Saturday, March 19, 2011

Bagai roda

Dalam hidup ni,
ada kala kita di atas,gembira, selesa, semuanya bagus
ada juga masanya kita terjatuh, terduduk ke bawah.
Sedih, sayu dan sebagainya..

Sama lah dengan iman dan Islam kita.
Ada masa kita rasa sangat selesa dengan hidup,
Tiap-tiap hari, tiap-tiap waktu solat, pastinya di masjid,
Setiap hari berjuz-juz tilawah,Setiap bulan mampu khatamkan Quran,
Setiap waktu redha dan tenteram dengan takdirNya,
Sehingga setiap detik kita mampu tersenyum.

Dan ada juga musimnya kita rasa kitalah yang paling teruk,
Rasa jauhnya kita dengan Pemilik diri ini,
Susahnya nak istiqomahkan ibadah-ibadah yang sebelum ini senang je kita amalkan,
Rasa tiada siapa pun yang kisahkan kita,
Sedangkan hakikatnya Allah sentiasa bersama kita.

…………

Ketika Handzalah, seorang sahabat merasa dirinya seolah-olah seorang munafiq, beliau mendatangi Rasulullah untuk mengadu rasa.

Tenang sahaja Rasulullah SAW bersabda.

“Memang begitulah semua manusia. Ada masanya mereka ingat kepada Allah dan ada masanya mereka lupa. Kerana itulah kita dipanggil manusia (pelupa).

Wahai Handzalah, apabila kamu ingat kepada Allah hendaklah kamu bersyukur. Dan apabila kamu lupa cepat2lah kamu memohon taubat dan perlindungan daripada Allah”.


Kata ulama’ berkaitan beza orang mukmin dan orang fasiq apabila berbuat maksiat.

Orang mukmin dikala dia berbuat maksiat terus ingat kepada Allah, insaf dan segera memohon taubat kepada Allah.

Manakala orang fasiq yang berbuat maksiat akan merasa seronok, bangga dengan maksiat yang dilakukan.



..andai nafsu dapat kau tahan, tangisanmu hanya kerana Tuhan..

Monday, January 31, 2011

Jaga Allah

Assalamualaikum warahmatullah wabarakaatuh

Alhamdulillah kesyukuran dipanjatkan oleh Allah SWT kerana masih lagi mengurniakan nafas kepada saya sehingga ke saat ini. Semoga setiap nafas kita yang dahulu, kini dan akan datang sentiasa diisi dengan sebaiknya dan dikira oleh Allah SWT sebagai ibadat, InsyaAllah.

Allah matlamat kami
Sebagai seorang muslim yang mukmin seharusnya meletakkan Allah dalam hatinya setiap masa lantas menjadikan segala perbuatannya bertepatan dengan perintah Allah.

Dr. Ali Al Jarisyah dalam satu tulisannya berjudul mabadiul khomsah atau lima prinsip perjuangan Islam menyenaraikan "Allah matlamat kami" sebagai prinsip yang pertama. Ini menunjukkan kepada kita bahawa hidup kita seluruhnya adalah dari Allah, untuk Allah dan akan kembali semula kepada Allah.

Ingatlah Allah waktu lapang, supaya Allah ingat kita di waktu sempit
Dipanggil bodoh sombong sekiranya seseorang lupakan tuannya. Lagilah bodoh sekiranya manusia lupa kepada penciptanya, pemilik dirinya.

Tulisan ini saya ditujukan buat diri sendiri khususnya. Dalam satu hadis nabi mengingatkan kita supaya sentiasa bertaqwa kepada Allah walau dimana dan bila sahaja kita berada.

Kita sering lupa pada Allah di waktu lapang. Kehidupan seharian, hiburan dan sebagainya sering memalingkan kita dari mengingati Allah. Dan apabila tiba waktu sukar mulalah kita mencari Allah, memohon pertolongan dari Allah.

Memang Allah itu Maha Pengampun dan Maha Mendengar segala permintaan hambaNya. Tapi cuba tanya pada diri sendiri, tidak malukah kita memohon pada Allah yang sewaktu lapang dulu kita pernah lupa padaNya? Jauh lagi untuk bersyukur padaNya. Astaghfirullah..

Adakan masa untuk bersama Allah supaya Allah adakan masa untuk kita
Tidak dinafikan dalam kehidupan seharian, sebagai seorang pelajar, seorang guru, seorang doktor, seorang jurutera, seorang pemimpin dan sebagainya kita punya banyak tugas dan tanggungjawab.

Bijaklah kita dalam mengurus masa. Jangan sampai masa untuk kita bersama Allah terkorban disebabkan kesibukan-kesibukan yang lain.

Walau sesibuk manapun kita, peruntukkan masa untuk solat fardhu secara berjemaah. Sebaiknya lakukanlah dimasjid.

Walau sebesar manapun pangkat kita, adakan masa untuk membaca dan menghayati Al-Quran.

Walau sesusah manapun pelajaran kita, sediakan masa kita untuk tolong agama Allah.

Kita seringkali berdalih tak ada masa untuk semua ini.

"Kalau pergi solat berjemaah kat masjid nanti habis masa nak studi, kat masjid habis lewat. Tambah pulak imam tu suka baca surah panjang. Kalau sembahyang jemaah kat rumah pun apa kurangnya...."

"Kalau baca Quran, nanti tak sempat buat itu, buat ini......"

Dan macam-macam lagi alasan yang sering kita beri.

Saya mengajak diri sendiri dan sahabat-sahabat sekalian berfkir sejenak. Apabila kita hitung balik masa dan waktu kita, ternyata waktu yang hilang dan dibazirkan bukan pada waktu bersama Allah ini. Sebaliknya dihabiskan dengan internet, facebook, chatting, berbual kosong, termenung dan segala macam perkara yang tidak berfaedah. MasyaAllah..

Mana mungkin masa dibazirkan untuk bersama Allah kerana setiap detik itu adalah ibadah, dan segalanya akan diganjari dengan pahala.

Jagalah Allah, nescaya Allah akan menjaga kita
Saya ada terbaca satu kitab kecil (kutaib) bahasa arab yang ditulis oleh Syeikh 'aid Al - Qarni, menerangkan sepotong sahaja hadis nabi. "Jagalah Allah nescaya Allah akan menjaga kamu".

Dalam bab menjaga Allah dengan tubuh badan, beliau membahagikan kepada 5 bahagian.

1) Jaga hati, supaya sentiasa ingat dan tunduk kepada Allah.
2) Jaga lidah, supaya setiap patah perkataan yang terbit adalah baik dan seruan kepada Allah.
3) Jaga telinga, supaya segala yang didengari dapat menigkatkan ketaqwaan dan keimanan kepada Allah
4) Jaga mata, supaya tidak melihat kemungkaran. Memandang hanya pada yang elok dan halal.
5) Jaga perut, dengan memastikan segala makan dan minum hanya yang halal dan baik.

Kita jaga Allah sepanjang hidup di dunia. Yakinlah Allah akan menjaga kita di dunia dan di akhirat.

Akhir sekali
Suka untuk saya petik sepotong ayat dari Surah Al Baqarah.


"Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan." Al Baqarah;245

Allah membayar dengan berlipat kali ganda kepada hambaNya yang sanggup memberi pinjam kepada Allah. Dengan sedarnya ganjaran ini, marilah sama-sama kita meminjamkan seluruhnya, masa, tenaga, fikiran dan segala kepada Allah. Yakinlah janji Allah itu tetap benar.

Allah takkan rugi dengan tidak beramalnya kita. Kerajaan Allah tak pernah berkurang tanpa ibadah kita. Allah sedikitpun tidak berhajat kepada kita. Sebaliknya kitalah sebenar-benarnya yang perlu dan berhajat kepada Allah.

::::::::::::::::

Nota : Pohon kepada Allah supaya menangkan Islam, tegakkan keadilan. Semoga redha Allah bersama ummat Islam di Mesir khususnya. [Link]

Friday, January 7, 2011

Bersatu kita teguh.

Satu masalah dikesan. Hemorrhage telah dikesan dimana extravasation berlaku disebabkan oleh rupture of blood vessel. Jika tidak diatasi, banyak complication yang mungkin berlaku.

Masalah senang diselesaikan jika kita bekerja beramai-ramai. Berjamaah. Ada yang menyebutnya sebagai amal jamaie.

Hendaklah kamu berjamaah - Al hadis. 

Tissue factor 7 (TF-7) yang berada diluar kawasan (extrinsic pathway) menyedari berlakunya hemorrhage telah memulakan tugas. Kerana jauh dan tak mampu nak menolong, TF-7 telah meminta bantuan TF-9 yang berada di dalam (intrinsic pathway).

TF-9 ketika itu bersama seorang kenalannya, TF-11. Dengan semangat dan motivasi dari kawannya itu TF-9 telah memberanikan dirinya untuk memasuki common pathway memaklumkan masalah kepada TF-10. 

TF-10 pandai membaca keadaan. Beliau cepat bertindak. Dengan bantuan kenalan sekerjanya TF-5, TF-10 cuba menyumbang dengan memanjangkan lagi masalah ini kepada pihak yang lebih atas atau namanya Prothrombin (TF-2). 

Pangkat bukan untuk dimegah-megahkan. Taklif, bukan tasyrif. Prothrombin arif tentang hal itu. Dengan penuh  rendah hati dia merubah penampilannya kepada thrombin untuk bergandingan dengan fibrinogen (TF-1), seseorang yang amat bagus pekertinya. 

Dengan hati yang ikhlas fibrinogen sanggup mengorbankan dirinya untuk menutup semua masalah yang berlaku walaupun sedar dirinya akan berakhir sebagai fibrin sahaja. 

TF-13 memerhati dari jauh segala apa yang berlaku. Berdiam diri bukanlah tindakan yang bijak. Tanpa diminta oleh mana-mana pihak, TF-13 dengan sukarela menawarkan diri untuk berjuang bersama fibrin dengan melakukan crosslink. 

Akhirnya coagulation berjaya dilakukan dan masalah berjaya diselesaikan. 

"Bukan saya yang selesaikan, tapi kami semua!", ulas fibrin ketika ditemuramah.

Bersatu kita teguh, bercerai kita bodoh
Subhanallah, maha suci Allah. Betapa setiap ciptaannya boleh diambil pengajaran darinya. Benarlah firmanNya "dan pada diri kamu, mengapa tidak kamu perhatikan?"

"Dan berpegang teguhlah dan bersatulah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai.." Ali Imran

"Dan hendaklah kamu tolong-menolong dalam mengerjakan kebajikan dan ketaqwaan, dan janganlah kamu tolong-menolong pada melakukan dosa (maksiat) dan permusuhan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya)." -Al Maidah;2





"Indhnya Islam mngjr kita. Stiap tmpat & masa Allah akn brsma kita. Mna mgkin seorng hmba lupa pda tuhnnya. Sibuk study?, segla ILMU ITU DARI ALLAH. Penat kerja?, tenaga n tubuh bdn ALLAH yg PINJAMKAN. Alam sekelling? ALLAH yg JADIKAN. 

Seorng hmba jka sedar hkikat hdupnya adlh brtuhn, dia akn brjumpa dgn Allah dlm stiap detiknya. setiap msa hatinya bersama ALLAH.
ALLAH.Indhnya hidup bertuhn.. Alhmdulillh.." -status fb suatu masa dulu. 

Sehingga darah dalam badan pun perlu bantu-membantu.

:::::::::::::::::::::::::::::::
ps1 : Memohon doa dari semua supaya terus kuat untuk menempuh exam yang masih berbaki 3.
ps2 : Nak jugak saya sertakan sekali 2 keping gambar lagi.

Ni piala adik bongsu saya. Dia dapat anugerah pelajar terbaik tadika Mawaddah negeri.

Beberapa minggu juga dia nak tunjuk piala ni pada saya. Tapi selalu tak dapat sebab saya selalu skype dengan famili waktu malam. Dan selalu tak sempat dengan dia sebab dah tidur. Saya janji nak masukkan gambar piala dalam blog. =)

Muhammad Arif bin Abdullah Al-Hafiz (InsyaAllah)

Wassalam.

Sunday, December 19, 2010

Oh hati. Tenanglah wahai hati..

Hati itu ibarat batu bata yang asalnya dari hama'in masnuun (tanah yang lembik). Boleh menjadi keras disebabkan oleh dua perkara.

1) Dibiarkan lama hingga tersejat airnya.
2) Dipanaskan dengan api.

Oleh itu jaga dan hindarilah hati kamu daripada dua perkara ini. Terbiar lama tanpa tazkiah atau dibakar
dengan api godaan syaitan.

-tgna-





 "Orang-orang yang beriman itu tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia." Ar-Ra'du



 "..sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya." Al-Israa

"Ingatlah dalam jasad ini ada segumpal darah. Apabila baiknya ia maka baiklah jasad seluruhnya dan apabila rosak maka rosaklah jasad seluruhnya. Ketahuilah bahawa (segumpal darah tersebut) ialah hati." 
-HR Bukhari dan Muslim-



To know you is to love you

At times when I feel so lonely
No one to keep me company
You were there

At times when I feel so trouble
No one for me turn to
You were there
You're always there

At times of pain and sorrow
When it feel like there's no tomorrow
In You I find peace and strength
To get my life back on track again

In time of joy and laughter
Happiness feel like forever after
In You I find it never ends
Cause Your love always
There to mend

I've come to realize
That You are my Savior
You're the Most Forgiving
Most Merciful

Astep I take towards You
Thousand step You will see me through
You're the All-Knowing
You're the Most Gracious Most Bountiful

Oh Allah
The more I know You
The more I love You

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
*Lama tak update. Bukan tak mahu, tapi kemarau idea. Takpelah. Ada sikit, kongsi sikit. Kan?
*Nak letak video nasyid ni, tapi tak jumpa cari kat youtube.  

Harap bermanfaat.

Wassalam.

Saturday, November 27, 2010

Qiraat

Salam..

Alhamdulillah masih dipinjamkan kekuatan oleh Allah untuk menulis walaupun sudah lama terhenti.

Masjid Jamiah
Masjid yang paling dekat dengan petempatan pelajar melayu di Irbid ialah Masjid Jamiah Yarmouk. Jadi kebiasaannya pelajar melayu akan solat berjamaah di masjid ini.

Masjid ini diketuai oleh seorang tenaga pengajar di Jamiah Yarmouk sendiri, Sheikh Ma'mun. Seorang yang cukup hebat ilmunya dalam bidang Al-Quran.

Solat subuh Masjid Jamiah
Seperti solat-solat lain juga, biasanya solat subuh di masjid Jamiah akan diimami oleh Syeikh Ma'mun sendiri. Apa yang menarik berkaitan solat subuh ini ialah cara bacaan Quran Syeikh Ma'mun itu (atau senangnya riwayat bacaan a.k.a Qiraat)

Syeikh Ma'mun akan membaca dari Qiraat selain yang biasa kita amalkan di Malaysia (hafs al-'asim) dan besambungan bacaannya setiap kali subuh. Bermula dari juz 1 dan bersambungan hingga ke juz 30. Apabila khatam 30 juz, beliau akan memulakan semula dari juz 1 dengan Qiraat yang lain. 

Sepanjang setahun saya berada di Jordan, Syeikh Ma'mun telah mengkhatamkan satu qiraat kaamil iaitu warsy an-naafi'.

Sekarang ini dia menyambung dengan qiraat Abu 'Amr riwayat ad-Duuri. Dan pagi tadi beliau telah menghabiskan juz 29!

Apa agaknya qiraat yang akan Syeikh Ma'mun bawa selepas ini ye?

Pecahan ilmu Qiraat

Imam Nafi'
  • Qalun
  • Warsy
Imam Ibn Kathir
  • Al- Bazzi
  • Qunbul
Imam Abu 'Amru
  • Ad-Duuri
  • As-Suusi
Imam Ibnu Amir
  • Hisyam
  • Ibn Zakwan
Imam 'Asim
  • Syu'bah
  • Hafs
Imam Hamzah
  • Khalaf
  • Khallad
Imam Al-Kisa'i
  • Abu al-Harith
  • Ad-Duuri
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

*Rindu pula nak belajar ilmu Qiraat ni. Dulu sempat belajar pengenalan je.
*Harapnya diberi peluang oleh Allah untuk mendalami ilmu Qiraat ni. Ameen.



Kenangan bergelumang dengan Qiraat di DQ

Saturday, October 30, 2010

Kun mubdi3n [ Be different ]

Bayangkan anda seorang cikgu matematik disebuah sekolah yang terkenal. Dalam mesyuarat antara guru-guru, anda telah disepakati untuk memilih beberapa orang dari pelajar kelas anda untuk mewakili sekolah dalam pertandingan kuiz matematik peringkat kebangsaan.

Hari ini anda melangkah masuk ke kelas dengan harapan dapat mencari seorang pelajar yang paling pintar dalam subjek matematik. Jadi, hari ini anda tidak bercadang untuk mengajar, sebaliknya hanya mengadakan mini kuiz sambil ulangkaji pelajaran lepas. Melalui mini kuiz ini juga, anda akan mengenalpasti pelajar mana paling cepat dan tepat menjawab persoalan-persoalan yang akan dikemukakan.

Soalan pertama telah anda bacakan. Soalan berkisar dari tajuk statistik, tajuk yang baru sahaja anda habiskan pada minggu lepas.

Pelajar-pelajar kelihatan berkerut. Masing-masing bersungguh-sungguh mengerah fikiran mencari jawapan setepatnya. Ada yang memegang kalkulator, ada yang menconteng kertas, ada yang menggigit pensil sambil berfikir. Macam-macam gaya ada. 

Dalam masa kurang lebih 2 minit, kelihatan seorang pelajar yang berada di tengah kelas sebelah kanan mengangkat tangan. Ingin mencuba jawapannya diwaktu pelajar lain masih lagi mencari solusi. Dia bangun dan membacakan jawapannya. Semua yang lain terpegun.

"Tepat sekali jawapan anda!", anda bersuara selepas menyemak kepada jawapan soalan tersebut.

Kini anda beralih kepada soalan kedua. Soalan yang agak mencabar berbanding soalan yang pertama. Seperti sebelumnya, semua pelajar bersungguh-sungguh mencari jawapan. Tumpuan anda sewaktu ini terfokus kepada pelajar yang menjawab tadi. Pelajar A saya namakannya. Dia kelihatan tenang berbanding yang lain.

Selang beberapa minit, seorang kelihatan seorang pelajar lain terlebih dahulu mengangkat tangan berbanding pelajar A. Tempat duduk mereka bersebelahan sahaja. Dengan agak kalut, pelajar tersebut membacakan jawapannya. 

Tapi sayangnya jawapan dia kurang tepat. Dengan segeranya pelajar A terus mengangkat tangan dan membacakan jawapannya. Dan sekali lagi beliau dapat menjawabnya dengan tepat. Seluruh kelas bertepukan tangan.

Pelajar A berjaya menarik perhatian anda. Akhirnya anda telah memilih beliau dan beberapa sahabatnya yang lain untuk mewakili sekolah dalam pertandingan tersebut.

.........................

Begitulah secara umumnya. Dalam kehidupan ini, kita perlu kepada sesuatu yang berbeza dan lebih dari yang lain untuk menarik perhatian sesiapa pun. Tanpa perbezaan ini, tahap kita akan sama dengan orang ramai. Tiada benda yang mampu membezakan kita dengan orang sekeliling. Lantas tidak peliklah jika layanan orang terhadap kita tidak istimewa dan biasa-biasa sahaja.

Perhatian siapa kita mahu?
Sibuk kita berbincang berkaitan tarik perhatian. Satu persoalan perlu kita jawab terlebih dahulu. Perhatian siapa yang kita mahu sebenarnya?

Ya! Tak lain dan tak bukan sebagai seorang muslim yang benar, tumpuan kita mestilah kepada Dia, Pemilik kepada kita dan semesta alam seluruhnya.

Kita hidup umpama seorang peminta sedekah. Tak memiliki sedikit apa pun dan hanya menadah tangan memohon belas ihsan dari yang Maha Memberi. Dan tanpa belas kasihan dan perhatian dariNya, nescaya kita tak mampu pun untuk duduk membaca tulisan ini pada saat ini.


Sesungguhnya hidupku seluruhnya adalah untuk Allah, tuhan sekalian alam.

Soalnya bagaimana?
Allah itu Maha Melihat. Dan Allah juga Maha Mengetahui.

Sudah sedia maklum, tujuan penciptaan kita di muka bumi ini adalah untuk beribadah kepada Allah. Dan Allah juga telah menyebut dalam Al-Quran bahawa diciptakan kematian dan kehidupan adalah untuk menguji hambaNya siapakah antara mereka yang terbaik amalannya.

Dan saya kira, inilah satu-satunya jalan untuk kita menarik perhatian Allah SWT.

Saya pernah berbincang dengan kawan-kawan. Dalam berjuta-juta malah berbilion-bilion hamba Allah, semua antara mereka beriman dan beribadah kepada Allah. Dalam keramaian yang teramat ini, mungkinkah kita akan dianggap special oleh Allah jika kita hanya sekadar melakukan ibadah untuk melepaskan tanggungjawab tugasan kita sebagai hamba Allah?

Jawabnya adalah tidak. Untuk kita dispecialkan disisi Allah, kita perlu lebih daripada itu. Kita perlulah bersungguh-sungguh seikhlas hati untuk tunduk dan patuh kepada perintah Allah. Kita mestilah beribadah dan beramal kepada Allah dengan sepenuh rasa lemah diri, hina dan berharap kepadaNya.

Untuk mereka yang betul-betul ikhlas ingin berserah diri kepada Allah, jutaan jalan dan cabang telah Allah sediakan untuk menuju ke arahNya.

" Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah sembahyang tahajjud padanya sebagai sembahyang tambahan bagimu. Semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji" Al-Israa ; 79

" Bacalah Al-Quran. Kerana Al-Quran itu akan datang pada hari Qiamah memberi syafaat kepada para pembacaNya " Al-Hadis

" Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia) maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu..." Al-A'raf ; 180

" Dan orang-orang yang berusaha bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang berbuat kebaikan " Al-'Ankabuut ; 68


Monday, September 20, 2010

Mushaf dan lautan

Pada suatu pagi, saya berjalan-jalan menyusuri tepi pantai untuk menikmati tiupan angin pantai. Saya mencari-cari tempat yang nyaman untuk duduk menghadap ke lautan seperti yang biasa dilakukan oleh kebanyakan pasangan muda-mudi. Mereka tampak begitu asyik berada ditempat itu. Tangan mereka saling bergenggaman dan mereka pun larut dalam perbincangan sesama mereka.

Dari jauh saya melihat seorang pemuda. Umurnya dalam lingkungan tiga puluh tahun ke bawah. Ia berjalanan menuju ke arah yang berlawanan dengan saya.

Dua matanya selalu melihat ke tanah dan tangan kanannya sesekali mengusap janggutnya yang panjang.

Saya melemparkan pandangan ke sekitar dan mendapati sekelompok manusia yang duduk-duduk membelakangi laut. Kini diantara mereka ada seorang pemuda yang kelihatan sangat tenang dan berwibawa. Ketika mengetahui ada tempat yang kosong di tengah-tengah orang ramai itu, ia lantas menuju ke situ lalu duduk. Tentu saja yang merasa pelik bukan saya seorang malah semua yang yang berada disitu barangkali. Kepelikan yang bercampur dengan perasaan tidak selesa dengan kehadiran anak muda itu diantara mereka.

Pandangan saya terus tertuju kepada beliau sambil berfikir apa sebenarnya yang dia inginkan. Saya dapati wajahnya begitu dingin dan tidak menghiraukan keadaan sekeliling. Dia kemudiannya mengeluarkan mushaf Quran kecil dari poket dan tanpa memandang kiri atau kanan segera mengalunkannya tanpa suara. Begitu asyik dan khusyuk. Tak kisahkan apa-apa kecuali mushaf dan laut.

Saya terpaku disitu seketika untuk mengetahui kesudahannya. Beberapa ketika mulalah saya menyaksikan hasilnya. Tangan-tangan yang bergenggaman mual terlerai lepas satu persatu, jasad tubuh yang berdekatan sudah mula menjauh. Sekadar itu, tanpa beralih meninggalkan tempat tersebut. Seolah isyaratnya mereka tidak membenci dengan kehadiran lelaki tersebut. Dalam masa yang sama mereka merasa malu atas perbuatan mereka.

Sungguh betapa dakwah secara diam itu jauh lebih menyentuh hati kesannya dari kata-kata.

-Petikan dari buku : Bagaimana menyentuh hati, Abbas As Sisi-

Saya sungguh tertarik dengan kisah di atas. Dan sungguh, dakwah melalui peribadi itu lebih berkesan dan dihormati daripada petah berkata-kata.

Selang antara maghrib dan isya tadi, sekali lagi saya terkesan apabila baca terjemahan satu ayat dari surah toha. Sudah puas lidah saya mengulangi ayat tersebut sebelum ini namun pada malam ini baru dapat saya kecapi rasanya.

Baca dengan iman. Tengok dengan mata hati. ok?


Dan janganlah engkau menujukan pandangan kedua matamu dengan keinginan kepada apa yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan dari mereka yang kafir itu menikmatinya, yang merupakan keindahan kehidupan dunia ini, untuk Kami menguji mereka padanya; sedang limpah kurnia Tuhanmu di akhirat lebih baik dan lebih kekal. Thoha : 131

Friday, September 10, 2010

Dari mimbar Madrasah Kampung Cherang

الله أكبر, Ø§Ù„له أكبر, Ø§Ù„له أكبر, ÙˆÙ„له الحمد

"...pada saat ini maka rasmilah sudah Ramadhan pergi meninggalkan kita. Ramadhan yang penuh dengan rahmat dan keberkatan, Ramadhan yang membawa janji keampunan dan kelepasan dari api neraka telah pergi dengan seribu kenangan. Yang tinggal hanyalah kita sebagai graduan-graduan lepasan madradah tersebut..."

"... di tahun hadapan, entah sempat entah tidak kita dengan Ramadhan..."


Di penghujung Ramadhan, kita akan tergolong dalam salah satu daripada dua golongan. 
1)Golongan yang dimakbulkan oleh Allah semua amalan mereka sepanjang Ramadhan. 
2)Golongan yang sia-sia dimana amalan mereka sepanjang Ramadhan seperti debu berterbangan, tidak    diterima oleh Allah.


"..Jika mereka dari golongan yang diterima amalannya, maka bukan seperti itu caranya orang yang bersyukur. Dan jika amalan mereka ditolak, bukan begitu juga caranya orang yang takut..
-Luahan Wuhaib Al-Ward tatkala melihat suatu kumpulan manusia tertawa riang di hari raya-

Antara komen-dapat-segera-lepas-khutbah : laju sangat!

Pusingkan laptop @ pc anda mengikut lawan arah jam dengan beberapa sudut yang anda selesa. Heh!

Semoga segala penat lelah kita beribadah samada puasa, qiam, tilawah dan ihsan kita pada Ramadhan kali ini diterima dan direkodkan sebagai amalan soleh disisi Allah SWT. Ya Allah, perkenankan segala amal perbuatan kami. Ameen~

Bersama adik-beradik dan anak sepupu. [dan seekor kucing]

Sekian, Selamat Menyambut hari kemenangan, Eidulfitri. Maaf Zahir dan Batin saya ucapkan kepada semua.


Nota : Err.. Madrasah Kampung Cherang ada mimbar ke? 

Saturday, August 28, 2010

Couple? Ambil semua atau tinggalkan semua!

Salam Ramadhan.

-Hari terakhir di JUST sebelum pulang ke Malaysia-

Hari-hari berlalu tanpa henti,
masa kan berjalan tanpa pernah pulang, 
nikmat masa dikecapi apabila terisinya masa, 
dengan belajar atau mempelajari. 

[Ayat cuba-cuba. Tak tahu sampai ke tak maksudnya]

........................................

Beberapa hari lepas, saya mendapat satu meseg dari seorang kenalan lama. Beliau ingin berkongsi masalah dan meminta pendapat saya tentang penyelesaiannya.

Di awal meseg, beliau menyebut bahawa beliau memerlukan bantuan saya sebagai orang yang tahu sikit-sikit tentang agama dan pernah belajar di sekolah agama.

Seterusnya beliau menceritakan serba sedikit tentang latar belakang masalahnya. Dia bercouple. Tetapi mempunyai masalah dengan pasangannya. Sudah pelbagai cara mereka usahakan tetapi tidak berhasil. Ringkasnya, boleh dikatakan cinta mereka hambar. Masing-masing tak rasa apa-apa bila berhubungan tetapi masih berkeras untuk meneruskan percintaan mereka. Natijahnya, kedua-dua terseksa.

Jadi, antara salah satu usaha kenalan saya ini, beliau cuba bertanya pendapat saya melalui sudut agama. Harapnya hubungan mereka kembali jernih dan berpelangi.

Beberapa hari saya sisihkan meseg tersebut. Bukan sengaja. Memandangkan beberapa hari lepas saya masih lagi dalam musim final exam ditambah lagi beberapa kerja peribadi yang lebih perlu untuk saya utamakan, saya kira saya akan jawab soalan ini kemudian. Disamping itu boleh juga saya ambil masa lebih untuk berfikir.

...............

(Hari ini saya nak berteori ye)

Islam bukan pencetus masalah
Islam diturunkan oleh Allah melalui wahyu-wahyu para nabi. Islam agama syumul yang menyentuh setiap aspek kehidupan. Ianya disebut sebagai suatu cara @ sistem untuk hidup. Umpamanya suatu manual kepada penciptaan manusia.

Manual mengajar kita bagaimana untuk menggunakan produk sebaiknya. Segala maklumat berkaitan produk semuanya disebut dalam manual. Semua kondisi produk, ada cara mengendalikannya.

Jika begini, ini caranya..
Jika begitu, ini caranya..
Jika demikian, ini pula caranya..

Senangnya, semua keadaan akan lancar jika benar-benar mengikut panduan manual.

Bagaimana masalah bermula?
Masalah akan bermula apabila kita mula meninggalkan cara yang ditetapkan oleh Islam dan cuba-cuba mencipta rumusan kita sendiri.

Jika Islam kata begini, kita cuba-cuba buat begitu. Nampak lebih efisien dan mantaplah katakan.

Umpama menggantikan gula dengan garam ketika membuat secawan teh. Gula dan garam yang kelihatan sama jangan dianggap sama. Menggantikan garam dengan gula dalam secawan teh akhirnya merosakkan air teh tersebut.

Begitulah sistem kehidupan, Islam adalah yang paling sempurna. Walaupun ada sistem-sistem ciptaan manusia yang pada perlaksanaannya kelihatan sama atau lebih bagus, ia tetap akan merosakkan seluruh sistem kehidupan ini.

Masalahnya akan bermula dari situ!

Islam : Ambil semua atau tinggalkan semua.
Islam hanyalah satu. Setiap unsur dan elemennya tak boleh dicerai-beraikan. Bagaikan manusia. Dipanggil cacat jika kekurangan anggota badan.

Manusia kini ramai yang kurang meyakini hukum-hukam Islam. Mereka tidak percaya dengan melaksanakan Islam mampu mengaman dan mententeramkan dunia. Mungkin puncanya bercambah dari sikap mereka yang mengambil Islam secara separuh-separuh. Menjalani hidup mengikut gaya yang mereka selesa. Apabila timbul masalah baru mula merujuk kepada Islam.

Contohnya permasalahan di awal pos ini. Mereka memilih untuk bercouple mengikut cara yang tidak disyar'ikan oleh agama. Menjalani kehidupan bercouple dengan sukahati. Apabila masalah menjengah mereka, mulalah mereka mencari Islam untuk menyelesaikannya. Masalah berpunca dari pihak A, pihak B pula diminta untuk menyelesaikannya. Lagi teruk apabila B dipersalahkan jika masalah masih berlanjutan dan A terus dipertahankan.

Begitulah nasib Islam sekarang ini. Masalah sosial timbul oleh perlaksanaan sistem-sistem barat. Berlakunya kes buang bayi. Meningkatnya kes zina. Bunuh diri, rompakan, samun dan sebagainya sering menjadi tajuk utama di dada akhbar. Dan kesudahannya Islam dipersalahkan kerana tak mampu mencegah masalah-masalah ini.

Pendapat saya, ini merupakan suatu ketidakadilan bagi Islam. Dan saya yakin anda pun berfikiran begini. Kan?

Jadi kesimpulannya, jika betul-betul ingin mengikuti cara Islam, ikutlah kesemua sekali. Jangan hanya celup-celup sahaja. Anda sebenarnya sedang membuat fitnah kepada Islam!


"Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya dan janganlah kamu mengikuti jejak langkah syaitan. Sesunggah ia merupakan musuh yang nyata bagi kamu." Al-Baqoroh

Penutup
Harapnya dapat apa mesej yang ingin saya sampaikan untuk pos kali ini. Dan diharap semoga Allah menjaga hati saya untuk sentiasa ikhlas dalam penulisan ini. Sebarang teguran dan pembetulan pada mana-mana kesilapan amat saya nantikan.

Sekian..

ps : Disarankan untuk baca risalah 'Manhaj Hidup Muslim' kompilasi karangan AsSyahid Syed Qutb dan Imam A'la Al-Maududi. Dalam buku ni membincangkan masalah ni dengan lebih hebat. Boleh search dan download kat internet je.


ps2 : Hari ini saya akan pulang ke Malaysia. Doakan selamat perjalanan pulang dan pergi.

Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan dan memori.



Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna...
agar dapat ku lalui dengan sempurna...

Balik jamiah hari ni, berkali-kali saya ulang lagu dendangan Raihan dan Manbai ni.

Cepatnya masa berlalu. Rupanya dalam masa beberapa minit lagi Ramadhan akan berkunjung tiba. Bersedia? Memanglah perlu kepada persediaan yang secukupnya nak menghadapi Ramadhan. mana taknya, tetamu khas yang didatangkan oleh Allah untuk kita. Saya, dah bersedia? Sejujurnya masih banyak kekurangan dalam diri saya yang hina ini. Astaghfirullah.

Bila sebut Ramadhan, normalnya tak dapat dipisahkan dengan terawih. Petang ni, saya terkenang kisah-kisah memori saya menyambut Ramadhan dan bersolat terawikh semasa di sekolah lama dulu.

Untuk pelajar sekolah tahfiz, bulan Ramadhan adalah bulan yang mereka paling laris. Setiap masjid dan surau-surau sama ada dibandar mahupun dikampung berhajat kepada pelajar tahfiz untuk mengepalai solat terawikh. Maka bertebaranlah pelajar-pelajar tahfiz dimasjid-masjid untuk memenuhi permintaan masyarakat.

Dulu kisah saya pun tak jauh bezanya. Pelajar-pelajar terbaik dari segi hafalan, tajwid dan akhlaknya akan tepilih untuk dihantar berkhidmat di masjid-masjid luar sekolah. Maka berebut-rebutlah para pelajar untuk mendapat tempat tersebut. Biasalah, budak-budak lagi masa tu. Tak tahu apa lagi erti imam / mas'ul.

Yang paling tak boleh blah, ada yang niat mereka hanya nak dapat ganjaran wang semata-mata. Mana tak terbeliak mata budak-budak. Pengalaman saya, paling banyak saya dapat dekat RM500 untuk satu malam jadi imam terawikh.

"Kir, enta dapat berapa malam ni?", tanya seorang hafiz ni pada sahabatnya.

"Malam ni paling banyak ana dapat. RM700!", jawab Syakir galak.


ini dia Syakir dan saya. Dia antara scorer bulan Ramadhan dulu-dulu. Sekarang ni dah jadi Imam Muda. Haish~

Biasalah budak-budak. Sekarang baru nak kenal erti jujur dan ikhlas. 

Err.. Nak tulis apa lagi ye? Kali ni saya letak gambar banyak-banyak jelah. Kenangan sepanjang berada di alam persekolahan.


Yang baju putih ni paling saya respek. Orang masyi batch saya. Baju merah tu dengar2 jadi imam masjid tapang. ekk??

Ini pula suara emas kami. Sekali baca macam Ghamidi habis. Sekarang belajar di Mesir, perubatan.

Jim, buat lagu Abdullah Fahmi malam ni? Minta je lagu apa, semua boleh.

Baju oren ni pula Sheikhul kabeer kami. Ada apa-apa masalah tajwid, rujuk dia cepat2. Sebelah dia abe Din kito. Pegang masjid besar Pahang ke sekarang?

Latihan imam terawih. haaa~

Semua hebat-hebat belaka sekarang. Yang jadi imam : Akh Abdillah Mat Ali.

"Ya Allah, berkatikanlah kami pada bulan Ramadhan pada kali ini. Jadikanlah Ramadhan kami kali ini, Ramadhan yang lebih baik dari sebelumnya. Ameen.."



Friday, August 6, 2010

Selamat Hari Jadi Sayang!

Ayah saya sebenarnya yang nak saya berkenalan secara serius dengan dia. Sejak saya masih kecil lagi. Ayah saya selalu sebut sebut nama dia. Pada masa tu saya dah kenal la sikit-sikit. Sekadar kenal. Cinta tu masih tak berputik lagi.

Kisah kami berdua bermula apabila saya ditawarkan ke sekolah menengah yang sama dengan dia. Kelas sama pulak tu. Saya mula berkenalan secara lebih dekat dengan dia. Mana taknya, hari-hari terpaksa bersua muka. Kadang-kadang rasa tak layak juga. Kadang-kadang down juga sebab dia agak jual mahal pada awal-awal. Tapi sokongan dan galakan dari abah dan umi serta keluarga menyebabkan saya tidak cepat putus asa.

Kisah kami penuh dengan dugaan. Mana taknya, dia sangat hot sedangkan saya, tak ada apa-apa pun. Terpilih  untuk berkenalan dengan dia pun dikira sangat beruntung. Sejak perkenalan itu, saya banyak berubah. Dia banyak mengajar saya untuk lebih mengenali tujuan hidup ini. Saya mula nampak untuk apa saya hidup. Saya mula rasa hidup ini lebih bermakna. Terima kasih awak!

Apabila sedih, cukuplah Allah dan dia sebagai pengubat hati saya. Apabila gembira, suka untuk saya berkongsi kisah kegembiraan dengan dia. Setiap detik bersama dia amat bermakna bagi saya. Ikutkan hati, nak saja saya luangkan sepenuh masa saya bersama dia. Sepenuh hati, sepenuh perasaan.

Saya sedikit sedih apabila tamat pengajian sekolah menengah. Mana taknya, kami tak kerap lagi bersua macam dulu. Mungkin ni salah saya sebab tak  bersungguh-sungguh mencintai dia. Fikirkan masalah ini, saya mula cari solusi. Setiap masalah ada solusinya. 

Saya cuba untuk berhubung kembali dengan dia. Tiap-tiap pagi saya cuba untuk imbas kembali kenangan kami bersama. Harapnya cinta kami kembali subur. Saya cuba untuk lebih meluangkan masa saya bersama dia. Dan Alhamdulillah, walaupun sekolah menengah dah habis, dia masih tetap bertahta di hati saya. Untuk selama hayat ini hendaknya. Ameen :)

Akhir tahun lepas, saya terbang ke Jordan. Keadaan jauh dinegara orang ini menambahkan rindu saya terhadap dia. Tapi saya dah janji dengan diri sendiri akan setia dengan dia sepanjang hayat. Saya nak ingat awak sampai bila-bila. Tak nak lupa langsung. Saya nak memahami awak betul-betul. Saya nak awaklah yang sentiasa dihati saya. Harapnya dia pun gembira dan suka untuk menempatkan diri dalam hati saya. Semoga Allah permudahkan urusan kami. InsyaAllah kheer.. Doakan kami. Ameen : )

"Ya Allah rahmatilah hidupku dengan Al-Quran. Jadikanlah Ia kepadaku sebagai imam, cahaya penyuluh, petunjuk dan kerahmatan. Ya Allah ingatkanlah aku apa yang dilupakan dariNya. Dan ajarkanlah apa yang kami jahil tentangnya. Kurniakanlah aku kelapangan untuk membaca dan mentadabburNya sepanjang malam dan siang hari. Jadikanlah Dia sebagai hujjah pensyafaatku di hari Akhirat kelak wahai tuhan sekalian Alam. Ameen."

Saat paling bahagia dalam hidup saya.
6 Ogos 2007
8.30 pagi-9.00pagi
Bilik ICT Maahad Tahfiz Sains, Tanah Merah.

Dan akhirnya Allah perkenankan doa saya untuk mengkhatamkan hafalan Quran saya pada saat ini. Semoga ianya menjadi wasilah untuk menggapai jannah Allah kelak. Ameen.

*Kepada sahabat2 tahfiz AzZikr dan sesiapa yang dalam proses memikat Dia, teruskan usaha anda. Jangan kenal erti serah. Kerana serah sama dengan kalah. Memang susah. Sebab Quran itu bukan murah. Teruskan sahabat sekalian. InsyaAllah sama2 doakan untuk kebaikan bersama.

p/s : Pos berani mati. Saja buat kontroversi awal-awal. Maaf semua ye. hehe..

Sunday, July 11, 2010

Jangan curi Iman saya!

29 Jun 2010 ; Masjidil Haram, Makkatul mukarromah.

Selesai solat zohor, saya agak kepenatan. Tambahan cuaca disini agak panas berbanding Jordan. Walaupun tak sepanas di tengah kota Madinah. Saya meneguk segelas air zamzam. Air zamzam memang senang untuk didapati dalam Masjidil Haram. Jalan saja beberapa langkah, beberapa tong air kelihatan. Boleh pilih nak yang sejuk atau tak.

Saya melangkah keluar dari bangunan masjidil Haram menuju ke bangunan tandas dan tempat wudhu' di bawah tanah. Dekat sepuluh minit juga untuk keluar. Terpaksa berasak-asak dicelahan manusia yang datang dari seantero dunia semata-mata untuk beribadah kepada yang Maha Esa. InsyaAllah semuanya niat ikhlas lillahi taala moganya.

Berjalan menuju ke tempat wudhu', macam-macam dalam kepala saya. Fikir tentang sejarah Mekah, pembinaan kaabah. Kemudian teringat pula Jordan. Terbang lagi merentasi Indian ocean dan akhirnya mendarat di bumi tercinta Malaysia. Teringat kepada ahli keluarga di rumah. Terbayang wajah abah dan umi serta adik-beradik. Terfikir pula apa yang hendak dibawa pulang untuk mereka dari tanah suci ni ya? Ahh..

Saya ambil tempat wudhu yang paling hujung sekali. Petang begini taklah ramai sangat orang. Tak perlu beratur berbaris-baris. Saya letak beg galas didepan. Lengan jubah disingsing. Buka paip dan mula berwudhu'. Basuh muka dipetang hari dan cuaca panas sebegini amat selesa. Harapnya selepas ni taklah mengantuk-ngantuk lagi nak sambung tilawah Quran yang masih berbaki beberapa juzuk.

Belum sempat selesai berwudhu', tiba-tiba saya perasan bahawa beg galas saya sudah lesap. Ya, beg galas saya sudah dicuri! Cekap benar pencuri tersebut. Dalam masa saya menutup wajah membasuh muka saja jaraknya. MasyaAllah! Saya bingkas bangun menoleh ke belakang. Sudah hilang!

Apa yang ada dalam beg galas tu? Semuanya disitu. Dompet. Telefon bimbit. Kamera. Buku nota dan lain-lain. Agak-agaknya mencecah RM 3000 jugak jumlah keseluruhannya.

Otak saya terus terimbas kisah para sahabat.

Saidina Usman sanggup membelanjakan seluruh hartanya demi Islam.

Teringat pula kisah Saidina Abu Bakr dan Saidina Umar dalam berlumba-lumba menginfaqkan harta mereka.

Saya ingat lagi nasihat Cuib semalam selepas saya hilang sabar dalam satu kisah yang takkan saya lupakan.
"Di tanah Haram ni memang Allah akan uji kita. Biasa berlaku pergaduhan sesama kawan. Anak tak nak dengar cakap ibu. Perkara kecil pun kita nak besar-besarkan. Yang penting sepanjang berada di tanah Haram ni, banyak bersabar.."

Dan Alhamdulillah, saya mampu mengukirkan sebuah senyuman.

"Ya Allah, jika dengan hilangnya beg aku engkau akan datangkan dengan gantian yang lebih baik. Maka Aku redha. Aku takkan mengeluh walau sedikit pun. Aku redha hartaku dicuri tapi aku memohon kepadaMu ya Allah, jangan sekali-kali engkau biarkan imanku yang dicuri.."

Teringatkan doa yang dizalimi tiada hijab antaranya dan tuhannya, saya terus mengangkat kedua tapak tangan, memohon segunung doa kepada yang Maha Mendengar. Macam-macam saya minta. Semua jenis doa yang pernah hafal saya baca. Semua hajat dan niat dihati saya luahkan. Spontan. 

Ya Allah. Aku rasa cemburu, aku rasa tak adil. Ahli Makkah dikurniakan kaabah, ahli Madinah disanalah jasad Junjungan Besar SAW dikebumikan. Jadi aku memohon kepadaMu walau dimana saja aku berada, kurnikanlah aku ketenangan setenangnya aku ketika memandang kaabahMu dan berada disisi maqam baginda. Ameen.

Semoga segalanya diperkenankan. Untuk keluarga di rumah, dalam keadaan sekarang ni, hanya doa saja yang mampu saya kirim sebagai ole-ole dari tanah haram. Hakikatnya inilah ole-ole yang terbaik.



Kenangan paling berharga dalam hidup saya. Mengajar erti sebuah kehidupan.  
[sekitar kawasan jabal Uhud, Madinah]




Waro' fondok hijazi, Irbed ; 3.49 pm [11 Julai 2010]
Muhammad Nursalam bin Abdullah

Tuesday, June 22, 2010

Gambar untuk kita-kita saja

18 Jun 2010-21 Jun 2010
Jordan-Syria-Jordan-Saudi-Jordan-Malaysia

A : ka'sul 'alam? 
B : Aiwa. Aisy farq enta?
A : Argentina. Quwais..
B : Argentina? Enta ta3rif Messi? Messi huwa abi...

Biddak jaj? Katif wala aisy? yamin wala syimal?

Gravity Can Never Be Defied - Tepianmuara

Kesian Ustaz Raof. Mangsa keadaan.

614 anak tangga kan semua skali. Ada khilaf?

Entum semua. Lepas ni hafal rajin2 tau. haha..

Aiman? Nuaiman?

Disini, biarlah kita-kita ini saja tahu. Kita-kita meja sebelah tak boleh tahu. ahhaa~

Inilah dia kita-kita semua

Disini saja buat kali ini.

Flag counter

free counters