Monday, March 8, 2010

Managing time

"Alamak, dah lewat ni. Cepat la sikit. Nanti terlewat ke Universiti. 5 minit lewat Itlaq barroh la jawabnya", laung Afiq sambil bergegas menuruni anak tangga bangunan saadon. 

Amir yang masih bersengaja baru mula hendak kalut.

"Mana buku fisiologi aku? Aku letak kat atas meja je semalam lepas study. Macammana boleh hilang pula ni?", Laung Amir dari dalam biliknya.

"Cari elok-elok la. Kau silap letak agaknya.", Balas Afiq tanpa rasa ingin membantu kawannya. Dia mula bengang.

Beberapa ketika, Afiq menanggalkan semula kasutnya. Masuk ke rumah dan terus menerpa ke bilik kawannya.

"Hah, ni kan buku fisio engkau. Depan mata je. Tu pun tak nampak", geram Afiq dengan kecuaian kawannya. Dah la sekarang mereka agak kelewatan.

Usai Amir bersiap, mereka bergegas menuju ke Universiti. Terpaksa mengambil teksi daripada bas. Biar mahal, janji sempat kejar kuliah mereka. 

Sesampai di kelas, nasib baiklah lecturer terlewat sedikit. Selamatlah mereka dari itlaq barroh kali ini. Sepanjang kuliah, Afiq dan Amir tak boleh menumpukan sepenuh tumpuan. Mereka agak kepenatan dan mengantuk dek belajar lewat malam semalam dan letih berkejar ke kuliah pagi ini. Akhirnya keduanya tertidur.

Masa oh masa
Banyak pengajaran yang boleh diambil dari kisah di atas.

Dek silap mengurus masa, duit melayang.

Dek silap mengurus masa, kerja tak berkualiti.

Dek silap mengurus masa, pelajaran entah kemana.

Harapnya dengan study lewat malam, boleh cover untuk kuliah keesokan hari. Tetapi sebaliknya berlaku. Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

Bijak mengurus masa
Kata ulama' kewajipan dan tanggungjawab itu lebih banyak berbanding masa. 

Dalam segenap posisi samaada sebagai pelajar, guru, doktor sehinggalah tukang kebun sekalipun bijak mengurus masa merupakan kunci kejayaan.

Sebuah syarikat penerbangan di Indonesia, Garuda Air pernah mengalami masalah dalaman dan mengakibatkan kejatuhan dan muflis syarikat tersebut.

Pengurus muda baru dilantik untuk memajukan kembali syarikat penerbangan tersebut. Hanya satu espek sahaja sangat-sangat ditekankan oleh pengurus muda tersebut. Hasil sangat memberangsangkan. Hanya dalam beberapa bulan sahaja syarikat tersebut mampu untuk bangun dan mengaum kembali.

Apakah aspek yang ditekankan? Ya, betul sekali. Pengurusan masa!

Masa tak boleh dibandingkan dengan emas. Masa tak berharga. 

Change your paradigm
Melayu sering didoktrinkan dengan berlengah-lengah dan suka bertangguh. Sehinggakan dalam mesyuarat dalam mana-mana organisasi pun menetapkan waktu yang awal berbanding masa program yang sebenar. 

Kita biasa dengar..

"Kita letaklah dalam Iklan dan publisiti, program akan bermula pukul 6.30 pm. Tak payah bimbang. Macammana pun komfem mula pukul 7.00 juga. Itu pun paling awal kot".

Atau mungkin begini..

"Program sebenar bermula pukul 5.30pm. Jadi untuk memastikan kehadiran pada waktunya, kita maklumkan kepada umum program bermula 4.30pm".

Pernah tak kita berfikiran begini? Mungkin ada betulnya pemikiran sebegini. Tapi cuba fikir dari segi pembentukan mentaliti kita dan generasi yang akan datang.

"Kau pergi sekarang pun bukannya nak buka majlis lagi pengerusi tu. Dia pun tak bangun tidur lagi agaknya. Rilekla.. Setengah jam lagi sempat".

Nah, semua mentaliti masyarakat kita didoktrinkan begitu. Kesannya, semua perkara akan ditangguh dan dilewat-lewatkan. Biasalah, nama pun melayu. 

Apabila sudah begini, siapa patut dipersalahkan?

Tepuk dada, tanya..... (sambung sendiri)

Hikmah adalah harta berharga kaum mukmin yang hilang
Saya masih ingat, dalam satu tamrin qiadi pimpinan pelajar ketika masih di Maahad Tahfiz Sains, seorang penceramah ada menyentuh sedikit tentang pengurusan masa. 

Beliau menceritakan pengalaman beliau ketika menghadiri suatu mensyuarat di Jepun, negara yang terkenal dengan masyarakatnya yang amat menepati masa.

Mesyuarat akan bermula pada pukul 8.23 malam. Kerana sedar akan realiti tabiat masyarakat Jepun, beliau rasa tercabar dan ingin membuktikan bahawa melayu juga mampu menepati masa.

Sedari jam 7.00 petang lagi beliau sudah mula bersiap. Malulah agaknya jika melayu lewat. Buruklah persepsi melayu di mata Jepun.

Pukul 7.15 malam, beliau bergerak menuju ke surau untuk menunaikan solat maghrib seterusnya Isya serentak. Solat jamak taqdim. Selesai solat, beliau akan terus bergerak ke dewan mesyuarat.

Seawal jam 7.45 malam beliau sudah berada di hadapan dewan mesyuarat. Beliau menolak pintu perlahan-lahan.

Kosong. Tiba-tiba berasa bangga kerana beliaulah ahli mesyuarat pertama yang tiba pada kali ini. Mengalahkan orang Jepun.

Beliau menunggu seorang diri. 7.57 malam, masih tidak kelihatan seorang pun. Mana rakyat Jepun yang dikatakan the best time management? Mungkin baru nak berkemas kot. Atau masih tidur baru nak bangun. Bangga dalam diri semakin kuat.

8.00malam - masih kosong.

8.07malam - baru 2 orang yang sampai. Baru nak check PA system

8.12malam - Mula tiba. Lebih kurang 10 orang.

8.18malam - Dewan sudah separuh penuh.

8.21malam - Kerusi sudah penuh. Dewan sudah dihadiri oleh semua ahli mesyuarat

8.22malam - Pengerusi mula naik ke pentas

8.23malam - Majlis dimulakan.

Majlis berjalan dengan lancar. Masa sebagaimana tertulis dalam tentatif. Tak lari jauh. Dalam 5-10 minit sahaja mungkin.

Selesai mesyuarat, beliau berbual-bual dengan beberapa kenalan Jepun. Dalam perbualan tersebut, dia sempat bertanya.

"Saya dengar orang Jepun amat menghargai  masa. Saya orang pertama yang sampai pada malam ini. Setengah jam sebelum mesyuarat saya sudah ada dalam majlis. Tak nampak seorang ahli Jepun pun", bangga. Pada hematnya barangkali sahabat Jepunnya akan memandang melayu dengan persepsi yang bagus selepas ini. 

"Sebenarnya kamu bukan mengurus masa. Bukan menghargai masa dan menggunakan masa dengan baik. Sebaliknya kamulah yang membazir masa menunggu 30 minit awal sebelum mesyuarat bermula".

Nah, terfikir saya sebentar selepas mendengar cerita beliau pada masa itu. Tak terkata. Beliau yang saya kira amat menepati masa sebenarnya adalah seorang yang membazir masa di mata sahabat Jepunnya.

Satu lagi kehebatan orang Jepun adalah pemilihan waktu. Kenapa mereka menetapkan mesyuarat pada pukul 8.23 malam tanpa menggenapkan kepada 8.25 atau 8.30 malam terus. Elemen inilah yang menunjuk dan mengajar mereka untuk menghargai masa walaupun seminit.

jadi benarlah sabda Baginda,

"Kalimah hikmah adalah barang berharga kaum mukmin yang hilang. Dimana saja ia menemukannya maka ia lebih berhak terhadapnya" (HR At Tarmidzi dan Ibn Majah) 

Masa berharga walau seminit.

Islam dan masa
Kita berasa kagum apabila menyebut pengurusan masa oleh rakyat Jepun. Kita berasa mereka adalah contoh dan teladan yang patut kita ambil dan sikapi. 

Islam adalah manhaj hidup yang syumul merangkumi setiap sudut dan ceruk kehidupan manusia. Terlalu banyak Islam mengajar kita untuk mengurus dan menghargai masa.

Jika Jepun hebat dengan pengurusan masa dan penetapan waktu yang amat spesifik, pernahkah kita terfikir bahawa Islam dahulu yang memulakannya. Bagaimana? Rujuk balik taqwim solat yang tertampat di dinding bilik anda. Bukankah waktu solat itu amat specific? Awal 5 minit sebelum waktu atau lewat 5 minit selepas waktu menyebabkan solat kita tidak diterima. 


Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah sembahyang itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.  An-Nisaa:103



Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan tentang masa. Dan Dia lah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuanNya.Luqman; 34

Dan Nabi juga pernah bersabda menegah umatnya daripada sikap bertangguh.

"Apabila engkau berada di waktu petang, janganlah tunggu datangnya waktu pagi dan apabila engkau berada di waktu pagi janganlah tunggu datangnya waktu petang", (HR Bukhari)

Muhasabah
Jadi semuanya kembali kepada Islam balik. Sekaramng terpulang kepada diri sendiri untuk bagaimana kita hendak guna dan mengurus masa kita. Harap bermanfaat

*Adalah tidak membazir masa sekiranya anda meninggalkan komen (^-^) hehe3

11 comments:

Hamdi Ali said...

tq bro...

Mn Salam said...

Hamdi Ali: Sama2 sis! hu3

kamal abdullah said...

subhanallah...

mmg sume nya kena berbalik kepada Islam..

Islam memang dah suruh umat nya menepati masa,tapi mungkin diri kita je yang nak ataupun tak..

ap2 pon,mekaseh salam!
post ni banyak membantu...mabruk a'laik

Mn Salam said...

Salam,
to Kamal Abdullah: Ya betul. The best solution is back to the Quran. Sama2.. mana2 yang baik ambil sbgai pengajarn.. :)

pohonbakti said...

awal 30 minit atau membazir 30 minit. Contoh yang cantek! suka kata2 si jepun ni

Masa Kita? errmmm.. apabila muslim tidak islam.


nice entri. terus menulis!

Mn Salam said...

Assalamualaikum,,
Pohonbakti: Btul2.. memang terpana 1st time dengar citer ni.. Hrap bermanfaat~

Syukran.,

bawahbumi said...

betul,
susah betul nak budayakan amln tepati masa.

kalau ada sorang je tepati masa,yang lain tak,tak jadi jugak.

bakal doktor lebih2 lagi kena start praktik.

Mn Salam said...

Bawahbumi: betul, tpi yang penting biarlah kita yng menepati masa tuh, jngan jadi yang tak.

Syukran ukht~

Miss X said...

Well said.

Just don't know I can make it Well Done.

Jamal Rafaie said...

Salam..

Sungguh menarik cerita yg disampaikan oleh tuan.. Saya suka entri yg banyak menyelitkan cerita2 ni, sebab ianya membolehkan kita berfikir kerana banyak berkisar tentang realiti hidup.

Salam perkenalan dari uitm penang.. Saya selalu juga baca blog2 sahabat dari bumi anbia, saya teringin nak berkenala di sana.. Insya-Allah satu hari nanti saya akan ke sana juga.. Amin.

Mn Salam said...

Assalamualaikum..

Syahida Majid:Syukran.. yng penting kta sama2 usaha..

Jamal Rafaie: Syukran akh.. Moga bermanfaat InsyaAllah. Saya doakan smga cita2 saudara tercapai. AMeen..

Flag counter

free counters