Tadi aku menghadiri satu majlis ilmu. Pengisian nurani adha yang membawa aku untuk berfikir. Merenung balik perbuatan2 yang lalu. Merancang semula pergerakan selepas ini.
"Aku masih tak boleh terima aku sebagai pelajar medic"
"Kalau diberi peluang sekali lagi, aku akan pilih bidang agama"
Itulah kata2 yang keluar dari mulut aku. Kenapa?
Aku merasai kelainan dan perubahan aku setelah beberapa bulan atau hampir setahun aku meninggalkan 'dunia agama'. Dulu, setiap hari aku diisi dengan tazkirah dan peringatan. Menyebabkan aku sentiasa bersedia dan waspada. Setiap masa diingatkan dengan janji2 Allah dalam Al-Quran, menambahkan keyakinan aku untuk lebih taqarrub kepada yang Maha Esa. Sentiasa juga di'inzar'kan dengan azab seksan Allah yang menyebabkan aku sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan keimanan aku.
Tapi kini duniaku berbeza. Semua itu tak datang bergolek mencari aku. Sebaliknya aku sendiri perlu menyelongkar mencari.
Pernah aku terfikir, kenapa Allah pecahkan aku dari kumpulan sahabat2 yang amat aku sayangi. Sahabat yang sering membisikkan kata2 yang mengingatkan aku kembali pada sang Pencipta. Sahabat yang sama2 kami berusrah. Saling tegur menegur dikala ahli usrah terleka. Ukhuwah kami dibina atas jalinan Al-Quran. Quran yang sama2 kami baca, sama2 kami hafal. Sungguh terkenang. Bukan senang untuk menempuh liku2 yang berduri. Tatkala seorang kecundang atau didatangi masalah, kami sama2 menyelesaikannya. Seorang sahaja yang bersedih, kami semua mampu untuk sama2 menitiskan air mata. Indahnya ukhuwah yang kami bentuk atas namaMU ya Allah.
"Tapi kenapa Allah pisahkan kami? Bukankah itu yang terbaik untukku? Kenapa campakkan aku ke dalam masyarakat lain?"
Malam ini baru aku terfikir. Allah itu Maha Mengetahui. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNYA. Aku merenung....
Jauh di luar sana, masih ramai sahabat2ku yang masih bingung. Tak mengerti tujuan sebenar kehidupan ini. Mereka diperdaya oleh nikmat dunia yang sementara. Mereka tak seperti aku. Bukan niatku untuk membanggakan diri. Tulisan ini ikhlas dari hati. Bukan juga salah mereka. Mereka tidak mengerti. Mereka tidak tahu.
Maha suci Allah. Baru aku nampak sekarang. Akulah yang perlu menyedarkan mereka. Akulah yang perlu mengetuk pintu hati mereka. Membawa mereka kepada kenikmatan yang sebenar. Memimpin mereka mendekatiMU. Perlu membimbing mereka untuk turut merasai kemanisan beriman dan beramal dengan Islam. Mengecapi manisnya bermunajat kepadaMU di malam sunyi. Ketenangan hati dikala mengalunkan kalimah2MU.
Wahai insan yang punyai hati dan rasa,
Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk hamba2NYA. Sentiasa mendengar rintihan doa ikhlas hamba2NYA...
Aku tak mahu dikatakan kedekut beribadah seorang diri. Aku ingin semua sahabatku merasai kemanisan yang pernah aku rasai dahulu. Harapku agar sahabat kini mampu menjadi sehebat sahabatku yang lalu. Aku menyeru, Marilah sama2 menuju Allah yang Satu....