Wednesday, February 24, 2010

my diary: Istanbul in memory

...sambungan

Bersambung kembali cerita perjalanan ke Turki. Hoho~


4 Februari 2010


Menurut pak cik penjaga rumah, hari ini akan diadakan demonstrasi rakyat Turki di Taksim. Kemungkinan perjalanan pengangkutan awam akan sedikit terganggu. Jadi, kami terpaksa mengubah sedikit plan. Selesai bersiap maka melangkahlah kami keluar... 

Kelihatan abang Naim dengan semangatnya melangkah. huhu~

pagi ni, kami hanya bersiar-siar sekitar SultanAhmet, sambil2 snap picture.

Nice. Gambar paling saya suka sepanjang di Turki.



Berlatar belakangkan Masjid Biru

Meneruskan perjalanan. Kami bergerak berlima.

AyaSofya

Koleksi lompatan di Turki. haha~

Lompatan pagi, juga boleh diniatkan sebagai senaman.

Kami menghabiskan hampir separuh pagi di SultanAhmet sambil bergambar. Seterusnya, kami mengambil tram iaitu pengangkutan awam utama di Istanbul dan bergerak ke Eminonu untuk menaiki feri.

Tram. Harga yang sama bagi semua destinasi. 15 kurus Turki bersamaan 40sen.

Tiba di Eminonu

Seberang sana, bahagian Turki Asia.


Pemandangan Golden Horn dari feri. Sambil layan burung-burung.

Galata Bridge, penyambung antara benua Asia dan Eropah.

Camar laut memenuhi ruang angkasa Eminonu. 
Nice picture, credit to Kent. 

Abang Faiq tersengih hepi. 1st time naik feri ke?? haha

We love Turkey. Bendera nak sama dengan Kelantan.


Sampai di bahagian Istanbul asia, kami tak turun nak menjimatkan kos. Sehinggalah feri bergerak balik sampai ke Istanbul eropah semula.


Azan Asar dilaungkan. Kami singgah di Masjid ni solat kejap. Tak tahu apa nama masjid ni. Semua binaan masjid di Turki hampir sama. Seterusnya, kami berjalan melalui Galata Bridge menuju ke Istanbul Modern. 
Berpicturean

Dihadapan bangunan Istanbul Modern. Kamera tidak dibenarkan.

Hampir maghrib kami keluar dari Istanbul Modern. Sini ditempatkan pelbagai karya-karya dan seni-seni moden. Sebenarnya tiada point yang menarik untuk saya ceritakan disini. Nasib baiklah masuk percuma. Itu je kot yang menarik kami kesini. huhu~

Selesai solat, kami menaiki tram menuju ke Cemberlitas. Kata abang Naim, ada kedai pasta sedap dan murah disana. 

Nah, inilah dia pasta yang dikatakan itu.

Kami menghabiskan masa agak lama di kedai tersebut. Macam-macam yang kami sembangkan. Paling menarik apabila abang Naim mula bercerita. Sesi cerita bersama abang Naim bermula. Banyak kisah-kisah teladan dan cerita-cerita rakyat dihabiskan pada malam itu. Selain itu, dia juga turut menyatakan hasratnya untuk memiliki blog bagi memuatkan cerita-cerita teladannya. Semoga berjaya memiliki blog kepada Naim. Huhuhu~

Abang Naim bercerita. Katanya nak tumpang blog saya untuk
 dimuatkan kisah-kisah teladannya. Anda bersetuju?

Abang Naim berjaya memikat kami malam itu. Khusu'~ 

Hampir pukul 10 malam, kami kembali ke rumah penginapan dan berehat.

5 Februari 2010

Destinasi pertama pada hari ini ialah stesen feri Yenekapi. Disan kami akan beli tiket ke Bursa untuk keesokan hari. Berjalan kaki saja sambil mengambil udara pagi yang nyaman.

Seperti biasa, gambar lompatan itu pasti.

Lompatan spiker dan ultraman bersama Naim.

Berjalan di pinggiran laut.

Hari masih pagi. Bergambar sekejap.

Meneruskan perjalanan.


Selesai urusan tiket ke Bursa untuk keesokan harinya, kami menaiki teksi menuju ke Eminonu dan solat Jumaat di Masjid berdekatan. Seterusnya kami bergerak menuju ke Galata Tower.

Galata Tower
Galata tower merupakan menara tertua yang dibina di dunia. Pada awalnya dibina menggunakan kayu pada tahun 528 oleh empayar Byzantine, Anastasius Ailozus pada masa itu. Selepas pembinaan asalnya, Galata Tower telah dibina semulakan beberapa kali pada tahun 1348 dan 1510. 

Semasa pembukaan kostantinople pada tahun 1453, Galata Tower dimiliki oleh empayar Uthmaniah dan menjadi mercu tanda era paling cemerlang bagi empayar Uthmaniah.

Galata Tower jug dikaitkan dengan kisah Hezarfen Ahmet Celebi. Lelaki pertama yang terbang menggunakan sayap lilin tiruan merentasi teluk Bosporus dan mendarat di Uskudar lebih kurang 6 km. Beliau memulakan penerbangannya dengan melompat dari Galata Tower.

Asal pembinaannya adalah sebagai rumah api.

Bandar Istanbul dari atas Galata Tower.

Inilah pemilik blog ini. Haha~

Kelihatan 2 buah masjid yang hampir sama binaannya. 
Sebenarnya hampir kesemua masjid di Istanbul sama binaannya.

Hari semakin gelap. Kami meneruskan perjalanan. Perancangannya ingin ke Dolmabahce palace. Sesampai disana, kelihatan grup Mahdi baru sahaja melangkah keluar. Sudah lewat katanya. Kami bergambar di hadapan pintu utama sahaja. 

Hadapan Dolmabahce Palace.

Inilah semua rombongan kami termasuk kameraman, Kent. 
Untuk memudahkan pergerakan kami pecah kepada 2 kumpulan.

Seterusnya berjalan beramai-ramai ke Stadium Istanbul. Bergambaran sekejap. Sampai di stesen Tram, kami berpecah. Grup saya bergerak ke Cemberlitas untuk sekali lagi berpasta. Sekali lagi sesi cerita bersama abang Naim. 

6 Februari 2010

Hari ini kami perlu bersiap awal. Tiket kami ke Bursa seawal 6.30 pagi. Tak sempat tunggu sarapan disediakan oleh pihak penginapan. Siap berkemas, kami berkejaran ke stesen feri Yenekapi.

Melihat matahari terbit atas feri.

Perjalanan atas feri dari Yenekapi menuju ke Bursa memakan masa hampir satu jam setengah. Tiada apa yang boleh kami lakukan seawal pagi begini kecuali tidur~ 

Tiba di Bursa, kami perlu menaiki teksi untuk bergerak ke Uludag. Kawasan gunung untuk bermain ski. Perjalanannya hampir 90 km kata pak cik driver. Sepanjang perjalanan, kami menikmati pemandangan bersalji yang indah.

Tiba di Bursa pukul 8 lebih. Disini kami mengambil teksi untuk ke Uludag.

Dalam perjalanan. 360 degree, snow everywhere.

Sampai di Uludag, kami menyewa ski ais. Disini baru kami tahu susahnya ski. Bak kata Naim,
 "Nak pakai kasut pun hampir 30 minit. Kemudian berski 5 minit. Jatuh. Pakai kasut balik. Tak berbaloi. haha".

Beberapa jam berhempas pulas bersama kasut ski, akhirnya kami menyerah kalah. Bergerak ke cafe berdekatan. Borak sambil minum cupiccino panas Hilmi lagi seronok.

Saya bersama set ski.


Mengalah selepas beberapa kali mencuba. Pengalamanlah katakan. Haha~

Mahadi berbaju merah. Nampak macam pro. Babak seterusnya, jatuh!!

Terduduk kepenatan.


Perjalanan untuk balik memakan masa yang lama. Jadi kami perlu bertolak turun awal. Lebih kurang pukul 3.30 petang kami mula berkemas dan bertolak pulang.

Sampai dirumah waktu hampir Isya. Kami menunaikan solat di Masjid biru. Selesai, kami mencari kedai makan untuk mengisi perut masing-masing yang kekosongan. Selesai semua, kami pulang ke rumah. Merebahkan badan ke katil. Mata mula tertutup. Huh, what a nice day to remember.

7 Februari 2010
Rasanya sudah hampir kesemua tempat di Istanbul telah kami lawati. Hari ini kami hanya menghabiskan tempat-tempat yang tercicir sahaja. Masing-masing pun sudah terbayangkan bangunan saadun di Irbid.

Setelah merancang, kami memutuskan untuk bergerak ke Archeological Museum dan Dolmabahce Palace. Berjalan kaki meredah hujan renyai-renyai, kami menuju ke Archeological Muzeum.

Disini ditempatkan pelbagai bahan sejarah. Patung-patung, arca, bahan galian tinggalan masyarakat zaman prasejarah dahulu. Sebenarnya saya tak minat sangat nak tengok benda-benda begini. huhu~

Bergambar bersama patung.

Di luar dewan pameran. Hujan renyai-renyai, kami terpaksa berpayung.

Selesai di Archeological Museum, kami sekali lagi kehilangan Kent. Setelah beberapa lama menunggu masih tak kelihatan. Akhirnya sekali lagi kami masuk ke dewan pameran untuk mencari beliau. Masih tak dapat dikesan. Akhirnya sekali lagi kami bergerak tanpa beliau.

Dari stesen tram Sultan ahmet menuju ke stesen Kebatas. Dari sana kami berjalan menuju ke Dolmabahce Palace. Destinasi terakhir kami sepanjang di Turki.

Dolmabahce Palace
Dolmabahce Palace dibina dalam tahun 1843-1856 dibawah arahan sultan uthmaniah ke-31, Sultan Abdulmecid (Abdul Majid). Merupakan pusat pemerintahan selepas Topkapi palace. Hampir keseluruhan bangunan ini dihias dengan emas dan kristal.

Penat rasanya kami berjalan untuk menghabiskan seluruh kawasan Dolmabahce Palace ini.  Kami menghabiskan masa hampir 3 jam untuk memasuki kesemua ceruk bangunan yang terdiri daripada 285 buah bilik,  44 dewan, 68 tandas dan 6 bilik mandi hamami. 


pagar Dolmabahce Palace. Kamal Ataturk menghembus
 nafas terakhir dalam bangunan ini.

Halaman luar sekitar istana.

Habis melawat Dolmabahce palace, kami bergerak pulang ke rumah penginapan. Pada malamnya, kami keluar sekali lagi untuk menghabiskan waktu-waktu terakhir kami di Turki. Selepas makan, kami menaiki tram menuju ke Eminonu. Bersiar-siar sekitar Galata Tower sambil menikmati balik ekmek, ikan bakar sandwish. 

Ada gaya  Anakin Skywalker tak?

Bawah Galata Bridge. Gaya apa pula ni?


Seronok ronda-ronda sepanjang Galata Tower pada waktu malam sebegini. Rapat pukul 11.30 malam, kami mengambil tram pulang ke rumah, sultanahmet. 

8 Februari 2010
Hari terakhir berada di Turki. Hari ni kami banayak menghabiskan masa di Grand Bazaar, Beyazit mencari cenderamata untuk dibawa pulang. Hampir sesat kami dibuatnya. Dikatakan lebih 4000 gerai dibuka disini. 

Sedang tengok2 kain. Turki terkenal dengan kain sutera Bursa.

9 Februari 2010
Alhamdulillah. Segala selesai. Kami bertolak pulang pukul 12.45 tgh hri dari Istanbul. Di stesen bas Istanbul, kami berjumpa dengan 3 orang senior Jordan yang juga sama bas dengan kami. Sepanjang perjalanan, kami banyak menghabiskan masa dengan tidur. Sampai di Anatakya, kami transit tukar bas. Perjalanan diteruskan sampai ke malam.


Perjalanan dari Syria.

Untuk memasuki Jordan, kami perlu melangkah Syria. Tiba di rumah pada pukul 9 malam 10 Februari 2010. Alhamdulillah.

Pengembaraan tamat~

8 comments:

Berd said...

sedap nyo demo g derak obesi.
best x??
best?

Unknown said...

sdapnyo..
ajok la laen kali..

Mn Salam said...

sayaBerd: oloh ustaz, buleh kiro jgok la sedaknyo. Tp ustaz xmlek derak2 neh.. Doh umoh la buleh dakwoh2 ore kg sket..

faiq zaini: mitok maaf la deh.. beg penuh doh aritu.. huhu~

tepianmuara said...

Salam Salam.

Stadium Istanbul, setepatnya Stadium Besiktas...he

10 tahun lagi apa agaknya rasa kita melihat kembali foto-foto ini..ha

feeling kejap.lalala

pakurawan said...

panjangnye post kali ni.

naik merah mata aku bace.

em,, kau nak pegi turki jugak,mcm cntik je.

Mn Salam said...

Assalamualaikum..

Tepianmuara: Wsslm pian,, huhu.. name baru. Oo.. btul2 Stadium Besiktas. Pening pikir smalam. Ye2, memang memori.. Syukran~

Sadis: panjang...
pikir jap...............
Xde idea sori ah.. haha.. Jum2 pegi Turki.. he3..

zul_akhyar said...

kuat nopak teh...
ehhh,sdpnyo mu g o'sea,nk g etek..

Mn Salam said...

zul_akhyar: kuat gagah perkasa ko?? oo.. tengkiu2,, he3.. sedap tido kat Irbid lg~ huhu

Flag counter

free counters