al Ahzab, 21

Ambil yang baik, jadi pedoman. Moga bermanfaat~

2 comments:

Anonymous said...

masyaAllah.. ana tertarik sangat dengan buku tu.. apa publisher de ye? rasa-rasanya dekat malaysia ini ada tak?

Mn Salam said...

Aeisyulillah: Mabruk akh.. Erm,, ana rasa susah skit nak cari kat Msia. A day with the Prophet terbitan syarikat di Saudi. Asal buku dari UK.

The meaning of the life of Muhammad plak publish kat England. Ana jumpa buku ni masa pegi Turki.

Nanti nta pesan kat Hanif mintak dye bagi hadiah utk nta. Ok? haha~

Flag counter

free counters